Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel integrasi kaum

Pengkianat Perpaduan

Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan di Malaysia. Sekiranya ada seseorang dengan sengaja menggunakan bahasa SMS atau istilah yang dilacurkan (*err), yang menyebabkan ia sukar dibaca oleh bukan Melayu. Maka kita boleh menggelarkan mereka sebagai Pengkianat Perpaduan

Kelab Penyokong PAS, Perpaduan Nasional Tanpa Melayu?

Hari ini saya nak kritik sedikit model Perpaduan Nasional, yang mana Kelab Penyokong PAS ditubuhkan, adalah seolah-olah sebagai platform "bukan Islam" dan bukannya "platform perpaduan Nasional". Maka, sekiranya Kelab Penyokong PAS dijadikan sebagai Dewan sekalipun, Pengasingan itu tetap wujud. Manakala Dalam Model Kelab Penyokong PAS ada pengerusi kelab penyokong PAS India. Ianya seolah-olah dipecahkan mengikut kaum, Ada kelab Penyokong PAS India, ada CIna, tapi tak nampak pula siapa pengerusi Kelab Penyokong PAS Melayu. Adakah Melayu tiada kena mengena dengan Perpaduan Nasional? Jadi apa yang saya lihat model sebegini dapat menyatupadukan bukan islam di dalam PAS, tetapi ia terasing dalam satu kelompok. Hanya pemimpin yang bermesyuarat sahaja yang berinteraksi antara kaum. Jadi apa penyelesaiannya? Saya selaku jurutera politik yang tersohor di Melaka, akan mengemukakan beberapa idea. (Angkat bakul sendiri) Saya ingin melihat bahawa perpaduan kaum i...

Realiti Politik Melayu dan India

Politik Melayu dan India mempunyai satu persamaan. Apa dia? Melayu dan India memerlukan pembelaan berdasarkan kaum. Walaupun penyelesaian menyeluruh disediakan dalam bentuk basmi kemiskinan dan sebagainya, 2 kaum ini akan tetap memerlukan sesuatu jenis pembelaan yang spesifik kepada sesuatu kaum. Itu bagi saya satu realiti. Di Malaysia kaum india agak berpecah. MIC, PPP, PKR, DAP, PSM, Kelab Penyokong PAS India, penyokong Datuk Nalla yang keluar PKR dan sebagainya. Sebelum ini India mengharap kepada MIC, namun MIC tidak boleh diharapkan, ianya umpama UMNO bagi bagi Melayu. Kemajuan ekonomi akan menyebabkan sesuatu kaum akan terkeluar daripada memerlukan pembelaan spesifik mengikut kaum. Orang Melayu ada yang sudah keluar daripada memerlukan Pembelaan Melayu begitu juga orang India. Akan tetapi masih ramai lagi orang Melayu dan India yang memerlukan "Bela Nasib orang Melayu", "Bela Nasib orang India". Agenda "Bela Nasib Orang Malaysia" m...

Jangan Guna Istilah "BANGSA ASING" untuk Warga Tempatan

Istilah bangsa adala satu istilah yang mengelirukan dan sering disalahgunakan. Siapa yang benar-benar faham apa maksud bangsa? Entahlah. Akan tetapi kebanyakan penggunaan istilah bangsa adalah merujuk kepada Melayu Cina India yang kesemuanya warga negara Malaysia. Ada orang melayu yang mengatakan bahawa Cina dan India adalah bangsa asing. Bagi saya ia penggunaan yang salah. Adakah Melayu itu bangsa? Ya Adakah Cina itu bangsa? Ya Adakah India itu bangsa? pun ya juga jawapannya. Melayu Cina India juga adalah "keturunan" atau "etnik" atau "kaum". Apa itu "kebangsaan"? adakah "Kebangsaan" itu berasaskan bangsa dalam konteks Melayu Cina India? Kalau begitu, setiap satu bangsa ada "Kebangsaan"nya sendirikah? Apa yang saya faham dengan "kebangsaan" ialah "Nasional", sesuatu yang merujuk kepada kenegaraan. Lagu Kebangsaan adalah lagi Negara Malaysia Bunga Kebangsaan adalah untuk Malaysia....

