Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Majlis Syura

Masalah Yang Ada sebelum Forum "Memeluk Islam" Perlu Diselesaikan

Nak tau apa pandangan saya tentang Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam? Bagi saya, Forum Memeluk Islam itu hanya satu langkah yang tidak tepat untuk menangani "masalah" yang ada. Saya tidak menafikan terdapat beberapa masalah, ada yang boleh diselesaikan, ada yang tidak boleh diselesaikan. Cubaan untuk menyelesaikan masalah berkaitan pemelukan agama Islam oleh Majlis yang diketuai oleh bukan Islam memang menimbulkan rasa tidak senang umat Islam. Jed Yoong telah menggariskan beberapa permasalah yang timbul sebelum Forum Memeluk Islam . Sila baca. Majlis Peguam bukan sahaja-sahaja membuat forum "Memeluk Islam" kerana sebab suka-suka. Saya pendokong Undang-Undang Syariah tapi Ilmu tak banyak. Tidak dinafikan terdapat kekeliruan antara dua sistem menyebabkan "masalah". Ramai pembaca blog umat Islam tidak pernah tahu akan adanya permasalahan sebegitu. Mungkin disebabkan terlalu lama duduk dibawah tempurung Tranungkite. Masalah "body Snacthing" tela...