Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MacOSX

Masalah MacOSX Tidak Boleh Tidur

MacOSX saya mempunyai masalah untuk tidur apabila ia sepatutnya tidur setelah dibiarkan selama beberapa minit. Yang peliknya ia boleh tidur secara manual melalui menu. Maka ada cadangan supaya dijadualkan waktu tidur pada keutamaan "Energy Saving" namun ianya hanya boleh disuruh tidur sehari sekali. Akhirnya saya menjumpai perisian " Please Sleep ", satu perisian yang wala' pada arahan tidur pada waktu yang ditetapkan walaupun ada perisian yang menghalangnya untuk tidur. Terdapat juga perisian lain bagi MacOSX berkaitan dengan tidur. Caffeine 1.1 , InsomniaX 1.3.5 dan Doze 1.0 adalah nama bagi perisian bagi mengelakkan MacOSX tidur. Manakala SleepTight 1.0.1 adakah perisian supaya komputer dikunci ketika tidur. Macam-macam nama. Terima kasih kepada DragoneOne , kerana membolehkan saya menjimatkan tenaga, tanpa perlu memanjat tangga .

Rangkaian Perkongsian Internet Menggunakan GPRS Linux --> OSX -> SE k800i

Hari ini talian streamyx tergendala, bukan sekadar DSL sahaja yang tergendala, malah talian PSTN juga tergendala. Kebiasaannya sekiranya perkara ini berlaku, saya hanya melayari web menggunakan Telefon sahaja, itupun menggunakan GRPS kerana UMTS 3G tidak sampai di kawasan rumah saya. Secara teori memang saya tahu menggunakan Linux atau MacOSX, boleh menggunakan bluetooth untuk disambung ke telefon supaya komputer boleh melayari internet. Namun akibat ketidaksungguhan mengodek, maka ianya sering tidak berjaya. Namun hari ini saya berjaya membuatkan MacOSX, menyambung ke internet menggunaka Telefon buruk Sony Ericsson k800i yang disambung menggunakan GPRS sahaj. Kira cukup baik, daripada menggunaka skrin telefon yang kecil, boleh juga guna komputer. Tips: Guna skrip Sony Ericsson 3G CID4 Ada pula Perkongsian internet MacOSX yang cukup mudah dihidupkan menggunakan GUI sahaja. Maka dapatlah PC Ubuntu buruk ini digunakan untuk membuat catatan blog ini. Namun, sebaik sahaja samb...

Pakatan Firefox-ms dah mengandung

Dimaklumkan, Pakatan Firefox-ms telah mengandung, namun belum beranak lagi. Apa itu itu Pakatan Firefox-ms ? Pakatan Firefox-ms adalah usahasama menterjemah perisian berasaskan Mozilla ke Bahasa Melayu (kod bahasa = ms, bukan my) . Beberapa tahun yang dulu, setelah Projek Meksom, yang menterjemah Mozilla ke Bahasa Melayu telah ditinggalkan oleh saya, Tiada sesiapa yang benar-benar serius menterjemah mozilla ataupun Firefox. Ramai yang angkat tangan kononnya nak mulakan projek namun kebanyakannya tak berhasil. Sehinggalah ada satu insan bernama Mahrazi, telahpun menyiapkan terjemahan Firefox, namun belum berjaya menghasilkan "Pek Bahasa" untuk dipasangkan ke Firefox. Saya telah cuba untuk menggunakan terjemahan Mahrazi untuk dijadikan Pek Bahasa, namun gagal. Akan tetapi setelah Pek Bahasa yang gagal itu diberikan kepadanya, maka terhasillah Pek Bahasa Melayu bagi Firefox 2.x yang BETA Kerjasama pihak tuan (macam surat rasmi pula), untuk menguji Pek Bahasa itu, pada Firefox 2....

