Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Saiful Bukhari

Keadilan untuk Saiful Bukhari

Keadilan untuk Saiful Bukhari Keadilan untuk Anwar Ibrahim Keadilan untuk yang menuduh pil kuda Keadilan untuk yang dituduh pil kuda (aku pun tak sebut nama juga) Keadilan untuk Makcik Wahidah Keadilan memang untuk semua orang, bukan hanya untuk yang popular atau berjawatan tinggi. Jadi kalau nak bawa sepanduk "Keadilan Untuk Saiful Bukhari" itu tak payahlah sorok-sorok mula. memang itu benda betul. Mahkamah memang untuk orang mendapatkan keadilan. Tapi zaman sekarang pelik, bila gaduh-gaduh , "bawa naik court" itu sudah perkara negatif. Walhal itu sepatutnya 1 kaedah mendapatkan keadilan. Cuma, ada usaha nak merosakkan sistem kehakiman. Yang itu kita perlu tolak.

Saiful Bukhari Double Agent?

Saya sebenarnya malas nak layan Politik jenis melibatkan ahli politik tanpa melibatkan rakyat, rasa buang masa sahaja. Saya lebih suka akan politik yang melibatkan permasalahan rakyat. Awal pagi tadi saya sudah mual dengan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari. Saya memang sudah membaca sepintas lalu kisah-kisah Musang Berbulu Ayam di Blog Najwan Halimi. Kerana itu saya keliru samada ini konspirasi untuk menjatuhkan Anwar atau menjatuhkan Najib . Tidak sangka pula Wan Azizah baru jumpa gambar Saiful Bukhari di pejabat Timbalan Perdana Menteri, walhal kisah musang berbulu ayam sudah lama tersiar di blog Najwan Halimi . Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu g...