test

Memaparkan catatan dengan label web-2.0. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label web-2.0. Papar semua catatan

Khamis, 13 Disember 2007

Tag Petaling Street Pada Blogger

Terima kasih kepada Saudari iEn yang memberikan tutorial yang membangkitkan idea saya untuk membuat tag Petaling Street pada blog saya ini.

Kalau anda perhatikan, di bawah ada "Petaling Street: tag, tag, tag"

Apa gunanya Tag Petaling Street itu?

Berdasarkan sasaran untuk memperbanyakkan kandungan Web 2.0 tempatan, maka kandungan web 2.0 tempatan sepatutnya boleh berkait antara satu sama lain.

Jadi kandungan blog saya sepatutnya boleh berkait dengan kandungan blog tempatan yang lain.

Petaling Street adalah tempat paling sesuai untuk mencari maklumat berbentuk "Pandangan Rakyat Malaysia".

Maka, apabila saya menulis tentang "Hindraf", Tag Petaling Street "Hindraf" akan membawa anda ke laman blog tempatan yang lain yang menceritakan tentang hindraf.

Bergantung pada waktu, sekiranya musim orang bercerita tentang "Angkasawan", Tag Petaling Street "Angkasawan" akan membawa anda ke pandangan orang lain terhadap "Angkasawan".

Anda mungkin bersetuju atau tak bersetuju dengan apa yang saya tulis, jadi dengan tag petaling street, anda boleh melihat pandangan pihak ke tiga .

Pemblog tempatan memang kurang menggunakan tag pada kiriman blog mereka.
Kebanyakan mereka menganggap tag sebagai "Kategori" sahaja.

Bagaimana menambah Tag Petaling Street ke blog jenis Blogger anda?

Pertama sekali anda perlu pergi ke Template dan Edit HTML, Expand Widget Templates

Cari kod seperti di bawah dan tepekkan yang berwarna merah.


<span class='post-labels'>
<b:if cond='data:post.labels'>
<data:postLabelsLabel/>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<a expr:href='data:label.url' rel='tag'><data:label.name/></a><b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>
</b:loop>

<br/>Petaling Street:
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<a expr:href='"http://www.petalingstreet.org/search.php?q="+data:label.name'><data:label.name/></a><b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>
</b:loop>

</b:if>
</span>
</p>


Siap.

Pengguna wordpress?
Harap maaf kerana saya buta Wordpress, akan tetapi anda boleh mencuba Simpletags dan ubahsuai.

Rabu, 31 Oktober 2007

Sambutan Halloween pada web 2.0

Sambutan halloween disambut setiap tahun, di beberapa negara di dunia ini pada 31 Oktober, ia berasal dari tradisi lama Gaelic sebelum zaman kristian lagi.

Kita lihat bagaimana pemain web 2.0 mengubahsuai logo mereka sempena halloween.

Youtube:






Yahoo:







Technorati:





Kita di Malaysia tak perlulah menyambut Halloween.

Rabu, 17 Oktober 2007

Beras Padu

Setelah sekian lama memikir cara untuk memberi pautan percuma kepada pengunjung blog ini, tanpa membuat pautan statik, akhirnya saya ketemu satu cara.


Sebelum ini saya pernah cuba menggunakan minekey, springWidgets untuk memapar kandungan terbaru dari blog-blog pengunjung blog ini namun tak memuaskan hati.

Baru-baru ini saya terjumpa kaedah yang menarik iaitu menggunakan Technorati Favourite, dengan menjadikan laman blog pengunjung blog ini sebagai 'Favourite'

Daripada Technorati Favourite , maka terhasillah RSS untuk disuapkan. Terhasillah OPMLnya. Saya amat baru dengan dunia web 2.0, maka Saya masih belum ada cara khas untuk menternak OPML sendiri.

Dengan menyalahguna kemudahan blogger, maka terhasillah 1 blog khas yang memberi pautan dinamik kepada pengunjung blog ini.

http://beraspadu.blogspot.com

http://taman-pitis.blogsite.org


Sekiranya laman blog anda tidak tersenarai sebagai 'favourite' saya, sila maklumkan dengan mengkomen kiriman blog ini. Andanya saya sering melawati blog anda, tetapi juga tidak tersenarai, juga maklumkan kepada saya.

Khamis, 4 Oktober 2007

Tip Blogger: Menggantikan 'nofollow' kepada XFN 'friend'

Wordpress mempunyai plugin untuk menjadikan setiap URL pengkomen dibuangkan rel='no-follow' . Apa maksudnya nofollow itu?

No follow pada rel di Tag HTML pautan menyebabkan robot penjadian kita tidak mengindeks pautan itu. Jadi buat penatlah komen dan letak pautan

Akan tetapi, pada blogger juga, sebenarnya tak perlukan apa-apa plugin untuk membuang nofollow , hanya ubah templat sahaja.

Merujuk kepada tutorial oleh Jackbook.com , Hanya perlu cari perkataan rel='nofollow' dan buang. Akan tetapi ia tidak mesra XFN.

Jadi, untuk menambahkan kemeriahan, saya telah mengubah no-follow pada templat blogger saya, kepada rel='friend'


Caranya ialah:-
Edit template, dan 'Expand Widget Template'
Cari guna CTRL+F 'nofollow'





Simpan Templat.



Jadi, setiap pengkomen blog ini, yang menggunakan nama dan URL (bukan akaun google) akan mendapat pautan percuma yang boleh diindeks oleh enjin Carian. Oleh itu komenlah banyak-banyak di blog ini.






Artikel lama tentang XFN:

Cinta di Lautan Web 2.0

Isnin, 24 September 2007

Tandabuku Sosial, Google Share

Arahan tanpa paksaan:
Sila heret pautan ini


= = = Emel/Kongsi = = = (Ya, yang ini)

ke toolbar pelungsur web anda. Seperti pada gambar di bawah:






Memang sukar untuk menggalakkan pengguna web tempatan termasuk blogger untuk berkongsikan Kandungan yang bagi mereka menarik. Akan tetapi, kalau hoax, cepat pula tersebar.
kalau Gambar Bunga Citra Cinta Lestari bercium separuh bogel, cepat pula cepat tersebar.

Antara sebab mengapa kurangnya pengguna tempatan berkonsi kandungan dengan orang lain adalah kerana ketiadaan akaun digg atau akaun del.icio.us

Tapi kini masalah itu agak selesai, kerana google pun dan menjebakkan dirinya ke dunia Tandabuku sosial. Rata-rata pengguna blog, atau pengguna internet mempunyai akaun google. Mungkin ada yang tiada kerana taksub dengan Yahoo!!

Baru baru ini, Yahoo baru beli Mybloglog, satu syarikat internet yang popular dilakangan pemblog tempatan.

Kembali kepada cerita google, dengan adanya butang Emel/Kongsi di toolbar pelungsur web anda, maka lebih mudah untuk anda kongsikan artikel atau penemuan pelik atau gambar gosip yang anda gemari itu.

Di sini saya ingin menggalakkan perkongsian tandabuku di kalangan pemblog. Tak kiralah menggunakan delicious atau google share, kedua-duanya boleh disuapkan dari laman blog anda.

sebagai contoh:

URL Google Share saya adalah
http://www.google.com/s2/sharing/stuff?user=100627297553517179830

Saya juga boleh meletakkan senarai tandabuku di google share menggunakan suapan rss

URL suapan RSS
http://www.google.com/s2/sharing/stuff?user=100627297553517179830&output=rss


Atau, pengguna lain pun boleh ambil suapan RSS itu untuk dimasukkan ke dalam Google Reader atau apa_jua_aplikasi_rss_yang_ada_di_alam_maya_ini.

Antara kelebihan Google Share, ialah bila anda klik butang itu ketika terjumpa artikel menarik, anda juga boleh menggunakan wiget yang sama untuk meyimpan tandabuku di del.icio.us dan beberapa tandabuku sosial yang lain.

Ini adlaha reaksi blog terhadap http://jiasong23.blogspot.com/2007/09/google-emailshare-widget.html

Jangan lupa Digg untuk dia

Rabu, 19 September 2007

Langkah untuk menyertai Projek Del.icious Kandungan Tempatan

Langkah untuk menyertai Projek Kenari Biru

1. Daftar akaun delicious di sini.

2. Tambah butang delicous pada pelungsur web anda, (atau butang 'Kenari Biru').
ada beberapa cara

Menggunakan penambahan delicious pada firefox
firefox sahaja

ATAU

Menggunakan bookmarklet delicoius


Heretkan pautan : " Kenari Biru " ke toolbar tandabuku pada pelungsur web anda.

Maka ia akan menjadi sebegini:-


atau sebegini


atau sebegini





3. Layari internet seperti biasa, "Tumpang lalu" di blog rakan-rakan anda seperti biasa. (nota: "Tumpang lalu" adalah istilah subversif BM bagi 'bloghopping').

Kalau jumpa kiriman blog yang kelakar, atau bermakna, atau berinformatif, atau apa jenis sekali pun, Asalkan bila anda rasa terdetik di hati untuk mengkongsikan kandungan itu kepada rakan anda, awek_yang_anda_hendak_mengurat, sanak saudara, boss, sebol, kak jie, unclej atau semua orang yang anda kenal.

Maka anda hanya perlu buka URL kandungan blog itu (permalink). Kebiasaannya klik pada tajuk kiriman blog itu. Kemudian klik, "Kenari Biru", pada toolbar pelungsur web anda.

Tulis sedikit huraian atau tag jika perlu.
Klik save, dan anda akan dibawah ke kandungan blog yang anda lawati tadi.

Sebagai contoh, megat tumpang lalu ke beberapa blog, apabila dia singgah di blog m-hariz, maka dia terpesona dengan kandungan blog m-hariz, yang menceritakan tentang kapal terbang baru anaknya.

Maka, megat pun klik pada "Kenari Biru" dan keluar sebegini.

Kalau dia sempat salin beberapa perkataan sebelum klik, dia boleh tepekkan di ruangan notes.
Isikan Tag secukup rasa, dan klik save.
Voila!


Langkah seterusnya, maklum pada topik ini, akan id delicious anda supaya boleh dimasukkan ke dalam kenaribiru.



Langkah untuk Meletakkan kandungan kenari biru di blog

Pautan bagi suapan RSS kenaribori adalah http://del.icio.us/rss/network/kenaribiru

Bagi pengguna blogger , anda boleh menggunakan 'Add Page Element' dan pilih 'Feed' dan masukkan URL rss tadi.

Atau anda boleh gunakan RSS kenari biru pada pembaca RSS yang lain, samada berasaskan web seperti google reader atau yang lain.

Selasa, 18 September 2007

Penyelesaian tandabuku sosial kandungan tempatan

Sudah lama saya cuba fikirkan akan sesuatu cara dimana dalam dunia web 2.0 ini kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih baik.

Memang wujudnya banyak tandabuku sosial versi barat yang sering menaikkan kandungan antarabangsa, sehingga satu tahap, kandungan tempatan, terutama sekali yang dalam bahasa melayu tak dapat dikongsikan dengan jayanya.

Digg? Apa gunanya digg kalau kandungan BM didiggkan, tetapi seluruh dunia tak kan diggnaikkan kandungan bahasa melayu. (diggnaik= digg up).

Apabila saya membuat membuat undian tentang akaun apa yang pelawat blog ini ada, terlalu sedikit yang ada akaun digg, mahupun del.ico.us.

Saya telah cuba bentangkan idea perkongsian tandabuku pada kiriman blog saya di bluequil. Akan tetapi, ia tidak mendpaat sambutan.

Apa yang saya lihat, banyak pemblog yang tersohor mempunyai "share it", yang menyenaraikan digg, delicious dan lain-lain.

Bayangkan kalau hanya 100 orang yang memasuki blog tertentu, 5% yang faham konsep tandabuku sosial, samada jenis digg atau delicous. Sebenarnya saya pun baru nak cuba faham, tapi saya cepat faham. :)

Kita ambil contoh digg, walaupun sesuatu laman blog itu amat popular, mempunyai butang digg, akan tetapi bila pengguna klik, seolah-olah pengunjung yang terpaksa 'submit' bagi pihak pemilik blog. Nampak tak berapa kena, yang elok ialah setiap kali kiriman blog yang dianggap berkualiti ditulis, pemilik blog yang hantarkan artikel , tetapi pengunjung hanya perlu klik, klik, klik dan ia didiggnaikkan oleh pengunjung.

Walaubagaimanapun, saya rasa untuk kandungan tempatan, lupakan saja digg.
Amat mustahil untuk kandungan tempatan didiggnaik setinggi-tingginya.

Projek Del.icio.us Kandungan Tempatan


Jadi, cuba penyelesaian lain, delicious? ya mungkin sesuai, walaupun ianya bukan jenis "digg" sehingga boleh dinaikkan setinggi-tingginya. Namun kita boleh jadikan 'network' pada delicious supaya ia dipenuhi oleh kandungan tempatan.

Mungkin ada yang tak faham, akan tetapi, saya sediakan contoh dibawah, lihat ruangan "Rangkaian del.icio.us sebolku

Dimana pengguna bernama "sebolku" menjadikan beberapa orang sebagai ahli networknya.
setiap kemasukan pada delcoius bagi ketiga-tiga orang itu akan muncul sebagai "sebolku network" dimana, apa ayng dikongsikan oleh wawaporeber, mnajem dan morpheuzneo akan muncul pada blog ini.

errr apa salahnya mereka? mereka hanya delicouskan apa yang mereka suka, samada ia kandungan tempatan atau tidak, terpulang pada empunya diri.

Jadi?

Apa kaitannya dengan kandungan tempatan?
Bayangkan kalau ada beberapa orang pemblog yang betul-betul ingin mendelicouskan kandungan tempatan.

Sebagai contoh megat, Acai, chot, nordin sulaiman , bro_rick , iEn dll. (sekadar contoh)

Kemudian, saya daftarkan satu akaun delicous khas bernama "kandungan-tempatan" (atau nama lain yang lebih sedap didengar). kita ambil contoh 'merpati'.

Andaikata, kesemua pemblog yang tersohor diatas itu komited untuk mendelicouskan kandungan tempatan yang mereka jumpai pada hari itu, maka rangkaian delicious 'merpati' itu akan menyenaraikan hanya kandungan tempatan yang terpilih.
samada ia kelakar atau informatif, terpulang pada ahli rangkaian merpati itu.

Tidakkah itu amat baik, bagi pembaca kandungan tempatan?

