Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Proton

Toyota Avanza, Nissan Grand Livina, Proton Exora

Untuk 'relax' Di Kedahlanie, tersiar gambar untuk membanding saiz kereta Toyota Avanza, Nissan Grand Livina dan Proton Exora . Now You Can Compare EXORA between LIVINA & AVANZA ~ KLIK THIS PICTURE ~ Anda boleh klik gambar diatas untuk membandingkannya. Namun agak sukar untuk membanding panjang kenderaan jika disusun sebegitu. Siapa peduli sangat tinggi bumbung kenderaan tersebut? Oleh itu, untuk membanding panjang 3 kenderaan itu, Sila klik pada gambar di bawah. Diambil dari gambar asal yang tersiar di Kedahlanie, tetapi anda boleh bandingkan panjang kenderaan itu.

Proton MPV Siantan, Proton MPV Azurah

Oh rupanya sudah ada pemenang menamakan Proton MPV , Proton MPV dinamakan "exora", berdasarkan satu bunga "ixora" ataupun siantan. Mengapa pulu nama berasaskan Inggeris untuk pasaran Malaysia? Mudahkah orang kampung  mengeja "exora" supaya disebut sebagai "ekzora". Kalau susah sangat, sebut sahaja Proton itu Proton Azurah.

Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash, Siapa Menang Proton MPV?

Siapa menang Proton MPV pada Peraduan PETRONAS 'Hot Cars Cool Cash'? Mana ada orang menang hadiah Proton MPV , kerana Proton MPV masih belum keluar dan Proton MPV tidak ditawarkan sebagai hadiah dalam peraduan itu. Keputusan peraduan telahpun dikeluarkan namun agak sukar untuk mencarinya melalui google. Kenapa? Saya pun tak faham, bagaimana satu syarikat yang berbelanja jutaan ringgit untuk promosi mengabaikan faktor SEO dalam mempromosikan peraduannya. Mereka lebih suka perkataan yang ada dalam peraduan itu disiarkan dalam bentuk imej berbanding teks. Ia membuka ruang kepada para blogawan yang ingin mendapatkan SEO yang tinggi supaya membuat satu catatan blog berkenaan " Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash ". Selain daripada PETRONAS, PROTON juga satu syarikat yang yang tidak peduli SEO. Maka ramailah bermain dengan kata kunci Proton MPV. Walaubagaimanapun, Proton kini mempunyai teknik pemasaran yang agak 'kool' lebih kurang macam Ap...

Gambar Proton MPV Dalam Ujian di Sungai Rambai

Sejarah Berulang? Semalam ketika saya ke arah Sempang, saya terlihat satu kenderaan yang agak pelik dari arah bertentangan. Rupanya ianya adalah Proton MPV yang dalam Ujian, dibungkus dengan kotak-kotak supaya ia tidak dikesan. Maka bermulalah aksi kejar mengejar. Setelah membuat Pusingan U, saya pun kejar, tak nampak pun Proton MPV itu. Kejar punya kejar akhirnya nampak Proton SAGA NGV dalam Ujian. Tidak lama lagi, keluar lah Proton SAGA NGV dipasaran, tanpa perlu membuat pengubahsuaian. Tidak perlulah pengguna was-was samada pemasang NGV itu bertauliah ataua tidak, kalau sudah ada OEM. Saya memotong Proton NGV itu untuk mengejar Proton MPV. Kejar punya kejar, akhirnya Proton MPV itu terpaksa berhenti kerana lampu isyarat. Walaupun "berbungkus" , bentuk lampu belakang boleh dilihat, bentuk pintu, bentuk cermin boleh dilihat.

Adakah Penjualan Proton Perdana kepada Kerajaan Menguntungkan Proton?

Persoalan yang saya selalu fikir apabila terjadinya krisis terbeli Mercedes E200 untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutive ialah, Adakah Proton mendapat untung apabila Kerajaan terus membeli Proton Perdana Excecutive? Proton Perdana sudah lama, tidak pasti bila mulanya ia dikeluarkan , kalau tidak salah pertengahan 90an, pekeliling yang mewajibkan kerajaan membeli Proton Perdana pun kerkuat kuasa pada tahun 1997. Itu sudah lebih 11 tahun . Sekiranya 7 tahun adalah 1 jangkamasa biasa bagi sesuatu model untuk bertahan, maka ia sudah terlalu lama. Berbalik kepada persoalan tadi, adakah perniagaan menjual model lama Proton kepada Kerajaan menguntungkan Proton? atau menguntungkan kerajaan atau merugikan kedua-dua belah pihak? Sekiranya ia merugikan kedua-dua belah pihak, adalah baik arahan supaya kerajaan membeli proton perdana ditarik balik. ATAU, digantung beberapa tahun sehingga Proton dapat membangunkan model baru pada kelas kereta itu. Cadangan untuk menggunakan Camry oleh saya , ru...

