test

Selasa, 30 September 2008

Barisan "Bail Out" Kalah

Kongres baru sahaja mengundi samada mahu bail out 700 bilion atau tidak. Keputusannya Pakatan Taknak Bailout yang menang. 228 berbalas 205.

Yang menghairankan, ialah bagaimana 2 calon Presiden Amerika iaitu Obama dan McCain memihak kepada Barisan Bail out.

Dollar jatuh, harga emas naik mencecah 900.
Yang peliknya harga minyak turun????

Isnin, 29 September 2008

Jangan Klik, Ini Hanya satu Ujian Malaysiakini Beras Padu

Ini adalah satu ujian.

Harap maaf Jika mengganggu.

"pengunguman" Admin Ali

 Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR serta ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.

Admin Ali.

Kelakar juga melihatkan telatah Azmin "admin admin" Ali, sudah menafikan perletakan jawatan, tapi tidak tukar katalaluan.

Kena lagi 1 kali.

Kalau penggodaman berasaskan lubang pada perisian, boleh dimaafkan lagi, tapi kalau kerana kata laluan admin admin, ia agak melalukan.

admin admin


Ulasan agak menarik oleh "Periskk" Rakyat.

Azmin Ali Letak Jawatan: Ape Cerita Beb..?

 Naib Presiden PKR Dibuli Hacker.

 

Amerika Mencampuri Urusan Malaysia? Kita Apa kurangnya?

Banyak berita sebelum ini menunjukkan seolah-olah mencampuri urusan Malaysia. Namun ianya hanya sekadar ulasan-ulasan yang terbit daripada mulut ahli politik.

Kita apa kurangnya, Apabila berlaku krisis subprima di Amerika, ramai yang memberi komen, yang pro dinar akan keluar hujah dinarnya. dan macam-macam lagi. Hatta pemimpin atasan negara pun ada bercakap tentang masalah ekonomi Amerika.

Apa bezanya?
Tidakkah kita mencampuri hal ehwal negara orang?

Amerika sudah biasa menerima komen dari negara luar, akan tetapi Malaysia, apabila mendapat ulasan dari negara luar, terus bersilat "Jangan campuri hal urusan negaraku".

Kalau nak jadi negara maju, perlulah bersedia menerima komen2 pemimpin negara luar.

Cengkerang Apa Yang Hendak Dijadikan Matawang?

Saudara Zubli dan Rastom, dulunya pernah berborak santai, apa akan jadi kalau cengkerang boleh dijadikan duit.

Cengkerang apa ya?

Zaman dahulu, 1 kupang, ialah 1 keping wang emas, dipercayai beratnya 0.6 gram.

Ketika harga minyak turun 10 sen dahulu, ramai yang mengatakan "alahai sekupang sahaja" , namun, kalau zaman dahulu, sekupang itu ialah 0.6 gram emas. Anggaran kasar lebih kurang RM 50.

Cengkerang kupang kah yang di maksudkan oleh saudara zubli itu?
Mengapa cengkerang kupang, dan bukan kupang.


Sabtu, 27 September 2008

Jenaka: Ali Rustam mahu Teresa Kok dipecat dari 'PKR'

Cerita ini tidak tersiatr di Malaysiakini , akan tetapi Sinar Harian.

Ini adalah berita yang agak terlewat.

Sila klik untuk besarkan.


"Teresa Kok wajar meminta maaf dan dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran kenyataannya yang menghina kerajaan."

"Sekiranya PKR benar-benar parti yang bertanggung jawap, Teresa wajar dipecat daripada parti itu".

Adakah Sinar Harian tersalah tulis?

Sinar Harian sememangnya mengatakan Teresa adalah wakil rakyat DAP, mereka tidak salah. Akan tetapi memetik secara bulat-bulat apa yang Ali Rustam katakan walaupun keahlian Teresa Kok dalam PKR  hanya wujud dalam ilusi Ali Rustam.

Agaknya Teresa Kok ahli parti mana dalam ilusi Najib?

Cikgu Suka Makan Telur

Cikgu suka makan telur
Hari-hari cikgu makan telur

Cikgu suka makan telur
Hari-hari cikgu makan telur

Cikgu suka makan telur
Hari-hari cikgu makan telur

Cikgu suka makan telur
Hari-hari cikgu makan telur

Cikgu suka makan telur
Hari-hari cikgu makan telur

Cikgu suka makan telur
Hari-hari cikgu makan telur

Cikgu suka makan telur
Kalau hina telur, cikgu buat laporan polis

Politik Apa yang Khairy Mainkan? ( Merujuk kepada 3 berita Malaysiakini)

Menurut Malaysiakini, Khairy Jamaludin seolah-olah membantah penangguhan pemilihan UMNO.

"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.
  
"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan.

"(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said  di Kemaman hari ini.

 Pada masa yang lebih kurang sama, Najib pula mengatakan ianya "Bijaksana".

"Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara hari ini.

Kalau menantu sudah tidak mahukan tambahan masa  sebagai penyelamat jawatan PM PakLah, siapa pula yang dalang melobi supaya ianya ditangguhkan?

Syarikat katering? Syarikat percetakan kertas undi?

Adakah kerana bulan disember, banyak peruntukan sudah dihabiskan, maka susha untuk memuaskan "akar umbi"?

Ali Rustam dan Muhyidin pula mengatakan ianya bagus  untuk "Akar Umbi".

