Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Amerika

Obama kata Kita tidak boleh terus meminjam daripada China atau daripada negara lain

Obama kata.... “We can't keep on just borrowing from China or borrowing from other countries," "Kita (Amerika) tidak boleh terus meminjam daripada China atau daripada negara lain."   Obama kata.... "We have to pay interest on that debt and that means that we're mortgaging our children's future with more and more debt," "Kita perlu membayar faedah pada hutang itu dan ianya bermaksud kita menggadaikan masa depan anak-anak dengan banyak hutang" Obama kata....   "What's also true is at some point they're just going to get tired of buying our debt.  And when that happens, we will really have to raise interest rates to be able to borrow and that will raise interest rates for everybody."  "Apa yang juga benar adalah pada masa sama, mereka akan penat membeli hutang kita. Jika ianya berlaku, kita akan perlu menaikkan kadar faedah supaya boleh meminjam dan ia akan meningkatkan kadar faedah bagi semua orang...

Bailout Industri Permotoran Amerika ditentang Senat

Masih ingatkah lagi ketika krisis ekonomi 1998, banyak syarikat pembuat kenderaan telah dibaham oleh syarikat kenderaan Amerika. Kali ini mereka bermasalah, tapi mahu dibailout pula. Mujur senat tidak luluskan. Apa punya sistem, apabila kita orang lain susah, mereka baham yang susah, tetapi apabila mereka susah, mereka seolah-olah tidak rela dibaham oleh sesiapa. Kalau GM atau Ford nak telungkup, biarkan. Stok banyak tidak boleh dijual? Apa salahnya kalau harga dikurangkan sehingga dibawah kos.

Najib Membawa Kita Hanyut Bersama Bretton Wood II

Diberitakan bahawa seolah-olah Najib yang mencadangkan supaya diadakan Bretton Wood II Diberita yang sama, kelihatan seperti Bretton Wood masih lagi dipakai, tetapi perlu dirombak. However, this is the first time Malaysia is calling for new agreements to replace those signed 64 years ago. “Whatever we do, we must be fair to the G20 developed nations and also to developing economies like Malaysia,”    Di utusan pula ...  Malaysia mahu prasarana kewangan global yang selama ini diasaskan kepada sistem Bretton Woods yang telah berusia enam dekad direka bentuk semula bagi menangani cabaran baru ekonomi dan krisis kewangan dunia. Memang Bretton Wood dulu telah membuatkan tertubuhnya IMF dan Bank DUnia, akan tetapi unsur penting ketika Bretton Wood ialah penebusan emas. Emas tidak boleh ditebus oleh USD pada 1970 Amerika sudah tidak ada duit, tetapi mahu berperang, maka mereka menukar permainan kepada bentuk permainan yang mereka sentiasa menang. Walaupun matawang dunia disandar...

Binatang apa itu Undi Elektoral? Binatang Bertaringkah?

Seperti catatan terdahulu, ada mengatakan Obama telah menang Pilihanraya Presiden Amerika setelah "Undi Elektoral"nya melebihi 270. Binatang apakah Undi Elektoral itu? Berbulu atau tidak? Karnivor Atau herbivor? Ada gigi taring? Semua bukan. Memang tak faham kalau tengok CNN, ada keputusan negeri, ada keputusan Undi Elektoral. Bagaimana nak dapatkan bilangan undi elektoral itu? Keputusan yang masuk hanya berbentuk "Obama Menang Negeri X" , "Mc Cain memang Negeri Y", tetapi yang dikira ialah bilangan Undi Elektoral, bukannya bilangan negeri. Berikut adalah penerangan untuk mengetahui binatang undi elektoral itu bertaring atau tidak:

Bail Out 700 Bilion Mana Cukup! 5 Trilion lah

Saya membaca slashdot, apabila melihatkan kelembapan blog tempatan. Terjumpa pula undian tentang bail out. Menarik juga bila golongan geek berbicara tentang ekonom i. Baca: http://slashdot.org/pollBooth.pl?qid=1647&aid=-1 Ada pula catatan yang mengatakan 700 bilion itu tidak cukup, ianya hanya secebis daripada 50 trilion yang diperlukan. Ada yang mengatakan bail out mesti sekurang-kurangya 5 trilion . dirujuk dari bloomberg . Barulah padan dengan dengan 53 Trilion yang dijanjikan untuk rakyat . $53 trillion is (drum roll please) the approximate size of this country’s bill for the Social Security and Medicare promises we’ve made Err Kenapa mereka tak mohon untuk bail out rakyat 53 trilion terus? Kasi pada rakyat, selepas itu tak payah janji apa-apa. Kalau 700 bilion adalah secebis daripada keseluruhan bail out, maka sempat lagilah kita beli emas perlahan2. Bila Parlimen Malaysia nak bersidang?

