Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tutorial

Tutorial: Siapa Gay yang suka DVD Jepun ?Untuk Dr Novandri & Topeng Perak Perisik Rakyat.

Ini adalah tutorial ringkas untuk 2 orang ini, Dr Novandri & Perisik Rakyat . Yang lawaknya Dr NOvandri menuduh Perisik Rakyat, wujudnya perkara lucah di referer perisik rakyat adalah kerana "keinginannya". Memang sifat penyelia laman web lucah cuba spam ereferer orang lain untuk m,empromosikan laman mereka. Teknik ini juga digunakan bagi laman web bukan lucah. Konsepnya mudah, sekiranya kita meletakkan ererfer, maka auto matik kita berterima kasih kepada pentuding kita dengan menyenaraikan laman mereka. Sebagai contoh, beberapa laman web tersenarai kerana membuat pautan kepada blog saya. Namun wujud juga pengspam yang mengekspolit kemudahan ini. Tidak sukar bagi pemilik laman web lucah untuk membuatkan laman web mereka tersenarai. Buat auto pun boleh. Masuk sahaja laman web lucah, automatik buka laman untuk di spam, maka tersenarailah laman web lucah itu di laman web mangsa. Dalam kes ini, Perisik Rakyat adalah mangsa. Jadi apa perlu mangsa lakukan? ...

Tutorial Blogger: Menyediakan Album bagi Gambar yang Pernah Tersiar di Blog Anda

Orang Negara maju mencari penyelesaian menggunakan teknologi yang ada atau mencipta teknologi baru. Orang negara belum maju, guna teknologi, kemudian baru fikir apa teknogi itu boleh buat. Saya melihat ramai orang suka menggunakan Laman Web Sosial yang mana salah satu ciri-ciri yang disukai ialah ianya menyediakan album gambar, Maka gambar mudah disimpan, dan dicari ketika perlu. Contoh di facebook: contoh di Multiply. Penulis blog juga ada meletakkan "gambar" di blognya, namun butang khas disediakan supaya dengan satu klik sahaja boleh dapat melihat gambar yang ada. Jadi apa penyelesaiannya? Saya sediakan ruangan khas untuk album gambar di blog. Daripada mana datangnya gambar itu? Sebenarnya google menyimpan gambar untuk sesuatu blog di Picassa Web , Apa yang anda perlu lakukan supaya ada album gambar khas yang mengandungi gambar yang pernah tersiar di blog ialah mendaftar Picassa Web menggunakan akaun yang sama dengan blog anda. Sekiranya anda ada 4 ...

Tutorial : Menambah 'chatbox' Google Friend Connect di Blogger.com

Sebenarnya saya bukanlah seorang peminat ideologi 'chatbox mesti ada di blog'. Akan tetapi saya tertarik dengan konsep google friend connect. Sebelum ini saya banyak melihat laman blog yang menyediakan senarai ahli google friend connect di blog masing-masing. Ianya biasanya dikenali sebagai 'follower'. Blog Kedahlanie , cukup ramai ahlinya, akan tetapi apa ahlinya boleh buat? (ketika ini ada 263 ahli) Disebabkan saya sendiri, sebelum ini tidak pasti apa follower ini boleh buat, maka saya tidak meletakkan senarai 'follower' di blog saya. Akan tetapi saya menjumpai bahawa 'follower' boleh memberi komen. Dengan meniru Petaling Street Baru , Beras Padu menyediakan medium borak sebegitu. Untuk maklumat petaling street & Beras Padu tidak menggunakan enjin Blogger.com. Di situ letaknya keindahannya. Ahli yang ingin menyertai google friend connect tidak diwajibkan untuk mempunyai akaun blogger.com, beberapa jenis autentikasi lain juga boleh l...

Tutorial Menggunakan alamat namaanda.via.my di Blogger.com

Laman blog saya beralamat hasbullah.pit.my, nama domain ialah jenis berbayar. Namun, terdapat cara, supaya alamat blog anda (yang menggunakan platform Blogger) menggunakan alamat lebih pendek secara percuma. sebagai contoh melaka.via.my , khalid-samad.via.my , tanpa perlu menukar platform blog anda. Bahagian Pertama ZoneStrainst Mula-mula sekali, daftar di zonestraits . logmasuk. "Add from Available domain" masukkan nama yang anda mahukan itu, check availablity, dan Teruskan mendaftar. Dalam tutorial ini, contoh ialah debat-rakyat.via.my Kemudian. Kemudian klik pada nama domain itu, dan save service kemudian pilih " DNS Management " pilih CNAME dan masukkan " ghs.google.com " Add record. Siap bahagian pertama. Belum siap lagi. Si atas permintaan solehpolysas untuk membolehkan www.solehpolysas.via.my boleh digunakan untuk membaca blog. Maka perkara ini ditambah. Klik pada domain yang dicipta tadi, dan klik subdomain . (Kalau ikut hukum DNS ia bukan sub...

Ruang Putih dan Perenggan: Petua Kebolehgunaan Blog

Hari ini Saudara Tawel Sensei telah menulis tentang petua kebolehgunaan blog dengan menggariskan 4 petua. 1. Elakkan tulisan cerah berlatarbelakangkan gelap. 2. Saiz tulisan jangan terlalu kecil. 3. Elakkan penggunakan Shoutbox/Chatbox/Chatterbox 4. Jangan automainkan bunyi. Hari ini saya akan menulis tentang ruang putih, sebagai salah satu kaedah meningkatkan kebolehgunaan terutama sekali kemudahbacaan. Ruang putih, Ruang putih. Ruang putih tidak semestinya putih, ia boleh juga menjadi kuning lembut asalan ianya ruang yang tidak digunakan dalam susunatur blog anda. Perkara penting untuk membanyakkan ruangputih ialah dengan membuat perenggan dalam penulisan. Cukupkan dengan menghadkan sehingga 3 ayat dalam satu perenggan. Saudara Tawel Sensei sendiri mengamalkannya tetapi dia tak nyatakan dalam tip tadi.Ruang putih juga boleh diperolehi dengan memilih templat yang baik. Sekiranya templat itu terlalu banyak kotak, maka sedikit sahaja ruang putih yang boleh diperolehi.Ianya kelihatan se...

Tutorial Blogger: Mengesan Daripada Mana Pengunjung Masuk

Daripada catatan lama saya tentang "Mekanisme Pengesanan Pautan", ianya lebih kepada mengenalpasti siapa yang membuat pautan kepada sesuatu catatan, Pengguna blogger beruntung kerana blogger.com menyediakan linkback. Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna blogger membuat pautan ke wordpress (yang menggunakan Trackback), blogger tidak boleh ping ke wordpress, melainkan guna cara manual yang saya pun belum jumpa. Cara tambahan untuk mengesan siapa yang membuat pautan ke blog anda (termasuk wordpress) ialah menggunakan jentera carian. 1. Masuk blogsearch.google.com kemudian cari " link:hamirdin.blogspot.com " Cara diatas hanyalah untuk mengesan pautan daripada catatan blog. Adakalanya pengunjung masuk daripada pautan yang dibuat diluar kandungan blog, sebagai contoh dari pautan di bar tepi, pautan di laman web lain. Kita hanya dapat tahu apabila orang masuk. Ada banyak cara untuk mengesannya, tak dapat nak diterangkan semuanya kecuali cara yang saya suka guna atas seba...

Tutorial Blogger: Membuat Wiget Carian Pada Blog

Salah satu ciri-ciri kebolehgunaan blog yang utama ialah blog mestilah menyediakan kemudahan carian supaya pengunjungnya mudah mencari catatan lama. Jangan risau, Blog yang tidak mempunyai juga tetap diiktiraf sebagai blog walaupun tidak mempunyai carian. Blog anda tidak akan menerima nasib yang sama dengan pluto yang kehilangan status "planet". Ini tutorial khas untuk Prof Hamirdin yang meminta pengunjungnya membaca catatan lama. Blognya bukan blog berita dimana catatan lama akan luput, blognya tidak mensyaratkan "mesti_baca_yang_baru". Tutorial ini khusus untuk pengguna blogger.com (Orang kampung panggil blogspot). Tutorial Membuat Wiget Carian di blog blogger.com (blogspot) 1. Pergi ke Dahsborad dan seterusnya "Layout" "Page Element" 2. Add a Gadget, pilih HTML/Javascript Salin dan tepekkan teks di atas. dan kemudian simpan. Siap. Sekiranya anda bukan "hamirdin", sila tukarkan hamirdin kepada yang bersesuaian dengan blog anda.

Tutorial MyBloglog Untuk Nadzarul dan Khairul Faizi

Sejak akhir ini ramai pengunjung yang melawati laman blog yang mempunyai akaun Mybloglog. Mybloglog sebenarnya satu alat yang boleh memberitahu pemilik blog akan seseorang telah datang melawatinya, dan mudahlah pemilik blog membuat kunjungan balas. Oleh itu, jangan lupa untuk meletakkan laman blog anda di profil myblog log. Caranya: Tutorial Menambah laman web pada Mybloglog Klik "Add a website" dan berbukalah borang untuk diisi. Siap. Maka barulah, pemilik blog yang Assirkami lawati akan membuat kunjungan balas. Terutama sekali yang tertarik dengan kekacakan saudara. Jangan lupa letak wiget mybloglog supaya saudara sendiri boleh lawati blog pengunjung saudara. Tutorial Menukar URL Mybloglog jika Blog Berpindah Selesai bab Assirkami, masuk bab Khairul Faizi. Khairul Faizi telah berpindah blog, namun mybloglognya masih memaparkan URL lama. oleh itu, berikut adalah Tutorial bagaimana memindahkan laman yang dinyatakan di mybloglog ke laman baru. Andaikata blog lama hendak dibia...

Top Commentators Blogger berdasarkan bilangan ulasan terkini

Entah mengapa apabila mudin001 menyenaraikan pengulas blognya pada bulan lepas , saya agak tertanya tanya, mengapa di platform blogger tidak boleh berbuat demikian. Kemudian saya terkenangkan wujudnya wiget top commentator untuk blogger yang menggunakan Yahoo!Pipes, Akan tetapi ianya akan mengambil terlalu banyak data sehingga pengulas yang tidak aktif pun akan nombor 1. Oleh itu saya ubahsuai Yahoo!Pipes itu daripada mengambil data dari 5000 ulasan terakhir kepada berapa ulasan yang kita suka. Nilai default adalah 200, Maka jadilah Yahoo!Pipes saya. dengan mengambil kod dari kak jie , maka saya jadikan dia tutorial ringkas. <script type="text/javascript"> function pipeCallback(obj) { document.write("<ol>"); var i; for (i = 0; i < obj.count ; i++) { var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'"; var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a...