Kafigrafi Cina

Jed Yoong ( جيد يوڠ ) adakalanya pelik juga. Tempoh hari dia mempersoalkan di manakah kaligrafi pempin Cina tempatan , kemudian hari ini dia menunjukkan bahawa pemimpin Cina zaman moden juga mempunyai kaligrafinya sendiri . Saya pun tidak berapa faham, adakah kaligrafi itu perlu ada bagi setiap pemimpin Cina? Atau bagi setiap individu? Adakah ini dipanggil sebagai Kaligrafi? Kalau begitu , YB Khalil Idham Lim , pemimpin PAS ada Kaligrafi, MCA DAP tiada? Keperluan untuk mempertahankan dan memahami khazanah kaum-kaum di Malaysia, itu kerja Lajnah perpaduan kaum PAS.

Shaberry Chik Kurang Faham Sensitiviti Kaum - rujuk Malaysiakini

Diberitakan bahawa MCA membantah pengurangan waktu berita Mandarin di Malaysiakini. Saya bukannya sokong MCA kerana Dasar Bahasa yang ke'beijing'an. Slot Bahasa Mandarin digambarkan sebagai slot untuk orang Cina. Agak menghairankan juga kenapa tiada berita Hokkien tetapi MCA tidak bantah. Walau apapun, bahasa berita itu samada Hokien atau Mandarin, tetap "Slot untuk orang cina" dikurangkan oleh Shabbery Chik. Ada yang berpendapat tembok perkauman sudah runtuh. Orang Melayu bagaimana, marah atau tidak? Dasar baru RTM memindahkan waktu "Warta Berita" yang sudah berpuluh tahun duduk selesa pada "Jam 8 malam" ke 9 malam. Tidakkah ada orang Melayu marah? Warta Berita jam 8 malam di RTM 1 adalah gaya hidup segelintir Melayu sejak berpuluh tahun yang lalu, kini dilambatkan kerana mengutamakan slot untuk orang cina dan orang India. Orang India marah tidak? Saya bukan nak menggalakkan supaya orang Melayu Cina India bergaduh kerana berebut slot, akan tetapi ...

Boleh Saya Cadangkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4? - rujuk Malaysiakini sedikit

Zaman saya muda dahulu ada Peperiksaan Pernilaian Darjah 5. Hari ini saya nak cadangkan supaya diadakan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4, dan hapuskan UPSR. Lupakan soal peperiksaan, kita fokus isu Mukhriz dan Isu Namewee . Mukhriz dan Namewee lebih kurang senada, mempersoalkan kenapa pembelajaran dilakukan dalam banyak bahasa. Mukhriz agak pelik kerana mempertahankan pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mukhriz mahukan pembelajaran dalam satu bahasa sebagai alat perpaduan, saya sokong walaupun saya bukan UMNO. Akan tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah sekolah rendah selama 6 tahun, sekolah menengah selama 5 tahun (atau 6 tahun). Selama 5 tahun di sekolah menengahlah yang membolehkan pergaulan antara kaum dalam satu bahasa boleh dilakukan. Ketika sekolah rendah, bersekolahlah dalam bahasa ibunda. Akan tetapi, tempoh masa sekolah rendah 6 tahun, lebih lama daripada pembelajaran dalam bahasa Melayu iaitu 5 tahun. Zaman sekarang pelajar bersekolah seawal 4 tahun. M...

Membela Kaum Atas Dasar Agama - Pak Karamu

Pak Karamu, ada menulis MEMBELA KAUM ATAS DASAR AGAMA Konsepnya lebih kurang dengan apa yang saya tulis dahulu : PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu Ianya tidak dipersetujui oleh YB Khalid Samad , Respon: PAS dan DEB Apabila PAS majoritinya melayu, apabila dilihat sebagai pembela Melayu, ia akan kelihatan seperti berjuang atas dasar kaum. Akan tetapi apabila PAS benar-benar menjadi pasti Islam pelbagai kaum, dan dilihat begitu sukar mendapatkan untuk kaum melayu, kaum kadazan, bidayuh dan kaum yang merasakan perlu dibela atas nama kaumnya. Maka mungkin strategi pembelaan kaum boleh dilakukan. Memang sudah lumrah manusia, kalau kita tidak perkauman sekali pun, kita akan menggelarkan seseorang berdasarkan kaumnya. Itu budak cina itu budak Melayu Itu budak jawa Pembelaan kaum cukup berbeza dengan ketuanan kaum tetapi kehilatan hampir sama kerana menggunakan nama kaum juga. Pembelaan kaum ialah suatu langkah mengenalpasti masalah sesuatu kaum, dan diselesaikan. Masalah Mat rempit it...

