Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Saya anak Malaysia

Keputusan Peraduan Saya Anak Malaysia PETRONAS

Keputusan Peraduan Saya Anak Malaysia sudah keluar, Sila klik pada gambar untuk pergi ke URL asal. Eh, Sejak bila Proton Persona dijadikan Hadiah?

Kenapa saya suka orang rumah saya? bhgn. 3

Pautan Berkaitan: Kenapa saya suka orang rumah saya bhgn. 1

Pioneer DV-393

Aku kena pulangkan balik Pemain DVD ni kepada Mertua aku. Dulu aku juga yang belikan diorang pemain DVD ni, Tapi aku pinjam sempena Peraduan Saya Anak Malaysia, Jadi saya kena pulangkan balik. Aku dah mainkan DVD pada pemain DVD ni 24 jam selama lebih kurang 1 bulan tanpa henti-henti, tapi tak rosak pun. Dia sedikit pun tak menangis, Dia handal. Tak pernah aku tengok pemain DVD boleh on dan berputar sekian lama. Tapi aku ada masalah, nak mainkan guna apa Iklan Merdeka, Iklan Primax3 dan Iklan F1. Nak guna komputer macam dulu? boleh rasanya kalau guna Mac Mini. Atau nak guna Pioneer Hi End aku tu? Aku takut juga kalau rosak. Atau nak guna Sony Ericsson MMV-200? Tapi gambar tak cantik. Atau Stesyen beli sahaja Pemain DVD yang baru. Reviu aku pasal Pioneer DV-393, Kalau nak kira kualiti gambar dan bunyi, aku rasa tak seberana. Dia tiada output HDMI, atau video komponen. Hanya ada RCA dan S-Video sahaja. Kualiti bunyi, aku tak sempat uji lagi, Hanya dapat Uji dengan AEGO-M sahaja. Boleh t...

Kenapa saya suka orang rumah saya? Bhgn. ke 2.

(lanjutan dari kiriman ini ) Kenapa saya suka orang rumah saya? Sebab dia wangi Kenapa saya suka orang rumah saya? Ada ketiak yang wangi Kenapa saya suka orang rumah saya? Sebab Ketiak dia, Bila dia berpeluh, ketiak dia tetap wangi Arghhh berpeluh lagi. . Saya suka tengok orang rumah saya main.... Pingpong.... he he he he Kenapa saya suka orang rumah saya? sebab dia wangi..... kenapa? kenapa? kenapa? Kenapa kamu tanya soalan macam ni? Erp... Alhamdulillah "Kalaulah saya dapat mencukur misai tanpa bau ketiakmu pada pisau cukurku" moral: ( tulis sendir i)

Kekalahan Pasukan Bolasepak Malaysia

Memang senang sahaja "peminat" bolasepak Malaysia nak suruh Presiden dan Setiausaha agung letak jawatan. Dan memang mudah sahaja untuk sesiapa menyuruh Kerajaan menghentikan penggunaan helikopter Nuri setelah terhempas. Itulah hakikatnya bagaimana orang Malaysia memberi komen. Dengan cara berfikiran singkat. Ubah sahaja semuanya. Tetapi adakah ia akan menyelesaikan masalah? Ketika Alan Harris menjadi jurulatih dahulu, walaupun bagi saya ketika itu Pasukan Malaysia agak kuat, tempat kedua sukan sea tahun 2001, namun, masih tetap kena kondem oleh "peminat" bolasepak tempatan. Apabila Batalan Beskei (betulkah ejaan aku), Pasukan Malaysia masih lagi kuat, piala tiger dapat nombor 3, walaupun tanpa Indra Putra dan Akmal Rizal. Tapi itupun kena kondem. Apabila Beskei ditamatkan perkhidmatannya apabila gagal memilih ahli untuk bawah 20, K. Rajagopal pun mengalami masalah yang sama. Aku sebenarnya smpati dengan nasib pemain bolasepak kita, mereka bagus, tetapi kurang semang...

Warga serah kerakyatan tak diterima semula: PM

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang menyerahkan kerakyatan negara ini untuk menjadi warganegara lain tidak lagi boleh mendapatkannya semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Satu perkara yang saya nak beritahu dan jelaskan, rakyat Malaysia yang sudah serah kerakyatan, tetapi nak balik kerakyatan, tak boleh jadi rakyat Malaysia semula,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), di sini, semalam. Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengulas laporan akhbar semalam mengenai kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, bahawa 106,000 rakyat Malaysia menyerahkan kerakyatan mereka dari 1996 hingga April lalu. Walaubagaimanapun, Ramai diantara mereka ingin memohon kerakyatan Malaysia semula, setelah tertarik dengan "Peraduan Saya Anak Malaysia PETRONAS" yang bermula sejak 15 Jun yang lalu. Peraduan itu mensyaratkan hanya warga negara Malaysia sahaja yang layak menyertainya. Manakala di...

Burung ini sedikit pun tak menangis.

cite pasal burung le. cite pasal aku plak aka kejadahnya. :P Klik pada gambar untuk melihat gambat yang lebih terperinci. Pagi tadi burung ni masuk rumah aku, tak boleh keluar, melayang-layang di ruang tamu. Saya nak cuba tangkap dia dan keluarkan dia, terlompat2 saya tetapi tak berjaya, kalau tidak, sudah tentu dia bebas diluar. Akhirnya dia terlanggar kipas dan tercedera, tak boleh terbang lagi. Kepaknya terlanggar kipas. Luka pada sayap ------> (k800i ni fokus tangan pula.) Saya letakkan dia diluar, dia masih tak boleh terbang. Jadi kubiarkan dia di suatu tempat tersembunyi sedikit dan sediakan air. Terasa macam ada chemistry diantara aku dan burung ni, tetapi rasanya aku tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan mana-mana burung. Burung ini sedikit pun tak menangis. Dia Handal... Dimana burung tu sekarang? (senyap...) Burung dah tiada. p/s: Apa nama spesis burung ini?

Kenapa saya suka orang rumah saya?

Kenapa saya suka orang rumah saya? sebab dia cantik Kenapa saya suka orang rumah saya? Ada Umar, ada Hamzah, Vios, Toshiba... Sebab bilik tidur saya, Bila orang rumah saya tidur, dia terus tidur.... Arghhh tidur pulak. Kenapa saya suka orang rumah saya? Sebab, Mak dia masak nasi, sayur, semua dia masak. Saya suka tengok orang rumah saya main.... Tr*nsformer (supra).... he he he he Kenapa saya suka orang rumah saya? sebab dia best..... kenapa? kenapa? kenapa? Kenapa kamu tanya soalan macam ni? Erp... Alhamdulillah "Kalaulah kita dapat main transformer seperti anak-anak kita main"

Kenapa Saya Suka MSO?

Kenapa saya suka MSO? dia cantik... Kenapa saya suka MSO? Ada Ainal , Mah , Zikri, Razman... Kenapa saya suka MSO? Sebab, Bilik meeting mso, bila awak meeting, awak terus meeting. Errhhh lagi lama Saya suka masuk mso main ... pingpong he he he.. Kenapa saya suka MSO? Sebab Mah masak nasi, sayur, semua dia masak Kenapa saya suka MSO? sebab dia best..... kenapa? kenapa? kenapa? Kenapa kamu tanya soalan macam ni? Erp... Alhamdulillah "Kalaulah kita dapat meeting seperti anak-anak kita meeting"

Hacking borang peraduan "Saya Anak Malaysia"

Sejak bermulanya pertandingan "Saya Anak Malaysia", saya cuba menambah perkataan "No. Telefon:" Pada norang itu. Idea pertama ialah dengan menggunakan cop getah yang sudah lama, potong cop itu tinggalkan perkataan "Telefon" dan cop pada borang. Ianya berjaya tetapi tidak cool. Dapat lagi 1 idea, iaitu dengan membuat fail excel yang bertulis "No. Telefon" dan print pada borang itu betul-betul selepas ruangan emel. Ia agak berjaya, akan tetapi timbul persoalan pencetak panas. Apabila panas, ia membuatkan kertas tersangkut. Maka guna penyelesaian lain, guna manusia untuk kipas pencetak tu. tetapi ia akan tersangkut juga. Selepas itu, saya decide untuk buka sahaja pencetak itu dan kertas jatuh ke lantai. Ia tak sangkut lagi, tetapi kertas bersepah. Terpaksa pula Mak Tiri Jahat suruh bawang putih untuk kutip borang peraduan itu. Selepas bawang putih kutip borang itu, bawang putih kena sambut borang yang keluar dari pencetak Selepas itu dapat 1 ide...

