test

Jumaat, 20 Februari 2009

Orang Malaysia Menang Lawan Cocal Cola

Diberitakan bahawa Cocacola tidak memperbaharui lesen francaisnya ke terhadap F&N Cocacola Malaysia.

Penganalisis CIMB Invesment Bhd, Norziana Mohd Inon, berkata pengumuman lewat malam kelmarin oleh The Coca-Cola Company, pengeluar minuman ringan terbesar di dunia berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat itu, ternyata mengejutkan.

“Bahagian pembotolan dan pengedaran minuman ringan Coca-Cola selama ini menjadi tulang belakang F&N. Bagi tahun kewangan 2008-2009, ia menyumbang 33 peratus kepada pendapatan kumpulan itu.

“Justeru, pengumuman untuk tidak memperbaharui kontrak yang tamat pada 26 Januari 2010 itu akan memberi kesan kepada prestasi F&N bagi tahun kewangan 2009-2010 dan seterusnya,” katanya Norziana menerusi nota penyelidikan harian bank pelaburan itu semala
 F&N hanya perlu mencari jenama kola yang lain. Permintaan terhadap minuman kola tetap ada.

Susah sangat nak suruh F&N buang Jenama Coca-Cola, akhinya Coca-cola yang melarikan diri.

Adakah anda merasakan bahawa boikot menyebabkan orang akan dibuang kerja dan sebagainya?
Kilang F&N di Shah Alam itu tutupkah?

Permintaan terhadap minuman kola berubahkah kalau tiada coca-cola?

Jadi kepada KFC Malaysia dan Mc Donald Malaysia yang takut sangat nak buang francais, Kalau terjadi perkara sebegitu kepada mereka, barulah mereka terkial-kial membina jenama baru. Walhal sepatutnya mereka boleh membuat pelan transisi pembinaan jenama sendiri yang baru secara berperingkat.

Selepas 26 Januari 2010, Tiada lagi Coca Cola di Malaysia, melainkan kalau Coca-cola jumpa syarikat tempatan lain yang jadi Pak Sanggup.

Ia akan menyebabkan ruang vakum dalam pasaran minuman kola di Malaysia. Itulah peluang Syarikat tempatan jual minuman kola sendiri banyak-banyak.

Yeos, Power Root, Orang Kampung sempat lagi untuk keluarkan produk minuman kola untuk memenuhi permintaan selepas Januari 2010. Radix sudah mengorak langkah.

Jangan jadi Pak Sanggup bagi Coca-Cola sudahlah.

Eh, Koperasi Saudagar Minyak juga boleh bekerjasama dengan syarikat minuman tempatan untuk membekalkan "Mesra Cola". Suhaimi, Kau baca blog aku kan?

10 comments:

  1. Saya merasakan contract franchise coco cola ni akan diberikan kepada pak sanggup yang lain.... sekiranya dapat memberi 33% dalam pendapatan pasti ada tangan tangan kat belakang cuba mendapatkan franchise ni....

    BalasPadam
  2. Jom pakat minum Radix Cola..buatan org Islam.
    Byk lg barangan yg boleh digunakan sebagai boikot kt kpd brgan yahudi

    BalasPadam
  3. vanila coke vanila coke gonna miss that...
    (tadi dah submit, tak kuar lak eh comment itu)

    BalasPadam
  4. Cuba dapatkan Mecca cola

    BalasPadam
  5. Whoa... bagus nih... macam nie la maklumat yang bagus... Boleh la gua bawak modal masyuk untuk bukak kilang baru Coca-Cola kat Malaysia... hahahaha... sure kaya punya...


    Hahahaha.... gua akan kaya... pegi mampus sama itu boikot... apa der hal... yahudi pon ahli kitab apa.... hahaha


    =============================================
    itu semua adalah fantasi seorang bakal jutawan, tidak ada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang dah mati.

    BalasPadam
  6. Rasanya Coca Cola tetap akan ada di Malaysia. Ini mestilah disebabkan ada pihak lain yang cuba merasuah dan merampas lesen francaisnya. hal sedemikian pernah berlaku, seperti Nike dan banyak francais lain.

    BalasPadam
  7. Server them right, its god’s punishment for bullying that old man with the rotten tea pot sweetened condensed milk complaint. Anyone know what happened to that old man? The last I read he was still fighting in court with those idiots.

    BalasPadam
  8. Salam Encik Hasbullah. Sy amik content nie n masukkn dlm blog sy...

    BalasPadam
  9. PirateKL :
    boleh, tapi kasi pautan sekali.

    BalasPadam
  10. sebagai peminat collector coca cola, inilah berita bagus kepada kami demi selama ni coca cola di bawah F & N tiada langsung barang barang koleksi dikeluarkan pada pasaran malaysia. maklumat terbaru akan munculnya kilang coca cola bottling di sepang ! syabas chup coca cola ~~

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit