Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Zul4Kulim

Zulkifli Noordin dari kacamata Jed Yoong, Al-Brangi dan Adihamka

27 Oktober, Zulkifli Noordin diserang oleh Jed dan Al-Brangi Zulkifli Noordin: An Ulama Wannabe On A PKR Ticket, Hoping For A Transfer To UMNO? » Jed Yoong Alahai....Lantangnya YB. Zulkifli Noordin » al-brangi .........Kepuasan Di dalam Kebenaran Tepat jam 12 malam 28 Oktober, Adihamka membuat satu ulasan yang saya kira cukup baik.   Ulasan Saya Mengenai Ucapan YB Zulkifli Noordin » Dengan Izin...™

Zulkifly Nordin Sebagai Ahli Parlimen

Amat menyedihkan apabila Anwar memilih Kulim sebagai tempat bertanding, walhal mahkamah belum memutuskan lagi bahawa Zulkifly Nordin kalah atau tidak. Amat menyedihkan lagi apabila Anwar tidak memilih Kelana Jaya? Atas sebab apa? Takut ditampar oleh pembantu Nik Nazmi? Sebelum bergiat politik, Zulkifly Nordin sudah berjuang menegakkan Islam melalui mahkamah. Tak dapat saya nak balas jasanya dengan wang ringgit mahupun emas. Zulkifly Nordin juga seorang Ahli Parlimen yang rendah diri, naik motosikal , naik basikal dan naik bas . Naik bas macam khairul Faizi . Beberapa hari lepas saya baru sahaja kirim soalan untuk sesi Parlimen, melalui Zulkifly Nordin , alih-alih sudah mahu letak jawatan. Fudzail, rakan lama saya dengan berani mengatakan bahawa Zulkifly Nordin tidak harus dikorbankan. Anwar Tidak Patut Bertanding di Kulim-Bandar Baharu Bila Bang Bakaq kata, Ninja Turtle ... , saya kata " Cowabunga!!!! "

Bahasa Melayu Baku dan Integrasi Kaum (zul4kulim)

Buat YB Zulkifly Nordin (atau YB Rahul ) Harap maaf jika tulisan ini menyinggung perasaan. Bahasa Melayu Baku adalah satu platform di mana, ramai orang dari pelbagai dialek boleh berkomunikasi. Bahasa Melayu Baku juga boleh difahami oleh menutur Bahasa Melayu dai Brunei, Indonesia, Fotani dan lain-lain. Bahasa Melayu dialek Johor Riau, yang kini dipanggil sebagai "Bahasa Standard" hanya satu dialek hyang hanya popular di kalangan orang melayu di Semenanjung. Penutur bukan Bahasa Melayu kebanyakkannya sukar memahami dialek Johor Riau apabila penulisan blog di adaptasikan ke dialek itu. Tidak perlulah penulisan itu terlalu betul tata bahasanya, akan tetapi cukuplah setakat pembaca/pengundi bukan Melayu boleh memahaminya. Blog Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat pelbagai kaum berhak untuk memahami penulisan wakil rakyat yang dipilih, suatu ketika dahulu ketika Tingkatan 5 Bahasa Melayu diwajibkan dulu bagi mereka supaya lulus SPM. Warga bukan Melayu tidak pernahpun mempersoal...