Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait. Rapat mana kaitannya? Amat rapat. Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya. Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta. Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan. Begitu juga tenaga. Tenaga tidak boleh dicipta. Saya masih ingat lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya. 19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu. Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka....