Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Morpheuzneo

Gambar Kahwin Morpheuzneo (JawapCarian)

Tak sangka ada juga orang mencari "gambar kahwin morpheuzneo" Jadi untuk tidak menghampakan mereka, maka saya paparkan di sini. Dari robohan kota melaka Kita dirikan jiwa Merdeka Dari kejatuhan saham proton Kamu bangunkan apa yang patut. Sila ke http://bincang.net/forum/showthread.php?t=81318 Ini pula gambar selepas kahwin morpheuzneo.

Kembali ke Linux

Sudah lama tidak kemas kini blog. Saya baru sahaja menghidupkan kembali Fedora lama, rupanya partisyen Fedora idak rosak. Hanya cakera yang menggangdungi Windows, dan /home/sebol yang rosak, oleh kerana ia cakera pertama (/dev/hda) maka grub tak berfungsi. Akan tetapi tidak semua /home/sebol hilang, sebelum /home/sebol diletakkan dalam partisyen khusus, ianya duduk dalam /home di cakera kedua (/dev/hdb). Kandungan /home/sebol tidak dipadam sebelum menggunakan /home/sebol yang baru. Maka ada juga data yang hilang, tapi tak hilang semuanya. Ada lagi gambar kawin dulu-dulu. Sesi menyerahan CD RedHat versi 9 semasa kenduri dulu. Dari RedHat 9, kemudian di naik taraf ke Fedora core 1, 2,3,4, 5, 6 Tiada pemasangan baru Fedora dilakukan pada komputer saya. Sampai lah sekarang tengah 'yum upgrade' ke Fedora 8. Akhirnya saya akur dengan nasihat Pengulas di Topik ini untuk menaiktaraf ke Fedora 8 terus. Tapi ada masalah kebergantungan, kerana banyak pakej dipasang dari repo lain terpaks...

Penyelesaian tandabuku sosial kandungan tempatan

Sudah lama saya cuba fikirkan akan sesuatu cara dimana dalam dunia web 2.0 ini kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih baik. Memang wujudnya banyak tandabuku sosial versi barat yang sering menaikkan kandungan antarabangsa, sehingga satu tahap, kandungan tempatan, terutama sekali yang dalam bahasa melayu tak dapat dikongsikan dengan jayanya. Digg? Apa gunanya digg kalau kandungan BM didiggkan, tetapi seluruh dunia tak kan diggnaikkan kandungan bahasa melayu. (diggnaik= digg up). Apabila saya membuat membuat undian tentang akaun apa yang pelawat blog ini ada, terlalu sedikit yang ada akaun digg, mahupun del.ico.us. Saya telah cuba bentangkan idea perkongsian tandabuku pada kiriman blog saya di bluequil. Akan tetapi, ia tidak mendpaat sambutan. Apa yang saya lihat, banyak pemblog yang tersohor mempunyai "share it", yang menyenaraikan digg, delicious dan lain-lain. Bayangkan kalau hanya 100 orang yang memasuki blog tertentu, 5% yang faham konsep tandabuku sosial, samada jenis ...

JawapCarian: Pengalaman Pandu Uji Proton Persona

Oleh kerana laman blog ini sering dikunjungi oleh pengunjung yang ingin mencari komen tentang Proton Persona, Namun apa yang sering dijumpai adalah artikel ini . Sahabat saya, Morpheuzneo telah pun memandu uji Proton Persona 2007, dan menceritakannya (memberi komen) di Bincang.net (bdn). Antara komen beliau yang menarik... "Enjin terasa lebih senyap. Torque terasa cukup berkuasa walau pun berada di kelajuan rendah.. atau dari statik. Tak perlu nak mengaum-ngaum enjin baru nak dapat rasa power sedap. " "Ruangan bonet - waaah!! luasnya! serious! lagi luas dari Honda Civic aku rasanya. So mmg kereta ni di sasarkan utk golongan yg baru nak berkeluarga atau yg ada anak kecil. Senang nak angkut semua barangan anak dan isteri skali. " Sila baca pengalaman Pandu Uji Proton Persona di Bincang.net (bdn).