Slogan Peraduan Saya Anak Malaysia PETRONAS versi budak

Minyak di NIgeria

Kenapa aku terpanggil untuk menulis tentang topik ini? Aku pun tak tahu. Seringkali kedengaran di berita "crude", harga minyak dunia, NYMEX, selalu naik kerana faktor nigeria. Beberapa bulan sekali, ada sahaja fasiliti minyak di Nigeria diserang "Pengganas". Lihatlah kronologi ini, Ada sahaja serangan dilakukan, dan ketika itu, serangan itu dijadikan alasan harga minyak dunia naik. Pengguna di Malaysia hanya tau faktor "Pak Lah" sahaja. Selalunya harga minyak naik, atas sebab Nigeria, selain itu, ia naik/turun atas sebab inventori minyak yang ada di Amerika Syarikat. Jika berlaku peperangan, maka ia akan naik, bila hampir musim sejuk, ia akan naik. Bila selepas mesyuarat OPEC, dia akan naik/turun bergantung pada hasil mesyuarat samada nak tingkatkan pengeluaran atau tidak. ATAU mungkin semua di atas adalah konspirasi ? Hampir semua faktor di atas, adalah disebabkan oleh manusia. Kita berbalik kepada Nigeria, Kenapa sesuatu serangan yang dilakukan oleh be...

Kesian cucu nenek....

Kesian cucu nenek.... kena gigit tebuan... Lim: Param sikit pun tak menangis Atan: Dia handal... Lim: Dimana dia sekarang? (Atan senyap) Atan: Dia dah meninggal.... Di Hospital ni juga,

"Merdekakah kiter jikalau hanya dgn memasuki peraduan... hehe"

Sajer acik nak tanya... (sebab dah lama tak bertanya kat sini)... mungkin ramai yg telah melupakan tanggungjawab mereka sebagai receptionist kat sini kan?... Pernah tak kalian memasuk & merelakan diri kalian utk mencuba2 naseeb memenangi apa2 peraduan sempena 50 tahun kemerdekaan negara kiter nie?... Skang nie dah mcm cendawan tumbuh acik nengok kat iklan2 TV... peraduan 50/50 DIGI ler... peraduan Saya Anak Malaysia Petronas ler... peraduan Jutawan TM net ler dan mcm2 lagi ler yg legal... yg illegal tue wallahu a'lam ler jawabnyer... So, meh kongsi skit... ada join tak?.. kenapa nak join?... dan kenapa takmo join langsung cam acik nie?... Nak kena mandi air munger ke?... Jawapan ringkas: Tidak merdeka dengan hanya memasuki peraduan. Kalau kita lihat sekarang ni, macam cendawan tumbuh , semua perniagaan nak dikaitkan dengan merdeka. kalau kita lihat 1 sudut, sebenarnya, syarikat perniagaan mengambil kesempatan atas semangat patriotisme untuk mengaut keuntungan. Pelanggan akan pe...

Pencetak dan meninggal

Lim: Dimana pencetak sekarang ni? Atan: (senyap) .... Pencetak dan meninggal, Di Stesyen ini juga. Lelaki: Salahkah saya guna pencetak buatan gombak? Perempuan: Tak salah, Pencetak buatan gombak kan bagus.... Kita patut yakin pada diri sendiri Budak: Dah lama kah Pakcik pakai pencetak ini? Pakcik: Dah Lama nak, dan banyak pakcik cetak. Cetak helaian hadapan, bukan belakang. India: Sekarang keadaan sudah berubah, pencetak pun sudah tiada lagi. Itulah hari yang paling istimewa geram betul, pencetak aku mati bila aku perlukannya, sedang cetak borang "Saya Anak Malaysia" Kalaulah kita dapat mencetak seperti anak kita mencetak