Jadi oleh itu, saya inginkan beberapa pemblog yang rajin lompatblog, dan bolehkan sukarela mendeliciouskan kandungan tempatan yang mereka jumpa.

Kepada yang berminat sila angkat tangan.

Siapa yang tak faham, boleh tanya.

Isnin, 10 September 2007

"My Inspiration Sharing Land"

Pagi tadi saya menemui satu laman blog tempatan yang agak informatif, memang bertujuan untuk dikongsi bersama, namun tidak mendapat sambutan daripada pembaca blog.

Ketika itu saya meng'blogsearch' perkataan 'Malaysia Label Cloud'.

Saya nampak satu perbezaan nyata antara blog yang mempunyai Awanan Tag (atau 'Label Cloud' atau 'Tag Cloud') ialah mempunyai pengetahuan asas tentang Web 2.0.


Di atas adalah Awanan Tag milik Jason, Pemuda Kuantan Kedah, di Laman Blog 'My Inspiration Sharing Land'. Nama blog sudah cukup untuk menggambarkan betapa dia ingin mengongsi Maklumat/pendapat. Ia terbukti benar, apabila saya membaca arkibnya, Kandungannya memang bermaklumat dan asli. Asli dalam konteks ini adalah bukan diceduk bulat-bulat dari sumber luar.

Melihat akan Tema blognya, teringat saya pada tema saya yang lalu. Awanan Tag kelihatan cantik bila digunakan dengan tema itu. Cadangan Saya ialah tukar warna Awanan Tag daripada 'Hitam ke biru' kepada 'Kelabu ke Biru, kerana warna hitam lebih mudah dibaca daripada biru.

Saya memang pernah bercadang untuk meletakkan butang Digg pada kiriman blog. Tetapi mungkin tak berapa sesuai kerana pengunjung blog di Malaysia tidak memahami Digg.

Merujuk Technorati, authoritinya baru 1. Bagi saya blog sebegitu patut dapat authoriti yang lebih dan komen pengunjung yang lebih banyak.

Sabtu, 8 September 2007

Awanan tag pada blog Irtiyah

Memang jarangku temu blog wanita yang ada "Awanan Tag", tapi kini kutemui jua.
Kebiasaannya, apabila sesuatu blog itu terlalu informatif, maka tak ramai yang datang. Hanya peminat topik tertentu sahaja yang datang. Apabila ia terlampau politik, maka orang politik sahaja yang datang.

Laman blog Irtiyah, menggambungkan dua ciri iaitu informatif dan diari. Hampir keseluruhan kiriman blog ditagkan/dilabelkan samada tag 'Pengetahuan Am' atau 'Diari' , manakala kandungan informatif dalam Bahasa Ingegeris dilabelkan sebagai 'General Knowledge'.

Ia amat memudahkan pengunjung yang lebih gemar pada kandungan Informatif, untuk klik pada 'General Knowlegde' atau 'Pengetahuan Am', peminat Matematik boleh terus ke 'Mathematics'. (Tiada istilah Matematik subversif disitu kerana dia menggunakan istilah Inggeris).


Selain dari itu, terdapat lagi satu ciri yang menarik iaitu Kiriman Blog terkini yang disertakan dengan sedikit keterangan kandungan kiriman blog. Ianya boleh dilakukan dengan Javascript yang berasaskan JSON seperti "Komentar Terkini".


Laman blog Ibnu Yahya pun pun Infomatif juga, tapi belum ada Awanan Tag.

Jumaat, 7 September 2007

Hot in My Communities

Terdapat satu ruangan pada mybloglog yang menarik minat saya untuk dikaji.

Perasan tak kalau adanya Hot in My Communities pada profil pengguna mybloglog?
Adakalanya saya terfikir, untuk menjadikan ia berguna. tapi bagaimana?




sebagai contoh:
http://www.mybloglog.com/buzz/members/iDaz/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/rastom/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/abdfatah/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/iwan_cmn/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/bumbleb33/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/ien83/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/liewcf/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/Thegunnerz/
http://www.mybloglog.com/buzz/members/LilyLulu/


Tetapi, pada http://www.mybloglog.com/buzz/members/strangecharm/ tiada "Hot in MY Communities"?

Jawapannya ialah kerana StrangeCharm tak sertai mana-mana komuniti.

Kita ambil contoh
http://www.mybloglog.com/buzz/members/LilyLulu/

Oleh kerana dia tak sertai banyak komuniti, maka senang nak cerita.
Sebelum tu, nak cerita dulu, Hot in My Communities dijana berdasarkan pautan yang paling kerap diklik oleh pengunjung.


Jadi pada hari itu, antara beberapa komuniti blog yang Lily sertai, pautan ke laman blog ashterix lah yang paling banyak diklik. Akan tetapi terdapat beberapa masalah, kita mungkin boleh tahu "n reds" itu adalah dari laman blog redmummy, tapi kita tak tau dari kiriman blog yang mana satu.

Nasib baik dia guna "n reds" maka kita boleh kenal berdasarkan 'reds'. tapi kebiasaanya blogger guna "n comments". Makin peninglah pengguna untuk tahu yang mana satu komen itu disasarkan, pada topik yang mana? pada blog yang mana?

Jadi pening.

Tapi tak mustahil untuk diubahsuai sedikit kandungan blog, supaya pautan ke komen ditambahkan dengan nama blog atau nama tajuk kiriman blog.


moral:
Kalau guna Myboglog, sila sertai komuniti blog yang anda sering baca, supaya senang tengok apa yang 'Hot'

Khamis, 30 Ogos 2007

Tip Pemblog: Membuat 'Komentar Terkini' pada blogger dalam BM.

Sebelum ini terdapat beberapa tapak hos yang menyediakan javascript supaya anda boleh memnyediakan Wiget 'Recent Comment' pada blog blogger/blogspot anda.

Kebanyakkannya mempunyai perkataan 'Commented on' dalam Bahasa Inggeris, Amat tidak sesuai jika kandungan blog anda dalam Bahasa Melayu.


Maka berikut adalah tip untuk mendapatkan 'Komentar Terkini'.

Mula-mula sekali anda perlu ke http://blogger-templates.blogspot.com/2007/03/recent-comments.html

Masukkan nama Tajuk Wiget seperti 'Komentar Terkini', atau 'Kata Pengunjung' atau apa-apa.
Masukkan alamat blogspot. ie. "bluequil", "reddiva".

Ubahsuai bilangan komen yang hendak dipaparkan. Tak perlu panjang-panjang seperti blog ini.
Tandakan samada ingin memaparkan tarikh, tajuk. dan Saiz mesej.
Pada pendapat saya tarikh tak perlu.

rujuk gambar.


Kemudian klik 'Apply' dan kemudian 'Add widget to my blog'

Pada laman seterusnya, klik 'Edit Content'

sila tukar http://giga.ovh.org/rc kepada http://hasbullah.pit.googlepages.com/rc.htm (Walaupun nama anda bukan Hasbullah Pit).


kemudian 'ADD WIDGET'

Anda akan dibawakan ke "Pages Elements" blog anda, dan klik 'save'.

Anda boleh melihat hasilnya sebegini.


Kepada yang suday mempunyai "Recent Comments", daripada Blogger-Templates, Anda hanya perlu tukar URL

Isnin, 20 Ogos 2007

Cinta Web 1.0 dan Web 2.0

Perbezaan Web 1.0 dengan web 2.0 dari sudut emosi.


Cinta Web 1.0
sebolku: I love you
gbumla: I love you too




Cinta Web 2.0
sebolku: blog updated
gbumla: me too


Jumaat, 17 Ogos 2007

Netscape 9 beta 3


Ketika saya cuba google "Cikgu Suraya" untuk menjenguk tahap keupayaan pemblog tempatan menampan "Cikgu Suraya yang bertudung itu", saya telah secara tak sengaja termasuk ke women.netscape.com . Akhirnya berjumpa tentang blog netscape yang menceritakan akan status Netscape Navigator 9 beta3 . Beta 3 sudah keluar, maka tidak lama lagi akan keluar yang rasmi.

Kulihat, ia adalah berasaskan Firefox, tetapi dicop dengan Netscape. Ditambah pula ada keupayaan tambahan seperti OPML. Apa itu OPML? saya pun belum kaji, tapi ia ada kaitan dengan Suapan web 2.0 seperti RSS/Atom. Esok-esok sajalah saya ceritakan apa itu OPML.

antara ciri menarik adalah

Combined Stop/Reload button
To save space in your toolbar, we've combined the stop and reload buttons. Because you never need both at the same time, the toolbar will only show the relevant half of the pair.

Ha ha ha,
Betul juga, bila masa kita gunakan butang itu serentak?

Terdapat ciri-ciri "voting" pada Netscape 9 itu, mungkin ia digunakan supaya sesuatu laman itu boleh di[digg|stumble|delicous|seribu-satu-macam-web2.0-punya-kata-kerja]kan.

Kenapa perlukan netscape bila ada Firefox?
Kerana OPML dan undian laman?

Nescape Navigator 9


Khamis, 16 Ogos 2007

Dear Technorati. Unsurppoted language (Malay-ms)


Dear Technorati.

My blog is in Malay (langcode=ms), i know it's not supported by technorati maybe beacuse of it's hard to differentiate between Malay (ms) and indonesian (id) .

It's OK,
The issue is, when someone put technorati tag cloud at website written in unsupported language, for example (http://sebolku.blogspot.com). it doesnt display any content , UNLESS the visitor selecting "All language".


The problem now, is when visitor select "all language", the next time she/he visit the page, the default is still english and not "All Language".

Example:



Click "Merlimau" at Tag Cloud at this page, it will display "There are no posts tagged merlimau in that language.", but actually its contained with a lot of content in malay.

The content will be display only when visitor select "All Language" and click "search".
(which is not so friendly).

There are several suggestion to overcome this problem.

1. Store some cookies, so save "all language setting" at visitor browser, so that when she/he revisit, the language setting become "all language"

OR

2. Create a specific link for "Search post in all language from http://sebolku.blogspot.com"

OR

3. make the tag cloud javascript to store language setting including "all language" , so that the value automatically parsed to the processing engine.


http://support.technorati.com/topic/1713?replies=1

Google Image Search tidak indeks gambar Cikgu Suraya


Tahukah anda,

Google Image Search tidak mengindeks gambar yang dimuatnaik di blogspot atau mungkin laman yang menghoskan penyimpanan gambar yang lain.


Itulah penemuan saya hari ini, setelah lama mengkaji mengapa apabila orang indonesia meng'googleimagesearch' 'BMW' atau 'seksi' atau 'supra' mereka akan jumpa blog ini, walhal ada banyak lagi gambar yang ada pada blog ini.

Puas saya menukarnama gambar yang saya tangkap supaya nama failnya mengambarkan apa yang ada pada gambar. Sia-sia belaka.

Atau mungkin kerana tag HTML yang komplikated menyebabkan ia tidak diindeks?


Entahlah..

Cuba anda google image search "BMW Cikgu Suraya" <-klik
http://images.google.com.my/images?svnum=10&um=1&amp;amp;hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&q=bmw+cikgu+suraya&btnG=Search+Images


Ada gambar BMW Z4M (milik Cikgu Suraya?) dan supirnya sekali (pakai songkok hitam)?

Ada banyak gambar yang dipaparkan sebagai hasil carian "BMW Cikgu Suraya", berada di blog ini tetapi imejnya dihoskan ditempat lain.

Tiba masanya untuk mencari tempat menghos gambar yang sesuai.

Selasa, 14 Ogos 2007

Tag dan Peristiwa

Saya mula memblog berpunca daripada ketidaktahuan saya akan dunia berblog.

Punca utama saya berblog adalah saya tak tau apa maksud "kena tag", (sila ketawa sekarang) . Maka seperti biasa, alat untuk saya mengorek maklumat ialah google. Kudapati, "tag" boleh dijadikan alat untuk meningkatkan trafik.

Akan tetapi hakikat sebenar "kena tag" adalah tidak sama dengan tag pada kiriman blog.
kalau dalam blogger, dipanggil "label". Label atau tag ini akan diproses oleh enjin carian (yang memahami tag), dan boleh digunakan banyak kali untuk mengkaitkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Setelah berbelog dalam beberapa bulan, maka kesimpulan yang diperolehi adalah "Budaya berblog adalah tidak sama dengan teknologi berblog"

Tidak semua pemblog, termasuk pemblog yang tersohor, menggunakan teknologi berblog sepenuhnya. Termasuklah dari sudut perkongsian maklumat.

Apa yang saya hendak cerita disini adalah pengamatan saya tentang penggunaan tag oleh pemblog. Kebanyakkan pemblog termasuk yang tersohor, menggunakan tag atau label sebagai kategori bagi kiriman blognya.

Walaupun tak salah tag/label dijadikan kategori, kategori adalah salah satu cara untuk mengtag sesuatu artikel. Sebagai contoh, apabila ianya aktiviti yang melibatkan hiburan yang kontroversi. Maka boleh mengtag ia sebagai "aktiviti","hiburan","kontroversi".

Akan tetapi perkara itu jarang berlaku kerana budaya pemblog suka untuk mengkategorikan kiriman mereka dalam beberapa kategori kecil.

Pemblog yang tersohor itu pun pernah mencadangkan aku supaya menghentikan kegiatan melabel. Memang menjadi masalah kalau semua label/tag dipaparkan panjang berjela.
Tetapi ia mesra robot.

Sebenarnya masalah label berjela ini boleh diselesaikan dengan menggantikannya dengan "Could of Tag". Tapi kalau 'blogger' mengizinkan kita memaparkan 10 tag paling banyak pun dah cukup baik.

Itu baru intronya sahaja.
hehehe.

Cerita sebenar yang saya hendak sampaikan ialah tentang mengkaitkan peristiwa dengan tag. Baru baru ini, pada beberapa blog yang saya lawati, terdapat banyak kiriman blog tetapi merujuk kepada cerita yang sama.

1. Cerita Geng NuffNang pergi ke Singapura
http://cheeserland.com/2007/08/3-days-in-singapore
http://sweatlee.blogdrive.com/archive/298.html
http://timothytiah.blogspot.com/2007/08/nuffnang-team-in-singapore-day-1.html
(ada banyak lagi)



2. Cerita Red Diva lawan (arwah)BurBerry
http://redmummy.blogspot.com/2007/08/we-are-champion.html
http://millots.blogspot.com/2007/08/futsal-non-stop.html
http://equilibriumspace.blogspot.com/2007/08/futsal-match.html
(ada banyak lagi)


Ya, saya faham setiap orang berhak nak menulis ceritanya sendiri berkenaan. Dan seperti biasa pemblog akan menglabelkan ia mengikut kategori yang dia guna. Apabila peristiwa itu melibatkan ramai pemblog, maka ia akan ada pada setiap blog.

Terdapat satu masalah yang kecil, dimana, cerita peristiwa itu tidak dapat dikaitkan dengan cerita peristiwa itu ditempat lain.

Andaikata seorang pembaca telah melawati kiriman blog Suet Lee, berkenaan ceritanya di Singapura, hampir tiada cara untuk pembaca itu dibawakan kepada cerita yang sama pada blog rakannya.

Begitu juga pembaca yang ingin mengetahui tentang Red Diva vs Burberry. Walaupun ada usaha oleh pemblog tersohor untuk membuat pautan secara manual, namun ia tidak pergi kepada cerita peristiwa sama ditempat lain.

Jadi apa penyelesaiannya?
Gunakan tag.

Sebelum peristiwa itu bermula, mungkin bagi Geng NuffNang, Timoty beritau awal-awal, tag yang hendak digunakan ialah "Nuffnang", "Singapore"

Redmummy pula cadangkan "Red Diva" "BurBerry" " "Futsal"

Komen Terkini didominasi wanita?

Aku
baru
perasan
bahawa
pengunjung
yang
ada
pada
komen
terkini
pada
ketika
ini
semuanya
wanita.

Adakah
aku
seksi
dan
digilai
para
wanita?

Selasa, 7 Ogos 2007

Bulan BerBlog dalam BM

Mungkin keluhan aku pada mypenguin suatu ketika dahulu tentang kekurangan teknikal Bahasa Melayu pada Web 2.0 mula dirasai oleh orang lain.

Walaupun penyelesaian asal yang dicadangkan adalah supaya mengadakan satu blog khas, supaya sesiapa yang biasanya berblog dalam Bahasa Inggeris boleh membuat kiriman blog dalam BM di blog mypenguin.

Ianya langsung tak berjaya kerana ia terlalu artificial. Orang yang tidak pernah berblog sebelum ini ditugaskan untuk menjaganya.

Akan tetapi, walaupun ia tak berjaya, namun mungkin mesej kekurangan kandungan itu kedengaran ditempat lain, atau mungkin kekurangan itu turut dirasai oleh orang lain.

Pada blog niknazmi.com, ada menceritakan tentang kempen "Bulan Berblog dalam Bahasa Melayu" , satu azam yang dibuat oleh Nicholas Pang sempena Bulan Kemerdekaan.

Ia amat bersesuaian dengan cubaan saya dalam pembuktian konsep "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0".

Sebenarnya, itulah yang dirancang oleh Tun Razak suatu ketika dahulu sehingga mengkorbankan nama "Bahasa Melayu"(nama asal bagi bahasa itu) menjadi "Bahasa Malaysia" dan adakalanya dipanggil sahaja "Bahasa Kebangsaan" atas tujuan untuk menjadikan bahasa belayu/Malaysia/Kebangsaan sebagai platform integrasi kaum.

Langkah Nicholas Phang tadi diikuti dengan penuh bergaya oleh Hizami
http://locus-standi-86.livejournal.com/


Saya sendiri tidak pasti sejauhmana cubaan saya untuk membuktikan "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0" itu berjaya atau tidak. Itu semua sebenarnya bergantung kepada pembaca seperti anda.

Baiklah, sekiranya anda ingin turut serta dengan Nicholas Phang, sila paparkan grafik ini dan tudingkan ia ke http://terangbulan.livejournal.com/#terangbulan15818.

kemaskini:
7 Ogos Farhana - http://thebloggingnonblogger.blogspot.com/2007/08/kicking-off-bulan-ogos-bulan-blogging.html
14 Ogos Walaiku - Bulan menulis Blog dalam BM
21 Ogos Emily berblog dalam BM

Ahad, 5 Ogos 2007

Jenis-Jenis Pautan .. kebarangkalian untuk klik




Didalam satu laman web, mungkin ada banyak pautan.

#1. Adakalanya ia pautan yang sentiasa ada, tak berubah ubah.

#2. Ada kalanya ia adalah pautan yang berada didalam kandungan.

#3. Adakalanya ia adalah pautan didalam kandungan dan kandungan itu menyuruh.

Sebagai pengguna web, jika kita sudah tahu wujudnya segerombolan pautan yang tak berubah-ubah. Maka sudah tentu pautan itu tak dipedulikan walaupun kita melawati laman web itu setiap hari. Tidak wujud "impulse click" disitu.

contoh jenis #1: di ruangan "Muaturun Audio Video terkini"


Pautan pada kandungan, biasanya hanya sebagai bantuan kepada pembaca, sekiranya mereka tidak ingin mengetahui lebih lanjut, akan sesuatu teks, maka mereka boleh mengklik pautan itu.
sebagai contoh #2, pautan untuk Nigerian National Petroleum Corporation dan "Nigerian Content Policy" pada artikel Minyak di Nigeria bhgn 2


Ada kalanya pautan itu di dalam kandungan, dan cerita kandungan itu menyuruh pembaca.
sebagai contoh #3, pautan ke "Klik sini dan tanya dia sendirilah." pada artikel "Nike Zoom Air cool?"


Pembaca akan lebih cenderung untuk klik pautan jenis #3, berbanding jenis #2 dan jenis #1. Sekiranya pembaca membaca kandungan blog menggunakan Pembaca RSS, sudah tentu pautan jenis #1 diketepikan terus.


Maka anda disarankan untuk melawati -> http://nordinsulaiman.blogspot.com/ <-- Jadi untuk mebalas jasa rakan saya yang memberikan saya pautan jenis ke #3 pada saya:-
Jadi kepada rakan-rakan bloggers bolehlah mengunjungi blog Sebol Blog Tak Berdaftar Yang Perlu DiPantau untuk mendapatkan info-info berguna mengenai IT.

Rabu, 25 Julai 2007

Masyghul kerana sukar menghadham bacaan?

Anwar Ibrahim menulis:

Ada yang masyghul kerana sukar menghadham bacaan dan gagal menghabiskan buku. Andainya begitu mulai dengan buku nipis dan ceritera yang menarik minat. Jadikan membaca dan iqra’ sebagai budaya.

Adakalanya saya membaca beberapa judul silih berganti. Kadangkala mengambil masa lama. Ada juga judul yang terbantut sekerat jalan kerana membosankan. Umpamanya karya Umberto Eco, The Name of The Rose memukau sekali. Tetapi karya berikut dari pengarang yang sama, seorang Prof Semiotics dari Universiti Bologna berjudul Faucaults Pendulum amat membosankan.


Kaedah membaca kita mungkin berbeza, Walaupun hampir kesemua buku yang saya beli, saya baca separuh jalan, tetapi itu tidak menggambarkan diri saya sebagai tidak minat membaca.

Mungkin buku tebal bukan rakan saya, mungkin buku bentuk cerita bukan rakan saya. Apabila mengetahui sesuatu buku itu adalah rekaan semata-mata, maka ia tidak menarik minat saya, akan tetapi sekiranya buku bentuk cerita itu dikatakan menggambarkan sesuatu kejadian, maka mungkin saya akan baca.

Sudah sememangnya kaedah pembacaan saya amat berbeza dengan kebanyakan orang (baca: orang kebanyakan), saya suka membaca artikel pendek, dan lakukan analisa lebih lama dari masa yang digunakan untuk membaca sesuatu artikel.

Saya antara yang awal menjadi pengguna google, sejak "Google BETA" lagi, ketika itu logonya un tak cantik. Sebelum itu pencarian internet adalah amat sukar. Sebelum google, saya sering menggunakan altavista punya "advance search". Banyak benda yang tak orang tak jumpa, saya boleh jumpa. Apabila ada google, saya gabungkan dengan dmoz.org supaya apabila saya terjumpa sesuatu saya boleh membuat perbandingan apakan alternatif kepada sesuatu yang saya jumpa itu.

Suatu ketika dahulu, (awal 2000) saya amat suka "Yahoo Full Coverage", apabila saya membaca cerita berita (news story), dengan mudah saya boleh undur sedikit untuk pendapatkan kronologi dan punca kejadian yang menjurus kepada berita semasa. "Membaca" sebenarnya tak sukar, akan tetapi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan memerlukan usaha tambahan.

Zaman sedkit berubah, Terlalu banyak maklumat, terlalu sedikit masa, kandungan untuk dibaca melimpah-ruah (namun kandungan Bahasa Melayu tetap kurang ). Siapa yang suka membaca akan lebih bahagia, siapa yang suka akan bacaan ringan turut bahagia.

Akan tetapi, oleh kerana terlau banyak kandungan, kandungan perlu ditapis supaya kita cukup masa untuk membacanya.

Salah satu bahan bacaan kegemaran saya ialah komen di Slashdot.org , komen di slashdot, dimoderasikan oleh pembaca juga, dimana sesuatu komen boleh diberi mata. Pembaca yang tak mempunyai banyak masa, hanya perlu baca komen yang dimoderasikan sebagai mod +5, manakala yang banyak masa terluang boleh membaca kesemua komen, termasuk yang merepek.

Jadi dengan adanya Web 2.0, cara hidup pembacaan juga berubah, kita dilimpahkan dengan maklumat, akan tetapi terdapat juga alatan untuk mempermudahkan kita mencari bahan bacaan.

Dengan Bantuan Wiki, google "define:perkataan", pembacaan yang berdasarkan"couriousity menjadi amat mudah.

buat masa ini saya cuba membaca http://www.rice.edu/energy/publications/nocs.html
untuk mengetahui selok belok bagaimana negara tertertentu boleh menguasi minyak negara lain. (Untuk menyambung artikel Minyak di Nigeria)

Google+ Hasbullah Pit