Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hedonisme

Budaya Berparti yang perlu ditolak semua orang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, budaya berparti sudah banyak meresap ke dalam Masyarakat. Ianya lebih kurang macam budaya berkonsert, tetapi hampir serupa tetapi tak sama. Konsert, biasanya kita tahu siapa penghiburnya. Konsert Metalicca, itu ini. Ada juga agenda berparti diserapkan dalam konsert, tetapi agenda utama adalah muzik. Tapi kini, budaya berparti tidak perlukan penyanyi popular. Hanya perlukan muzik yang rentak menari sikit, arak, dadah, apa-apa yang mengkhayalkan. Ketum saya tak pasti, kena tanya Rafizi dulu. Ianya masalah sejagat, bukan hanya masalah nak elakkan umat islam daripada terjebak dengan benda-benda sebegitu. Di Negara barat budaya berparti, biasanya antara rumah ke rumah. Hari ini, rumah sipolan ada parti, 'line clear' ibu bapa tak ada. Macam biasa, manusia yang tak cukup jati diri akan terikut barat. GST pun nak ikut barat, CGT pun nak ikut barat. PAS ikut Rafizi yang ikut barat . Selalunya, bila membicarakan masalah sosial me...

Nak Bertani atau Berkaraoke? Nak Berindustri atau Berkaraoke

Hakikat yang perlu PAS Melaka ketahui sekarang ialah UMNO Melaka suka berkaraoke dan PAS Melaka gagal melahirkan bintang karaoke peringkat Kampung. Perlukah setiap kampung ada bintang Karaokenya? Hampir setiap majlis yang diadakan oleh UMNO Melaka dan sekutu-sekutunya akan ada karaoke. Naik setapak lagi, kini sudah ada 'live band'. Kenduri kahwin orang UMNO mesti ada karaoke, mana yang peringkat bawahan, guna DJ. Yang berduit, atau ketua cawangan, akan ada 'live band'. Yang memeningkan kepala dialah kenduri kahwin yang guna DJ Kampung, Kebiasaannya akan kuatkan volum bunyi sekuat mungkin tetapi ada bunyi 'distorded'. Adakalanya ditolak melebihi hadnya. Akibat daripada lambakan sistem bunyi cap ayam yang murah dipasaran, ditambah pula permintaan yang tinggi, maka lahirlah banyaknya DJ kampung. Jarang-jarang kualiti bunyi yang elok kedengaran, mungkin hanya 20% sahaja DJ kampung yang benar-benar mementingkan kualiti. Akibat daripada sifat suka berk...