Hidangan Jaminan Palsu yang Indah Pada Hari Raya

Najib sudah tidak berapa betul. Walaupun sudah menjadi kebiasaan, makanan yang sedap-sedap akan dihidangkan ketika hari raya, Berita juga dihidangkan dengan Jaminan Palsu yang indah. Menteri Kewangan Baru, Najib Razak, menghidangkan cerita indah ekonomi, menjamin begitu kukuhnya ekonomi kepada rakyat jelata pada hari raya . Apa motifnya? Entah. Mari menikmati hidangan cerita indah ekonomi oleh Najib. Ada penganalisis lain yang mengatakan Najib sudah Mabuk Tapai . Alasan Najib ekonomi begitu kukuh adalah kerana rizab. AS$$119 bilion (RM404.6 bilion ) Rizab yang dipetik dalam USD dan Ringgit mestilah meningkat kalau adanya pesta kejatuhan dollar. Berani Najib nyatakan rizab Bank Negara dalam Nilai emas? Tengok dia meningkat atau merosot. Rizab 119 bilion USD itu sebenarnya merosot berbanding 122 bilion USD (RM 428bilion )pada  29 Ogos 2008 . Banyak sangatkan 119 bilion USD rizab sehingga boleh menjamin ekonomi negara? Laporan BNM akhirnya menyatakan berapa banyak rizab emas. Setiap k...

Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Bail Out atau Tidak?

Puas saya mengkaji, masa satu yang lebih baik untuk Malaysia, sekiranya anda adalah ahli kongress Amerika yang "Agen Malaysia", yang mana anda undi? Menyokong Bail Out 700 bilion , atau sebaliknya? Jika bail out, sudah tentu kegiatan penciptaan wang USD itu akan merendahkan ringgit , sebaliknya saham akan jatuh dan ada syarikat Amerika yang muflis, dan tempiasnya ke Negara kita. Jadi, Sila nyatakan apa yang anda undi jika anda ahli kongress Amerika yang "Agen Malaysia". Mari kita mencampuri hal ehwal Amerika. Rupanya masih ada spekulasi harapan puak Barisan Bail Out untuk menang . Pakatan Taknak Bail Out akan lompat ke Barisan Bail Out? Democratic presidential candidate Barack Obama called for calm after the House vote, saying the plan ``will get done.'' Republican nominee John McCain urged lawmakers to ``go back to the drawing board'' and come up with legislation that will pass.   Kedua-dua calon Presiden adalah Barisan Bail Out

Barisan "Bail Out" Kalah

Kongres baru sahaja mengundi samada mahu bail out 700 bilion atau tidak. Keputusannya Pakatan Taknak Bailout yang menang. 228 berbalas 205. Yang menghairankan, ialah bagaimana 2 calon Presiden Amerika iaitu Obama dan McCain memihak kepada Barisan Bail out. Dollar jatuh, harga emas naik mencecah 900. Yang peliknya harga minyak turun????

Amerika Mencampuri Urusan Malaysia? Kita Apa kurangnya?

Banyak berita sebelum ini menunjukkan seolah-olah mencampuri urusan Malaysia. Namun ianya hanya sekadar ulasan-ulasan yang terbit daripada mulut ahli politik. Kita apa kurangnya, Apabila berlaku krisis subprima di Amerika, ramai yang memberi komen, yang pro dinar akan keluar hujah dinarnya. dan macam-macam lagi. Hatta pemimpin atasan negara pun ada bercakap tentang masalah ekonomi Amerika. Apa bezanya? Tidakkah kita mencampuri hal ehwal negara orang? Amerika sudah biasa menerima komen dari negara luar, akan tetapi Malaysia, apabila mendapat ulasan dari negara luar, terus bersilat "Jangan campuri hal urusan negaraku". Kalau nak jadi negara maju, perlulah bersedia menerima komen2 pemimpin negara luar.