Proton Akan Maju

Chet Det bukan main pertahankan dakwaan dia yang mempersoalkan kenapa MV Agusta dijual terlalu rendah sedangkan ia masih mempunyai aset. Akan tetapi dia tidak pula menyebut berapa banyak proton akan rugi lagi kalau MV Agusta tidak dijual. Gevi SPA bukannya terus jual MV Agusta kepada Harley Davidson tanpa memperbaikinya, dan ia juga melibatkan kos. Kalau Proton boleh baiki MV Agusta dengan baik sehingga terus dijual kepada Harley, lainlah cerita. Proton rugi bertahun-tahun akibat menternak MV Agusta Che Det tak cerita. Proton melangkah lebih baik tanpa MV Agusta. Tanpa bebanan hutang MV Agusta yang dicipta sendiri oleh Che Det dan Tengku Mahalel, Proton melangkah dengan bergaya. Ketika Proton di Zaman Tengku Mahalel dan CheDet, Proton tidak berkembang. Seolah-olah tidak cuba memasarkan Proton ke Luar negara. Akan tetapi ketika zaman Syed Zainal, banyak usaha dilakukan. Eksport sana sini, menggunakan produk sedia ada. Persona dan Saga BLM, macam pisang goreng, Proton juga akan mengeluar...

Proton Savvy Berkemungkinan Bermasalah

Walaupun ramai diantara kita memandang rendah kepada Proton apabila membaca berita 34,000 Savvy ditarik dari pasaran , saya mengganggap ianya satu langkah yang baik walaupun tidak ekonomi. Proton menarik semula kereta Savvy dari pasaran untuk membuat pemeriksaan kemungkinan masalah galas roda belakang yang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak. Proton menarik balik keretanya, hanya berdasarkan "Kemungkinan", tiada kedengaran pula pengguna mengadu kerosakan itu di blog-blog atau di forum-forum.

Proton BLM dalam Ujian kelihatan di Merlimau

Petang tadi, saya ternampak 2 buah Proton BLM ketika dalam ujian lalu Merlimau. Terus saya mengakluarkan k800iku untuk mengkap gambar Proton BLM itu. Oleh kerana kereta saya arah bertentangan, saya membuat pusingan U dan bertekat untuk mengejar Proton BLM yang kool itu. Mereka telah melepasi lampu trafik, dan saya ketinggalan jauh. Selepas lampu hijau, saya memecut, untuk merapati mereka. Terdapat 1 Proton Persona yang sentiasa berada dibelakang Proton BLM itu supaya tidak diekori. Namun, terdapat Traktor dihadapan dam membuatkan mereka perlahan, terus saya memotong Proton Persona Ujian itu untuk mendapatkan gambar Proton BLM dalam Ujian Kemudian kedua-dua BLM itu memotong Traktor itu. Sampai di Sungai Rambai, ada lampu trafik, saya lalu disebelah kiri untuk menangkap gambar yang pandangan sisi. Seronok juga umpama guna iPhone ketika iPhone belum keluar. Bijak juga mereka menggunakan jalan yang tidak popular untuk menguji Proton BLM. Untuk sesiapa yang belum tahu, Proton BLM adalah M...

Keputusan Peraduan Saya Anak Malaysia PETRONAS

Keputusan Peraduan Saya Anak Malaysia sudah keluar, Sila klik pada gambar untuk pergi ke URL asal. Eh, Sejak bila Proton Persona dijadikan Hadiah?

JawapCarian: Pengalaman Pandu Uji Proton Persona

Oleh kerana laman blog ini sering dikunjungi oleh pengunjung yang ingin mencari komen tentang Proton Persona, Namun apa yang sering dijumpai adalah artikel ini . Sahabat saya, Morpheuzneo telah pun memandu uji Proton Persona 2007, dan menceritakannya (memberi komen) di Bincang.net (bdn). Antara komen beliau yang menarik... "Enjin terasa lebih senyap. Torque terasa cukup berkuasa walau pun berada di kelajuan rendah.. atau dari statik. Tak perlu nak mengaum-ngaum enjin baru nak dapat rasa power sedap. " "Ruangan bonet - waaah!! luasnya! serious! lagi luas dari Honda Civic aku rasanya. So mmg kereta ni di sasarkan utk golongan yg baru nak berkeluarga atau yg ada anak kecil. Senang nak angkut semua barangan anak dan isteri skali. " Sila baca pengalaman Pandu Uji Proton Persona di Bincang.net (bdn).

Proton Persona 2007 : Penjenamaan Proton

Kedengaran Siti Hawa bertanyakan mengapa ramai orang suka ceritakan perkara yang sama tentang isu semasa? Tapi mungkin Cerita saya lain sedikit. Bila keluar sahaja Proton Persona 2007, maka banyaklah komen-komen mahupun yang baik dan ada juga yang buruk. Akan tetapi oleh kerana jenama Proton itu sering dikaitkan dengan Masalah, maka akan ada banyak komen buruk daripada yang baik. Walaupun dah tukar pengurusan. Dimaklumkan disini bahawa Proton Tengku Mahalel dengan Proton Syed Zainal adakah berbeza Siapa itu dua insan itu? Mereka CEO Proton. Seorang yang lama, orang mahathir, seorang lain ialah CEO yang aku anggap profesional, realistik. (Tak perlu aku puji dia, kerana aku bukan dapat apa-apa pun). Sebagai perbandingan, Syed Zainal adalah CEO bagi jenama Proton, dan Steve Job adalah CEO kepada Apple. CEO adalah CEO. Kebanyakan syarikat terbitan awam, kalau nak maju, perkara pertama sekali ialah 'Tukar CEO'. Steve Job yang suatu masa dulu pengasas Apple, kemudia dipecat, kemudi...