Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sang Saka Merah Putih

Sang Saka Merdeka atau Sang Saka Malaya atau Sang Saka Malaysia?

Bendera Malaysia yang akan menggantikan Jalur Gemilang, mempunyai ciri-ciri kenusantaraan (Sang Saka) yang tiada pada Jalur Gemilang. Fail SVG boleh di dapati di http://www.beras-padu.pit.my/svg/Sang-Saka-Merdeka.svg (Saiz SVG boleh menghasilkan seberapa besarpun imej jpg) Apa namanya? Namanya belum diputuskan lagi, ada yang memanggilnya Sang Saka Malaya (Tukar Tiub), Saudara Najwan Halimi pun menggemari Nama Sang Saka Malaya , Namun saya lebih suka Nama Sang Saka Merdeka .

Bendera Malaysia Mengantikan Jalur Gemilang

Dulu saya pernah tulis tentang bendera Malaysia yang dirasa memang patut ditukar . Tapi saya bukan geng terbalikkan bendera. Saya mahukan Bendera Malaysia mempunyai unsur "Sang Saka Merah Putih" seperti yang dimahukan oleh Dr Burhanudin Al-Helmy. Buat apa pening-pening mencipta bendera yang baru? PUTERA-AMCJA sudah sediakan bendera negara kita seawal 1947. Sudah pasti ianya dipersetujui oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy Kepada yang sudah bersedia dengan perisian grafik , sila buatkan kembali Bendera Malaya kita ini. Iaitu Sang Saka Merah Putih yang ada 12 bintang.

Bendera Malaysia Perlu Diubah dan Mempunyai Unsur Sang Saka Merah Putih

Tahun lepas saya sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu mempunyai lagu kebangsaan yang baru. Mari kita lihat Indonesia. Itu bukan sekadar bendera Indonesia, tetapi ianya bendera "Sang saka merah Putih". Sang Saka Merah putih bukan sahaja Bendera Indonesia, Ia juga bendera kita. Bendera Nusantara, Malaysia Indonesia, selatan Filifina, Selatan Thai. PKMM kata, Sang Saka Merah Putih itu jangan dikotori, dengan meletakkan keris padanya. Menjadi Bendera UMNO. Namun Bendera PAS juga Sang Saka Merah Putih dikotori, Namun ia tetap berasal dari sang saka merah putih. Nampaknya UMNO dan PAS sama-sama mengkotori Sang Saka Merah Putih, namun ia jelas nampak berasal dari Sang Saka Merah Putih. Begitu juga bendera Singapura, berasal dari Sang Saka Merah Putih. Dan juga bendera Melaka, mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih. Mengapa Bendera Malaysia tidak langsung mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih? Apa yang dibanggakan sangan dengan jalur menyerupai Amerika...

Ahmad Boestamam - Merintis Jalan Ke Punchak

Sempena sambutan kemerdekaan ke 50 ini, Kita kenang kembali pejuang kemerdekaan kita, Ahmad Boestamam. Buku pada gambar itu ditulis oleh Ahmad Boestamam sendiri pada tahun 1972, cetakan pertama, menceritakan perjuangannya mencapai kemerdekaan. PKMM ketika itu diketuai oleh Dr Burhanuddin Helmi, dibantu oleh Ishak Haji Muhammad. Ahmad Boestamam ketua API, Angkatan Pemuda Insaf. Sayap Pemuda PKMM. Didalam buku ini menceritakan kisah 'SANG SAKA MERAH PUTIH' Setelah PKMM diharamkan, ramai orang PKMM ditangkap, termasuk Ahmad Boestamam sendiri, parti politik yang tinggal hanyalah UMNO. Maka UMNO cuci tangan dan mendabik dada mengatakan bahawa merekalah Pejuang Kemerdekaan dengan mengantung poster para Perdana Menteri, termasuk PakLah seolah-oleh PakLah turut serta memerdekakan kita. Pautan: Ayahku Ahmad Boestamam