Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Salahuddin

Jemputan Jamuan Hari Raya MTD Serkam, Perasmian Markas PAS Sempang oleh YB Salahuddin

Adalah dimaklumkan bahawa anda dijemput untuk hadir ke Jamuan Hari Raya Majlis Tindakan DUN Serkam & Perasmian Markas PAS Sempang (Balai Islam Baitul Hikmah) oleh YB Salahuddin & Ceramah oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan YB Salahuddin. & Aqiqah Hamzah & Muaz. Bertempat: Balai Islam Baitul Hikmah, (Markas PAS Sempang) Jalan Haji Jamaat Kampung Sempang Merlimau Melaka Pada: 28 Ogos 2008 bersamaan 28 Syawal 1409 Bermula Maghrib. Ceramah Bermula Selepas Isya' Pakaian: Pakaian yang dirasa sesuai untuk Jamuan Hari Raya. Jawapan bocor:

YB Salahudin Muda 10 Tahun

Ketika Piada Dunia 2006, apabila Zidane mempamerkan aksi menarik dan membawa kemenangan kepada Peranchis menumpaskan Brazil, ketika itu media memperkatakan bahawa "Zidane Muda 10 Tahun". Itulah gambaran yang patut diberikan kepada YB Salahudin merujuk kepada Aksinya ketika demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur semalam. YB Salahudin Muda 10 Tahun . Semalam, Peranchis telah tewas di tangan Belanda, menyebabkan terasanya kehilangan Zidane, Walaupun satu ketika dahulu Zidane pernah mengecewakan peminatnya dengan aksi menanduk Materizi sehingga dibuang padang. Namun Zidane tetap wira Peranchis. Kekalahan YB Salahudin ketika berdebat adalah umpama tindakan Zidane menanduk Materazi, dan Kesungguhan berdemonstrasi adalah umpama membawa Peranchis mengalahkan Brazil. YB Salahudin tetap wira Malaysia.

YB Salahudin Yang Mengecewakan

YB Salahudin agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad. Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS. Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat . Jika Shahrir Samad katakan mengapa cara itu sesuai, katakan sahaja ianya adalah subsidi menyeluruh kerana yang merana adalah poket rakyat, bukannya poket kerajaan persekutuan. Poket kerajaan persekutuan akan penuh kembali apabila PETRONAS mengumumkan keuntungan tahun kewangan 2007. Cadangan Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat adalah lebih baik daripada subsidi berdasarkan sektor A, kemudian sektor B , Sektor C, kerana pasti akan ada lompongan insan Rakyat Malaysia akan tidak menikmati subsidi. Sebagai contoh yang nyata ialah Keterlupaan Shahrir Samad akan subsidi yang diberi...