Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sukhoi

Cerita Ukraine makin kompleks

Saya cerita dulu Ukraine setakat yang saya tahu. Ukraine adalah bekas jajahan Kesatuan Soviet, dimana bahasa kebanyakan penduduk adalah Ukraine. Namun ada juga yang berbahasa Rusia. Sebaai contoh: Sergei  Bubka seorang warga Ukraine yang berbahasa Rusia. Lebih kurangnya sebegini:   Sebelum ini, Ukraine pernah diperintah boleh yang berbangsa Rusia, jadi mereka saya OK. Akan tetapi bila pemimpin bangsa rusia dijatuhkan oleh undi tidak percaya, maka timbul krisis. Antara kerisauan bangsa rusia adalah mereka takut dipaksa berbahasa Ukraine, akan tetapi tiada paksaan sebegitu. Mungkin kerana dulu Soviet pernah paksa, jadi mereka risau Ukraine akan paksa mereka semula. Beberapa bulan dulu, Rusia telah menjajah Crimea. satu semenanjung, yang agak strategik banyak pengkalan tentera di situ. Umpama Tentera Malaysia masuk ke Patani, orang Melayu situ buat apa nak lawan. Tiada pertempuran berlaku, Alih-alih Rusia buat referendum, kononnya rakyat Crimea ...

PPSMI: Pengintegrasian Ilmu Berkaitan Najib Scorpene, Sukhoi

Sebelum ini saya telah membuat slaid tentang pengintegrasian ilmu. PDF : Pengintegrasian Ilmu Namun contoh dalam dunia nyata tidak diberikan. Najib beli Kapal Selam Scorepene buatan Peranchis . Kalau tiada penyelewengan, belilah kapal selam itu. Sebelum ini Najib beli Sukhoi SU-30 MKM, buatan Russia , Malaysia juga ada miliki Aermacchi MB-339 buatan Itali . Malaysia juga miliki pesawat pilatus buatan Switzerland . Ada cerita mengatakan konon-kononnya nak beli Eurocopter buatan Peranchis . Malaysia mempunyai UPNM. Maka wujud kemungkinan Malaysia akan melahirkan jurutera ketenteraan yang bijak dan cukup vitamin. Bagaimana Malaysia boleh melahirkan seorang pakar yang yang boleh mengintegrasikan sistem Scorpene dengan dengan sistem Sukhoi? Satu bahasa Peranchis, satu bahasa Russia. Bagaimana sukhoi hendak bercakap dengan Aermacchi menggunakan satu sistem yang dibagunkan sendiri? Mana hendak dicari seorang jurutera tempatan yang tahu kedua-dua bahasa Itali da...

Sheikh Muzafar ditipu Kerajaan Malaysia?

Pada tahun 2003 dahulu, setelah pembelian sukhoi dimeterai, Satu pemilihan Calon Angkasawan Negara telah dilakukan untuk memilih 'Angkasawan'. Maka seramai 11,250 orang telah memohon sebagai calon Angkasawan Malaysia. Semua 11,250 orang pemohon itu tahu yang akan kita hanya akan menumpang Kapal Angkasa Rusia. Antara 11,250 orang itu, yang terpilih sebagai angkasawan ialah Dr Faiz dan Sheikh Muzafar. Pada borang DalamTalian ketika itu tidak pula dinyatakan yang pemohon hanya dapat jadi ' Peserta Penerbangan Angkasa ' yang ada hanya 'angkasawan'. Namun bila hari berlepas kian hampir, 'Angkasawan' terpilih itu dilabel sebagai ' Peserta Penerbangan Angkasa ' oleh NASA, Agensi Angkasa Lepas Amerika yang tersohor itu. Disebabkan label yang diberikan, maka ramai orang mempersoalkan kenapa ia hanya 'Spaceflight Participant'. Termasuklah pemblog tersohor ini dan yang ini . Walaubagaimanapun, pembangkang tersohor tidak pula mempersoalkan tentang...

Program Angkasawan yang Membazir?

Apakah benar Program Angkasawan Membazir? Persoalan timbul apabila 'Angkasawan Negara' hanya dilabelkan sebagai 'Space Participant' ketika terbang ke Stesyen Angkasa Antarabangsa nanti, dan ianya melibatkan kos sebanyak RM 95 Juta, walaupun sebahagian kos telah diserap oleh pembelian Sukhoi SU 30 MKM. Adakah ia membazir ? Adakah ia membazir ? Sebelum itu kita kaji dulu pembelian Sukhoi SU 30 MKM, yang bernilai USD 50 Juta sebuah. 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM = USD 900 Juta. Akan tetapi kalau beli 18 buah F-18 Hornet = USD 60 x 18 = USD 1080 Juta. Jimat USD 180 juta , lebih kurang RM 648 Juta. Dengan Harga yang sama (USD 1080 Juta), Kita boleh dapat 21 buah sukhoi Su-30 MKM. Itu pun F18 Hornet bukan Pesawat Generasi 3.5, ianya hanya Pesawat Generasi ke 3. Tiada tujahan Vektor. Lupakan Pugachev Cobra . Tapi kalau nak beli 18 Pesawat yang ada Tujahan Vektor buatan Amerika, iaitu F-22 Raptor, Harganya ialah USD 120 Juta. Kalau dengan nilai yang dibelanjalan iaitu USD 900 J...

Lagu 'Merdeka' Di Perimis Perniagaan

Saya lambat dapat idea. Satu hari sebelum 31 Ogos baru dapat idea nak pasang lagu-lagu merdeka kat Stesyen. Nak cari lagu dah tak sempat. Petang 30 Ogos baru dapat idea. Tapi tak sungguh-sungguh cari lagu. Dok sibuk buatkan "Komentar Terkini" sahaja, tapi tak mengapa, kerana dari laman blog Kak Jie lah saya dapat idea. Tapi petang ni saya baru jumpa banyak lagu patriotik untuk dimainkan. Terus mainkan guna iTunes, bila fikir balik, kenapa saya tak peragakan MMV 200? Barisan Kita, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Gemilang. Hari ini, buat pertama kali sejak beberapa tahun lepas, saya tunggu di Kaca TV (atau 'kepala') menonton perarakan. Bukanku bangga sangat dengan 'Kejayaan' Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Tapi hanya kerana nak tengok Sukhoi. Bila Sukhoi tu buat menuver tertentu, memang nampak yang itu sukhoi, sesuatu yang MIG tak boleh buat. Kata orang tua-tua, "Kalau nak kalahkan Sukhoi, anda perlu Sukhoi yang lain...

Sambutan Kemerdekaan yang suram

Rata-rata di merata tempat, Jalur Gemilang berkibaran, entah apa yang hendak gembirakan. Kemerdekaan ke 50, hanya ada pada nombor, kerana nombor 50, ia disambut dengan lebih meriah. Kemerdekaan ada harganya. Kita memilih untuk merdeka, walaupun kita tahu Pendapatan perkapita kita akan tidak kemana berbanding semasa pemerintahan british. Namun kita tetap memilih untuk merdeka. Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun, pemerintah sendiri tidak menambah jalinan rel keretapi selepas peninggalan british. Melainkan di Kuala Lumpur. Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun tahu risikonya. Bersyukurlah , Negara kita jauh lebih maju daripada Zimbabwe. Dan ada Sukhoi SU-30 MKM

Love need thrust

Dahulu: Love need trust Sekarang: Love need thrust (tujahan hehehe) "Thrust Vectoring", satu istilah baru bagi saya, "Pengvektoran Tujahan", Tujahan pada jet pejuang, seperti sukhoi Su-30 , yang membolehkan ia membuat menuver pelik-pelik. Dengan Sukhoi, Ia mampu mengubah cara kanak-kanak main kapal terbang. kalau dulu-masa kecil-kecil kita selalu guna tangan bayangkan kapal terbang itu bergerak. namun kini, pergerakan iu berubah, mungkin kanak-kanak akan menggayakan tangannya supaya membuat Paguchev Cobra . Sukhoi Su-30 http://youtube.com/watch?v=nLCBcFrHlQI http://youtube.com/watch?v=xY0t_mPv6I4 Yang ni memang mengubah cara kanak-kanak main kapal terbang