wall pada facebook

Tadi Isteriku yang nombor 1 , cuba mendaftar Facebook, satu laman rangkaian sosial (sosial networking' Tapi itu bukanlah cerita yang hendak kuceritakan. Di facebook ada "The Wall", Maka saya pun terus teringat wall (/usr/bin/wall), dan menggambarkan kalau sekali taip, mesej itu akan sampai kepada semua kawan kita. Tapi mungkin "The Wall" pada Facebook itu adalah benda lain. Ya memang benda lain, ia hanya seperti Papan Notis sahaja dan bukannya wall seperti N*X (termasuk Linux dan OSX) . Patut lah tak kelihatan bagaimana kita hendak 'mesg n'. Untuk mengetahui apa itu wall pada N*X, seperti biasa 'man wall'. Suatu ketika dulu, 'write', 'talk', 'wall' adalah satu benda yang menyeronokkan. 'write' adalah satu arahan untuk menulis pada konsol seseorang yang logmasuk dalam sesuatu sistem. 'wall' adalah arahan untuk menyiarkan mesej ke konsol semua orang. walaubagaimanapun ia bergantung pada status 'mesg'...

Links pada MacOSX

Gambar di bawah adalah cekupan skrin (Screen capture), perisian pelungsur web Links yang dilaksanakan pada Terminal di MacOSX. Perisian Links itu membuka laman blog Acai/Budak Jawe/ Faisal Rahim . Walaupun ia tidak sukar untuk memasang fink pada MacOSX, namun saya masih berbelah bahagi, untuk MacOSX kelihatan lebih UN*X, penyelesaian mana yang lebih baik? MacPorts atau fink? atau ada penyelesaian lain? Kompil guna tangan pun satu penyelesaian juga. Ramai yang kata bila guna Mac, senang nak buat grafik, tapi hakikatnya sukar untuk memasang gimp pada MacOSX. (sebenarnya tak sukar tapi tak sungguh-sungguh). MacOSX tidak disertakan sekali dengan perisian penyunting grafik seperti Linux yang kebiasaannya ada gimp. Windows, sekurang-kurangnya ada MS Paint. Maka, seperti biasa saya akan gunakan gimp, kerana itulah perisian yang bebas untuk membuat grafik di MacOSX? Penyelesaian Adobe? Ya, memang ada, tetapi ianya berbayar, daripada bayar kepada Adobe, baik kasi pada pengunjung laman blog ini...

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'. Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'. Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV, Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga. Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala. Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530. (Jantung) Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak ber A2DP pun kena guna jantung yang sama. Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan. Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama... Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada ...

Soalan Bodoh: Ubahsaiz gambar

Ada tak skrip yang menggunakan alatan berasaskan Antaramuka Baris Arahan (CLI), yang membolehkan saya ubah saiz gambar-gambar yang ada dalam sesuatu direktori, kepada saiz tertentu. Platform = MacOSX. Kalau ada penyelesaian Linux pun boleh lah. Saya rasa penatlah nak ubah saiz gambar sebelum muatnaik ke blog.

Pengkalendaran di atas kertas

Saya sebenarnya tak faham bagaimana seseorang yang ada organizer gunakan organizer dia. Fungsi Pengkalendaran pada kepala otak aku ni dah makin tak berfungsi, maka perlukan sesuatu solution yang baik. Saya bukanlah orang yang mesra kertas. kalau boleh semua benda perlu dielektronikkan. Akan tetapi, walau canggih pun sistem pengkalendaran yang ada didunia ini, masih ada kekurangannya, kita tak boleh tengok keseluruhan kemasukan kalendar dalam 1 bulan. secara menyeluruh. Mungkin ada yang boleh paparkan kemasukan 1 bulan, tetapi takkan kita nak paparkan sepanjang masa? 1 monitor khas untuk google calendar mungkin menjadi penyelesaian. Atau google calendar dijadikan Penjimat skrin (screensaver)? Apabila saya melawati http://zliah.blogspot.com/2007/08/7-8.html (Kliklah apa lagi ...) Kalendar bulan 7 yang lalu. Kalendar bulan Ogos yang dibuat ketika masuknya bulan ogos. Walaupun kandungan dia tak seberapa, sesuai untuk kegunaan gadis seusianya. Tapi dia mengajar saya 1 perkara iaitu siapkan...