Krisis Ekonomi bagi orang kebanyakan hanya kelihatan apabila 2 perkara ini berlaku. 1. Orang tiada pekerjaan atau sumber pendapatan 2. Orang yang bekerja tetapi tak cukup duit. Peduli apa KDNK, hutang negara dan lain-lain bagi orang biasa. Apabila harga minyak melonjak dahulu, senario no 2 banyak berlaku, dimana orang yang bekerja pun tak cukup duit. Tapi hari ini ramai pula yang tiada kerja. Jadi apa penyelesaiannya? Penyelesaian sementara atau penyelesaian jangka panjang. Penggunaan Dinar dan Dirham hanya memberi faedah untuk jangka panjang. Sistem ekonomi berdasarkan emas memang lambat untuk berkembang. Itu hakikat yang pendokong dinar dan Dirham kena terima. Namun walaupun lambat berkembang tetapi ia stabil akibat daripada ketiadaan "bubble". Mahu tak mahu, mungkin ada orang yang tak cukup makan pakai. Almaklumlah budaya menyimpan agak kurang bagi golongan pertengahan dan rendah. Bukan mereka tidak mahu menyimpan, tetapi ada yang tidak mampu. Jadi saya ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca