Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bernama

Khairul Faizi dan Budaya Berblog PAS, Lanjutan Kes Namanya Diperguna

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS NEGERI Johor, menyiarkan emelnya ke Malaysiakini dan Malaysiakini memberitahu ianya adalah sumber berita daripada BERNAMA . Di Catatan blognya juga tersiar akan satu berita , yang menceritakan tentang dirinya mencari daripada mana datangnya punca namanya tersiar. Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan. Dhubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan. Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu". "Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya."Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bharu, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut. Bagaimana Laman PAS Johor Bahru boleh memuatkan berita tentang Ketua Pemuda Negeri tanpa usul periksa? Budaya salin tepek? Kini bukan persoalan Karpal Si...