Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Yamaha

Tolong! Aku belum Merdeka dari 'Remote Control Amp'

Selamat bersedia untuk 'Merdeka', hidup kita semakin hari semakin kurang merdeka. Ada sahaja candu yang membuatkan kita bergantung pada itu dan ini. Merdeka sering ditafsirkan dengan 'sudah senang', walhal merdeka adalah bebas daripada pergantungan, walaupun terpaksa hidup susah. Ini alat kawalan jauh saya untuk amp. Biasanya amp mempunyai knob (apa istilah BM nya? ) Knob mengawal kekuatan bunyi. Kebiasaannya, pelanggan astro mengawal bunyi dengan alat kawalan jauh astro. Namun, disebabkan saya memilih untuk menggunakan isyarat audio yang keluar adalah digital maka sudah tidak boleh mengawal kekuatan bunyi menggunakan pendekod Astro. Pelik juga, kenapa dia tak buat isyarat digital yang boleh di naikturun. Peranti lain pun ada juga yang boleh keluarkan isyarat digital, tapi boleh pula turun naik volum. Dijadikan cerita, knob amp memang susah lama rosak. Jadi satu-satunya cara untuk menaikturunkan kekuatan bunyi adalah menggunakan alat kawalan jauh ...

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'. Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'. Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV, Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga. Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala. Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530. (Jantung) Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak ber A2DP pun kena guna jantung yang sama. Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan. Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama... Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada ...