test

Sabtu, 28 Februari 2009

Lawan PPSMI Sekalipun PPSMI itu Berjaya

Buat apa nak tentang PPSMI kalau ia berjaya?

Ketika berlakunya penentangan PPSMI ketika awal PPSMI dijalankan, wujudnya penentangan terhadap PPSMI oleh golongan 'nerd' sekitar 2003,2004 dahulu, PPSMI dilihat akan berjaya.

Sekalipun ianya kelihatan berjaya, namun ia tetap ditentang.

Andaikata semua orang asli mahir berbahasa Inggeris sekali pun, mahir matematik dan sains dalam bahasa inggeris sekali pun, ianya perlu ditentang.

Kerana ia membunuh bahasa perpaduan kita.

Mungkin ada orang kata takkan matinya sesuatu bahasa, namun istilah dalam sesuatu bahasa itu boleh mati sekiranya tidak digunakan.

Kita boleh salahkan DBP kerana mencipta istilah tetapi tidak mempromosinya.

Terdapat istilah yang khusus untuk bidang tertentu. Bidang pengkomputeran, bidang perubatan, bidang kejuruteraan, bla-bla-kologi.

Kamus istilah komputer sepatutnya diberi percuma kepada penerbit "MajalanPC"

Seorang Doktor sepatutnya mendapat kamus perubatan percuma. atau sekurang-kurangnya glosari.

Seorang mekanik tempatan yang tidak mahir bahasa inggeris, tetap menggunakan istilah "oil filter", "drive shaft" , "allignment" ketika berurusan dengan pelanggan. Pelanggan yang kurang mahir tentang kenderaan terus menerima secara bulat istilah yang diberitahu oleh makenik itu.

DBP tidak mempunyai "penjaga Istilah" untuk sesuatu bidang supaya berkempen ke bidang tertentu supaya ianya digunakan.

Hari ini bukan masa sesuai untuk menghentam DBP kerana kita perlu memperkudakan DBP untuk sama-sama menentang PPSMI.

Jadi bagaimana seorang mekanik, dan pelanggan masih lagi menggunakan istilah inggeris untuk untuk perkara mudah sebegitu?

Kesemuanya tidak mempunyai pemikiran "Aku mahu ia ada dalam bahasa aku".

Sekiranya mekanik atau pelanggan berfikiran sebegitu, istilah Bahasa Melayu akan digunakan.

Kenapa kita bodoh sangat masih gunakan istilah "aircond" ketika bercakap dalam bahasa melayu?

Kenapa kita bodoh sangat masih menggunakan istilah "download" ketika bercakap dalam bahasa melayu?

Bodoh atau malas cari istilah?

Budak kecil yang menonton TV telah diajar perkataan "remote", walhal "remote" tidak menunjukkan maksud sebenar bagi alat kawalan jauh. "Remote" hanya "jauh". "Remote" adalah singkatan bagi "remote control".

Adakah penggunaan "remote" itu betul?

Apabila anak kita itu disuruh untuk mengambil "jauh", mereka pula tidak faham.

Penggunaan "Download" begitu popular dikalangan orang yang tidak mahir Bahasa Inggeris, wujud juga situasi dimana ia disalahgunakan.

Pemindahan lagu daripada komputer juga dipanggil "download".
Mana atas mana bawah?
Komputer atas atau telefon atas?
Kalau kita pindahkan lagu daripada dari komputer ke telefon menggunakan antaramuka di komputer, kenapa pula wujudnya "download lagu" ?

"Salin" adalah lebih tepat pada situasi sebegitu. dimana pemindahan data dilakukan pada peranti yang sama aras.

Telefon boleh digunakan untuk "download lagu" sekiranya proses pemindahan itu dilakukan menggunakan telefon, dan sumbernya dari pelayan jauh.

Kalau mereka boleh bezakan muat naik dengan muat turun, barulah mereka membezakannya, sebaliknya, guna sahaja istilah salin.

Istilah Inggeris yang selalu disalahgunakan oleh penutur bahasa Melayu ialah "member". "member" adalah "ahli", tetapi sering digunakan sebagai "kawan" oleh orang yang tak faham bahasa Inggeris.

Apakah itu yang hasil yang kita mahu?

Wujudnya sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku" menyebabkan banyak kesalahan maksud berlaku. Ianya seolah-olah betul bagi mereka.

PPSMI memupuk sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku" secara skala besar.

Sikap "Tidak Mahu Ia Ada Dalam Bahasa Aku" menyebabkan masalah jati diri yang tinggi, keyakinan diri merosot teruk. Jatuh kelepap di atas kepala kamu.

Mana-mana bangsa yang mempunyai sikap tidak mahu ia ada dalam bahasa aku, tidak akan berjaya.
Proses "mahu ia ada dalam bahasa aku" itu sendiri membentuk invovasi.

ispell, Pspell, lambat disokong dalam bahasa melayu atas sikap "tidak mahu ia ada dalam bahasa aku".
Nasib baik ada mimos dan USM.

Mimos pula melihat lokalisasi sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan. Dihentikan projeknya.

Adakah anda tetapi menentang PPSMI jika ianya berjaya?
Mungkin anda tidak, tetapi saya terus menentangnya, kerana saya mahukan tamadun yang ingin kita bentuk ini wujud dalam acuan sendiri.

15 comments:

  1. udah le didebatkan benda2 besar bagak macam tu,jaga periuk nasik sendiri lagi baik.Kita dah tua bangka tapi gaduh2 macam budak-budak.Orang Kementerian Pelajaran tak de bising pun?Budak-budak sekolah aku hepi je belajar BI,takde merungut susah2...cikgu pulak bising ckp susah.udah ler hentikan.Kan Hishamudin dah suruh jgn debatkan.Ko tak mengajar sains mana tau?

    BalasPadam
  2. sebenarnya ada satu masalah yang tak tau nak kata terpencil atau tidak... tapi teruk juga...

    masalah pelajar cina yang tak tau berbahasa inggeris dan bahasa melayu...

    mereka memang memberi masalah kepada guru yang nak mengajar mereka. nak ajar lam inggeris atau melayu, mereka tak paham. nak ajar lam bahasa mandarin... cikgu tak pandai.

    dah tu... takkan nak ajar bahasa melayu dalam bahasa inggeris atau mandarin.

    kes ni banyak di bandar besar kawasan ramai orang cina.

    BalasPadam
  3. Tanapanama pertama:

    Orang Kementerian Pelajaran tak de bising pun?Budak-budak sekolah aku hepi je belajar BI,takde merungut susah2...cikgu pulak bising ckp susah.udah ler hentikan.Kan Hishamudin dah suruh jgn debatkan.Ko tak mengajar sains mana tau?


    Dalam hujah saya menentang PPSMI, saya tidak sekali pun menggunakan hujah tentang susah nak belajar, atau susah nak mengajar.

    Adalah lebih bahaya kalau PPSMI berjaya berbanding tidak berjaya.

    70 tahun dari sekarang, apabila Cucu cicit kita tanya, kenapa Belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sedangkan tamadun itu sudah jatuh.

    Masa tu Atuk nak jawap apa?
    Alasan bahasa ilmu itu masih lagi dalam Bahasa Inggeris?

    Cucu tanya lagi,
    Atuk, masa tu kerajaan British beri jaminankah Bahasa Inggeris Kekal sebagai bahasa Ilmu?

    Atuk jawap
    "Tidak cu,
    Kerajaan Inggeris sudah tiada lagi di Malaysia, Malaysia diperintah sendiri."

    Cucu tanya lagi

    "Eh, Sudah merdekakah Atuk?
    Oh ya, Malaysia merdeka 1957, Tapi guna Bahasa Inggeris pada tahun 2004? Kenapa bodoh sangat orang dulu-dulu?"

    Atuk Jawap
    "Tapi moyang kau tak sokong PPSMI masa tu, dia berhimpun 7 mac 2009, sampai kena kejar FRU."