Ulasan di blog Kekanda Husam berkenaan isu Papan Tanda

Ulasan saya di blog Kekanda Husam Bahasa: Sekadar Bertanya (belum diluluskan ketika ini) ------- Kekanda Husam. Yang saya kuatiri ialah apabila wujudnya papan tanda yang bukan BM, akan wujud golongan yang tidak merasa perlunya untuk memahami BM, akhirnya pepecahan akan berlaku. Ianya tidak semestinya merujuk papantanda Bahasa Cina, akan tetapi merujuk kepada papan tanda kedai-kedai yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Sekiranya sekelompok rakyat Malaysia sudah boleh hidup tanpa merasa perlu memahami Bahasa Melayu, boleh sekolah tanpa BM, masuk IPTS tanpa BM, maka matlamat Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak akan tercapai. Bagaimana golongan ini hendak bergaul dengan orang kampung? Perpaduan kaum di kawasan kampung lebih baik berbanding di bandar kerana mahu tidak mahu bukan melayu terpaksa berbahasa melayu untuk beli pisang goreng atau roti canai. 20 sen.

Jed, Mari masuk Kelab Penyokong Muda PAS

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum Dewan Pemuda PAS Pusat, telah memaklumkan bahawa "Kelab Penyokong Muda PAS" akan ditubuhkan . Apabila ditanya samada Kelab Penyokong Muda PAS adalah untuk lelaki sahaja atau sebaliknya, Saudara Khairul Faizi juga mengatakan ianya adala campur. Comment by khairul faizi 2008-10-15 17:59:13 Kelab Penyokong Muda utk lelaki dan perempuan Oleh itu saya menyeru, rakan-rakan blogawan yang bukan Islam terutama sekali Jed Yoong untuk mempertimbangkan supaya Kelab Penyokong Muda PAS dijadikan satu platform politik yang bersih apabila ianya ditubuhkan nanti. Di sini saya tidak boleh menjanjikan sekurang-kurangnya satu kuota menteri kabinet bagi Kelab Penyokong Muda PAS.

Satu Bangsa Satu Negara Dr Burhanuddin Al-Helmy - Malaysiakini

Saya tertarik untuk mengulas surat Kelly Stone di Malaysiakini tentang 'Satu Bangsa Satu Negara' , dimana Negara Thai telah berjaya melakukannya. Bukan sahaja Thai, negara di eropah juga banyak yang berjaya melakukan Satu Bangsa Satu Negara. Faktor utama menjayakan Satu Bangsa Satu Negara ialah soal bahasa. Di Negara Thai, Sweden, Korea, Jepun kesemuanya bercakap dalam satu bahasa sendiri yang menjadi sebagai identiti bangsa. Takrifan bangsa sering disalah ertikan dengan etnik atau kaum. Di Malaysia bangsa sering dikaitkan dengan kaum, berbanding maksud sebenarnya ialah untuk warga sesuatu negara. Ketika sebelum merdeka. Tidak ada istilah "Malaysia" yang ada hanya "Malaya" nama yang diberi oleh british. Oleh itu ketika Dr Burhanuddin Al-Helmy cuba membangkitkan nasionalisme, istilah kebangsaan digunakan untuk merujuk kepada nasionalisme. Kaum yang ada di Tanah Melayu adalah bukan hanya melayu, akan tetapi Dr Burhanuddin Al Helmy cuba menjadikan semua orang s...

Nathaniel Tan & Nik Nazmi Melaungkan HIDUP MELAYU di Malaysiakini

Tidak terfikir oleh saya bagaimana 2 orang menulis satu artikel. Ianya tidak mustahil. YB Nik Nazmi bersama Nathaniel Tan bersama-sama menulis artikel bertajuk Hidup Melayu di Malaysiakini . Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat  Melayu? Baca lagi  Apabila saya menulis tajuk Malaysiakini, catatannya mesti berkait dengan Malaysiakini. Jangan terikut-ikut budaya spam, yang menipu pembaca dengan mengambarkannya seolah-olah ianya berasal daripada Malaysiakini . Pernahkan anda merasai sesuatu artikel itu datangnya dari Malaysiakini rupanya tidak? p/s: Jangan "fave it"  catatan ini, sebaliknya "fave it" di sini kerana ia merujuk kepada artikel yang asli.

"Hembusan" Yang Bijaksana, Bahasa dan Kebolehgunaan

Saya tertarik dengan penulisan "Hembusan" yang mengkaitkan Alleycat dengan Ir Nizar dari sudut bahasa, kemudiannya menyimpulkan bahawa peranan bahasa demi memartabatkan Agama. Mungkin dia semazhab dengan ku supaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai platform perpauduan kaum. Dari sudut lain, Sekiranya Bahasa yang ditutur oleh majoriti Umat Islam diangkat martabatnya, sudah pasti yang untung itu umat islam sendiri. Saya melihat blognya dari dari sudut blog, blognya tidak serabut, akan tetapi mempunyai banyak fungsi. Terdapat banyak blog politik lain yang serabut dengan wigetnya, gambarnya akan tetapi kurang berfungsi sebagai blog. "Hembusan" mempunya satu ciri-ciri blog yang saya inginkan, iaitu mesra pencetak. Semalam puas saya mengoogle untuk mencari penyelesaian namun tidak berjaya akibat terlalu letih mencuri butang komen penarik beca. "Hembusan" mempunyai mekanisme pengesanan pautan , dan sepatutnya dia boleh tahu saya menulis tentangnya tanpa saya member...

Orang UMNO tidak pandai berpolitik

Kebanyakkan orang UMNO hanya pandai meraih sokongan orang kampung dengan menakut-nakutkan mereka seolah olah negara akan tergadai jika tidak memilih mereka, kemudian mereka kerap menakut-nakutkan orang kampung tentang akan bila pembangkang pembangkan dipilih, kawasan itu tidak akan mendapat kemajuan, selain dari itu, mereka juga pandai untuk menakutkan orang kampung, sekiranya negeri itu ditawan pembangkang, maka negeri itu akan tidak maju. Mereka sendiri yang akan menyekat kewangan ke negeri itu. Dipendekkan cerita, mereka memang pandai untuk meraih sokongan orang melayu terutama sekali di kawasan kampung seperti Kampung Tedong dan Sempang. Akan tetapi politik bukan setakat meraih sokongan, politik sebenarnya menentukan siapa dapat apa, siapa tak dapat apa. Dengan cara politik sebegitu, maka ramai orang kampung tak dimajukan, kerana sudah pasti mereka akan sokong UMNO. Lihatlah Kampung Tedong dan Sempang, kemajuan apakah yang diberikan kepada 2 kampung itu? setelah mereka memang past...

Tak Restu 13 Mei Berulang

Sila terbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf. [Klik sini untuk versi Melayu dan Cina .] Tak Restu 13 Mei Berulang - Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi. Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “ Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina t...

Jangan Benci Kaum India

Semalam saya menulis tentang HINDRAF yang melampau . Jangan salah tafsir tulisan ringkas saya itu, ianya tidak mengajak pembaca untuk membenci kaum india. Sekiranya anda meng'generalize'kan HINDRAF sebagai India, anda tiada bezanya dengan HINDRAF melainkan menggunakan label yang lain. Tatkala membincangkan tentang HINDRAF, ianya hanya HINDRAF. Tak perlu melabelkan tindakan HINDRAF sebagai tindakan orang india, walaupun memang dalam HINDRAF itu hanya ada orang india. Sifat perkauman memang ada dalam semua manusia. Itu lumrah manusia. Orang Melayu ada masalah untuk mengecam muka orang cina Orang Cina ada masalah mengecam muka orang Melayu Orang Melayu ada masalah mengecam muka orang India Orang India ada masalah mengecam muka orang Melayu. Melainkan kalau mereka rapat atau seseorang itu Popular. Jangan salahkan sesiapa, dalam soal ini. Maka seperti biasa manusia sering menggunakan label berasaskan kaum untuk menunjukkan individu dari bangsa lain. Tak hairan kalau ada individu Ind...

