Saya telah membalas kiriman blog Rastom Agenda Daily lawan Malaysia-Today: Dari sudut kebolehgunaan --------8 Macam mana saya nak terangkan, kalau nak cerita panjang. Maka diringkaskan kisah sejarah web dan HTML. Asalnya HTTP atau dikenali sebagai “web” menggunakan HTML yang asas. Jadi sepatutnya semua pelungsur web yang ada, mesti mematuhi spesifikasi HTML versi ketika itu. Akan tetapi satu syarikat telah menambah HTML itu sesukahati mereka, dimana pelungsur web dia mempunyai kelebihan teknologi. Laman Web yang dibuka oleh Netscape Navigator ketika itu kelihatan lebih cantik kerana dia boleh render Tag HTML yang tidak mengikut spesifikasi. Oleh kerana Netscape Navigator mempunyai penguasaan pasaran yang tinggi, pembangun web addakalanya terus membina laman web untuk netscape dan bukannya ikut spesifikasi. Kemudian, datang pula Microsoft, yang mempunyai penguasaan pasaran Sistem Pengoperasian untuk memasuki sektor pembinaan pelungsur web, dengan peneluarkan MS Internet Explorer (MSIE)....