    Cucu:
    "Masa tu kerajaan guna FRU nak pertahankan bahasa asing? Kenapa macam itu sekali"

    BalasPadam
  4. rasanya keberjayaan PPMSI ditutupi oleh kaedah pemarkahan yang tidak diketahui ramai.
    result keputusan peperiksaan besar malaysia, termasuk peperiksaan di matrikulasi dianalisa menggunakan taburan normal.

    mungkin disebabkan taburan normal yg digunakan, kementerian mengatakan PPMSI itu berjaya, sebenarnya tidak.

    BalasPadam
  5. istilah

    Download : ambil
    upload : hantar

    BalasPadam
  6. Tanpanama:

    Download: Muatturun
    Upload: muatnaik

    get: ambil
    hantar: send

    BalasPadam
  7. sama saja.

    apa bezanya?

    apa perkara yang boleh diambil (get) di internet tanpa muat turun?

    hatta laman web pun harus di"muatturun" dulu baru dipapar.

    seperkara yang membuatkan orang mengelak dari menggunakan antaramuka melayu adalah istilah yang janggal.

    BalasPadam
  8. bayangkan saudara sedang mengisi borang web yang akan meng-"upload" gambar.

    ada satu butang (saya minat istilah "punat", kerana bagi kita punat untuk dipicit, butang untuk dikancing) di sebelah kanan.

    mana lebih natural, "muatnaik" atau "hantar"?

    jika ianya emel yang baru dikarang, ia juga akan di-muatnaik ke pelayan sebelum disampaikan ke penerima.


    kuiz :

    mouse : tetikus atau tetunjuk?

    orang mempermainkan istilah tetikus dan kayu ria. tanya kenapa?

    BalasPadam

  9. apa perkara yang boleh diambil (get) di internet tanpa muat turun?

    hatta laman web pun harus di"muatturun" dulu baru dipapar.


    Mari sini pakcik kau terangkan.
    "Get" berbeza dengan download, maka "ambil" juga berbeza dengan muatturun.

    Apa bezanya?

    Muatturun dan muatnaik adalah hanya digunakan berkaitan permindahan fail.

    Banyak situasi data dipindahkan, tetapi ianya bukan fail.


    Apabila seseorang membuka laman web, maklumat diterima, tetapi tidak disimpan sebagai fail.
    Ianya bukan "download".

    maklumat itu diproses, kemudian dirender, pada perisian pelungsur web.

    Tatkala maklumat sudah ada, tetapi belum dirender, ianya dalam proses pemuatan (loading).

    Jika anda perharikan ketuka Firefox memuatkan laman web, tiada proses downloading digunakan. Kerana ia tidak semestinya menyebabkan pemindahan fail yang betul-betul kita nak simpan.

    Looking up hasbullah.pit.my
    Mencari hasbullah.pit.my
    (masalah DNS akan menyebabkan ianya sedikit lama)

    Connecting hasbullah.pit.my
    Menyambung hasbullah.pit.my
    (Alamat dijumpai, tetapi belum membuat sambungan TCP)


    Waiting hasbullah.pit.my
    Menunggu hasbullah.pit.my
    (situasi dimana sambungan TCP telah dilakukan tetapi pelayan belum bertindakbalas)

    Transfering from hasbullah.pit.my
    Memindahkan daripada hasbullah.pit.my
    (Pelayan telah bertindakbalas dengan arahan GET yang dihantar oleh pelungsur web kepada pelayan)


    Done
    Selesai.
    (tak perlu saya jelaskan)



    Sekiranya istilah tidak dibentuk dan digunakan, sekadar diringkaskan mengikut perkataan yang sering digunakan, bagaimana handak emmbezakan proses-prose yang ada?

    Maka ia perlu diperincikan untuk membezakan jenis proses.

    BalasPadam
  10. Takde masalah aku ingat.Aku tak brpe setuju pendapat tu.Sebab pelajar aku turut belajar Bahasa Melayu 1 dan 2.Takde sebab mengapa PPSMI harus dihenti sekerat jalan.PPSMI ada kelebihan terendiri.Mana lebih cepat menyebut satu atau one,contoh:

    One plus one (atau)
    Satu campur satu?

    Kita harap anak murid yg dah belajar ni menemui kaedah pengiraan yang lebih baik/formula yang lebih bijak dalam Math/Saintis muda pada masa depan,tetapi dapat dua aliran ilmu yang berbeza pada masa yang sama.Zaman kita belajar math pakai tulis tangan,zaman sekarang belajar pakai kalkulator(orang tak sebut mesin kira).

    Saya tak setuju kalau kita kata tamadun sekarang sudah jatuh.Sekalipun tamadun Amerika/Eropah hampir jatuh (ekonominya) tetapi ilmu tetap mengalir dalam bahasa itu selagi buku dan guru masih ada.

    Ingat tak lagi bila Al-Quran mahu diterjemah semula kepada 'Bacaan' by Kasim Ahmad.Ramai orang tentang,kenape tak sokong?Kan Bahasa Ibunda kita?Terjemahan melayu ada di dalam kitab yang sama.Begitu juga Sains dan Matematik ni.Bahasa Melayu sahaja yang 'haram' diajar dalam Bahasa Inggeris.Agama pun sudah diajar dalam BI di UIA.Setelah itu tiada masalah penguasaan bahasa Melayu yang lemah,malah bertambah kuat penguasaan Inggeris pelajar kita.

    Jangan campur adukkan bahasa itu yang penting.Bagitau pelajar supaya menulis dalam bahasa yang betul.Orang moden,bercakap bunyik2 mat saleh sikit tak apalah.Bunyik2 Arab2 skit pun tidak apalah.Bukan salah dari segi moral pun.Jatidiri kita Melayu duk di mana?Moral kan?

    BalasPadam
  11. Saya tak setuju kalau kita kata tamadun sekarang sudah jatuh.Sekalipun tamadun Amerika/Eropah hampir jatuh (ekonominya) tetapi ilmu tetap mengalir dalam bahasa itu selagi buku dan guru masih ada.

    Tamadun eropah tidak jatuh,
    Tamadun Inggeris yang jatuh.
    Amerika & Britain.

    Bila kali terakhir Enjin Buatan Amerika atau Britain Menjuarai Kategori Pengeluar Formula 1?

    BalasPadam
  12. Mmg saya setuju. Bahasa Melayu tu bahasa perpaduan. Kita kena tau bahasa tu berkembang. Kalau kita bandingkan bahasa melayu dulu dan bahasa melayu sekarang pun lain. Jadi tak ada salahnya bahasa melayu memelayukan istilah daripada bahasa inggeris. Saya rasa yg penyokong PPSMI ni sama ada dapat duit kontrak buat perisian, cikgu yang dapat elaun lebih dan orang yang memang minda penjajah.

    BalasPadam
  13. "Saya rasa yg penyokong PPSMI ni sama ada dapat duit kontrak buat perisian, cikgu yang dapat elaun lebih dan orang yang memang minda penjajah."

    Ini tanggapan yg melulu.Tak semestinya buat perisian BI dp duit,buat perisian BM pun dpt duit.Mana ada cikgu dapat elaun lebih dengan mengajar PPSMI.Mereka mengajar di tangga gaji yg sama.Orang berminda penjajah?Kita jajah orang putih balik dengan BM.Biar terbeliak bijik mata orang putih baca BM.Kakaka.

    Setuju..Tamadun Inggeris terpaksa jatuh sbb Ferrari/McLaren kalah F1 pada Petronas.Mustahil ke?

    Esok,saya mahu anak sy/org kita belajar Math/Sains dlm BM dan BI,biar apa org kata.Kalau x mau,sy ajar sendiri...

    BalasPadam
  14. Yang wak hairan, mengapa semasa ianya hendak dilaksanakan semua tikus2 ini diam membisu seribu bahasa?

    BalasPadam
  15. wak-labu :

    Ketika ianya dilaksanakan, Wira pembentukan GMP "Saudara Faisal Abdul Aziz" baru Tingkatan empat.

    Rujuk Dialog Atuk dengan Cucu 80 tahun dari sekarang berkenaan PPSMI

    Ketika itu, mana lebih penting baginya?
    Menduduki SPM atau menyelamatkan nasib pelajar anak datang?

    Takkan nak salahkan pelajar tingkatan empat kenapa tak lancarkan revolusi?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit