Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hadiah

3 Peraduan Blog Akan Ditutup Tidak Lama lagi

Tarikh Tutup Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas adalah Esok (20 Ogos). Kebetulan, Tarikh tutup Peraduan " Jika Aku Pemimpin Malaysia " Anjuran blogikus.com juga Esok 20 Ogos Hari ini, Adalah Hari terakhir untuk Peraduan " Nuffnang gift Idea Contest ". Hadiah tempat pertama telah dinaikkan menjadi RM 2000. Mana Kakjie ? Kata nak hantar catatan blog Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas ? Masih simpan di dalam draf? Oleh kerana Kak Jie begitu selalu mengatakan dia "Makcik Cleaner yang Tersohor", Maka saya hadiahkan Kak Jie Pembersih Hampagas Panasonic . Rupa parasnya sama dengan pembersih hampagas di rumah saya. Kalau Kak Jie yang profesional itu rasa terhina dengan pembersih hampagas di atas, kakjie boleh ambil pembersih hampagas Karcher Wet & Dry Vacuum Cleaner . Boleh sedut walaupun basah. Kelihatan agak profesional, kerana Ralf Schumacher dan Jarno Trulli pun guna Karcher untuk membersihkan Kerata Formula 1 nya.

Penipuan SMS Kononnya Kad SIM Menangi Hadiah

Saya sudah lama mengetahui tentang sindiket dari Indonesia yang membuat SMS rambang kepada telefon di Malaysia sempena berlangsungnya Akademi Fantasia dan Peraduan daripada Syarikat Minyak Tempatan. Akan tetapi, setahu saya, orang yang tertipu hanyalah orang yang tamak untuk menang, sehingga sanggup memasukkan sejumlah wang kepada akaun tertentu. Itu yang sering berlaku. Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, seorang imam ditipu, hanya dengan memberikan nombor akaun tanpa memasukkan wang ke akaun sipenipu. (Melainkan kalau imam itu berbohong) Saya pernah juga terbaca dimana entah yang sindiket itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan wang hanya dengan mendapatkan nombor akaun. Akan tetapi ketika itu saya tidak percaya. Kini saya mungkin percaya. Bagaimana sindiket asing boleh mengeluarkan wang dengan hanya mendapatkan nombor akaun. Mungkin, imam itu telah memberikan maklumat lain seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh. Akan tetapi itu sepatutnya tidak boleh membuatkan wang dike...