HINDRAF yang melampau

Sememangnya HINDRAF melampau, mereka sesuka hati melabel musuh mereka. Siapa musuh mereka? secara terang musuh mereka ialah UMNO. Siapa musuh mereka lagi? Dengan kegiatan melabel sesuka hati, Polis mereka label sebagai " MALAY MUSLIM POLICE " Kerajaan di label sebagai GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST Adakalanya Kerajaan dilabel sebagai Islamic fundamentalist and malay chauvinists UMNO led Malaysian government Kerajaan dilabel sebagai malay supremacist and Islamic fundamentalist UMNO controlled Malaysian Government Jika mereka hanya memusuhi UMNO, mengapa perlu menokok tambah label "Islam", "Malay", "Extremist" dan lain-lain. Ternyata mereka perkauman.

Aqiqah Aryana

Disebabkan tersalah haribulan, maka saya terpaksa beli baju baru kerana tinggal di Kawasan Lembah Kelang ekstra 1 hari. Baju Abah, Jersi Malaysia dan juga boleh dijadikan baju untuk dipakai pada hari Sabtu. Lebih Patriotik berbanding baju BERSIH kerana ada bendera Malaysia Baju Umar, Autobots. Majlis Aqiqah berlangsung. Rupanya NSX pun datang, maka sempat saya culik anak dia untuk bergambar bersama Umar dan Hamzah. Tapi bagi saya, yang menyeronokkan ialah cakap-cakap politik antara adik beradik saya. Timbul persoalan "Kenapa semasa Tunku Isytihar Kemerdekaan Ghafar Baba disebelah dan bukannya Tuan Haji Pit?" Maka saya pun menjawap, "Kerana dia sudah keluar dari UMNO". Timbul lagi satu persoalan, Kenapa Dato Onn mencadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu sehingga dia dilabel sebagai pengkianat melayu? Ketika itu belum merdeka, kerakyatan belum diberikan kepada bangsa asing, ada di antara mereka masih baru di Tanah Melayu, Masih boleh lagi untuk tidak memberi k...

Lagu Rap: Wawa wuwu Lily Lulu Lalu

Lagu rap pagi ramadhan untuk Wawa & Lensa Lily (Ikut muzik macam lagu Worda wordee wordoo -Too Phat) Chorus: Wawa wuwu lalu Lily Lulu lalu Pagi satu ramadhan pun kena buat lagu. Verse: Bila Ziana lalu, lili lulu pun lalu Lili minta lagu, wawa pun lalu Wawa minta lagu, aku pun buat lagu Sayda dulu lalu, tapi tak minta lagu tanya kenapa tak kongsi chatbox macam dulu-dulu. Nessa pun ada lalu, ucap selamat puasa Tag Integrasi kaum dia sudah lupa?. Sebelum itu, Bora ada lalu dia kata dia lupa nak skodeng, you. Namun pagi ini ,Ziana lalu lagi Bawa ikon tunjuk kanan tunjuk kiri. bla bla bla bla bla bla bla bla bla (malas nak karang) bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla chorus(2x) : Wawa wuwu lalu Lily Lulu lalu Pagi satu ramadhan pun kena buat lagu. Ku amat terseksa , pagi puasa ini. Kena buat lagu wawa, Lily lulu lalu verse 2: bla bla bla lalu bla bla bla lalu bla bla bla tahu bla bla bla mahu (malas nak karang lagi) bla bla bla ulang chorus Kemaskini 11 pa...

Tag Integrasi Kaum

Rantaian tag ini bertujuan untuk memperkukuhkan Integrasi kaum di Malaysia. Setiap orang yang kena Tag dikehendaki hanya mengetag 2 orang, satu orang dari kaum sendiri, satu orang dari kaum lain. Sebagai contoh, jika orang Cina dikenakan tag, dia hendaklah mengetag 1 orang cina, dan lagi satu orang bukan Cina, iaitu India atau Melayu Tugasanya amat mudah, Hanya buat pautan ke URL 2 pemblog itu , nyatakan huraian sedikit. Oleh itu saya ingain mengetag:- Nessa Mumbling - M U M B L I N G Nik Nazmi - Nik Nazmi Nik Ahmad Di harap Tag ini kekal dalam B.M kemaskini: Tindakbalas tag http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=557 -> http://locus-standi-86.livejournal.com/15993.html -> http://www.bobjots.org/2007/09/meme_integrasi_kaum_the_racial.php --> http://nahdah.wordpress.com/2007/09/08/tag-integrasi-kaum/