"Keputusan ini mengambil kira sentimen, pandangan akar umbi," 
 
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata,  keputusan MT untuk meneruskan mesyuarat perwakilan bahagian mulai 9 Oktober depan adalah satu keputusan yang baik dan melegakan semua pihak, terutama di peringkat akar umb
Adakah golongan pendesak dalaman UMNO yang mahukan ianya dilewatkan agar PakLah kelihatan seperti tamak dan berat nak melepaskan jawatan?

Kalau Khairy sudah yakin mahu bersilat di dunia politik tanpa tongkat dari mertuanya, maka biarkanlah dia bersilat.

p/s: Bila agaknya Ali Rustam nak siasat siapa yang terbalikkan bendera UMNO?

Jumaat, 26 September 2008

UMNO Dalam Kecemasan, Bendera UMNO Diterbalikkan

UMNO memang kini dalam keadaan "Kecemasan" atau "Distress".
Bukan saya kata, tetapi mereka yang menyatakan sendiri:-



Sheih Kickdefella sudah dikenakan tindakan atas akta hasutan kerana menterbalikkan bendera Malaysia.

Apabila bendera UMNO diterbalikkan , siapa agaknya akan dikenakan akta hasutan?


Mari kita lihat UMNO Cawangan manakah yang memberontak itu.


Agaknya apa punca berlakunya kecemasan itu?
Disebabkan oleh penangguhan pemilihan parti?

Adakah mereka merancang untuk menterbalikkan bendera UMNO di litar F1 Singapura sebagai bantahan terhadap Robert Kubica yang tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya?

Debat Rakyat: Usul Harimau Menaip Terhadap Khairy Jamaludin

Usul Terhadap YB Khairy Jamaluddin


Tuan Yang Dipertua,

Setelah Meneliti usul oleh Harimau Menaip supaya undi tidak percaya diberikan kepada Khairy Jamaludin.

Tuan Speaker, saya mencadangkan agar undi tak percaya dimulakan terhadap YB Khairy Jamaluddin kerana beliau pernah memanggil blogger sebagai Beruk.

Saya mendapati ianya amat tidak sesuai kerana Khairy Jamaludin tidak memegang apa-apa jawatan rasmi di dalam kerajaan. Meskipun ada cerita tingkat empat, namun ianya bukanlah satu jawatan rasmi kerajaan yang Khairy Jamaludin Pegang.

Walaubagaimanapun, Adalah wajar kita perbincangkan bagaimana Khairy Jamaludin yang tidak memegang sebarang jawatan Rasmi kerajaan supaya tidak boleh mempengaruhi pegawai kerajaan dan memperoleh maklumat sebagai mana pegawia kerajaan perolehi.

Saya mencadangkan supaya usul ini ditolak.

Khamis, 25 September 2008

Sebulan Tian Chua ada Berapa Hari? Malaysiakini

Merujuk kepada ulasan Tian Chua di Malaysiakini berkenaan perubahan harga minyak, katanya ianya dilakukan 2 kali sebulan.

Katanya, walaupun BN menurunkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh satu bulan, ia tidak langsung memulihkan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap ekonomi negara, serta mengurangkan impak peningkatan kadar inflasi.

Dulu harga minyak turun pada 23 hb Ogos 2008
Kemudian pada 25 September 2008

Bukankan ia sudah lebih daripada 31 hari?

Kalendar apa yang dia guna? Kalendar Cina dan Hijrah maksimum 30 hari, Kalendar Masehi maksimum 31 hari?

Kalau sudah sampai 34 hari sebulan, Kalendar apa ya?

Skuad DUN Batu Caves Disindir Anwar Ibrahim kerana spam Malaysiakini?

Skuad DUN Batu Caves, juara baru dalam kegiatan Spamming Malaysiakini yang menjijikkan itu kini disindir oleh Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim kini mempromosi kempen Etika Penyebaran Maklumat.


Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta.

Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!

Apabila Harga Minyak Ditentukan oleh Politik

Harga minyak baru diturunkan 10 sen selepas mesyuarat kabinet. Dalam erti kata lain, orang politik yang duduk dalam kabinet itu menentukan bila dan berapa harga minyak dinaikkan atau diturunkan.

Dulu kononnya harga minyak dikekalkan pada tahap harga minyak semasa - 30 sen. Namun tiap kali ianya hendak diubah, perlu mensyuarat kabinet.

Apa pandangan pelabur?

Pakatan Rakyat pula turut mempolitikkan harga minyak dengan menurunkan secara pengsubsidian tambahan.

Dipendekkan cerita, kiri kanan harga minyak ditentukan oleh ahli politik.

Kiri kanan sibuk cerita tentang pelabur asing tetapi kiri kanan tidak mesra pelabur.

Kalau benar Kerajaan semasa telah menetapkan subsidi kekal pada 30 sen, sambil meletakkan harga syiling tahun ini, maka kekalkanlah ia.

Mengapa perlu dibundarkan kenaikan harga minyak kepada 5 sen terdekat?

Bukankah ianya lebih menampakkan ianya ditentukan oleh ahli politik berbanding pasaran?

Perbezaan kenaikan/penurunan 15 sen dan 10 sen memang terlalu tinggi kalau dikira secara bulanan.

Ada cadangan lain supaya ia berasaskan minggu atau 2 minggu sekali.

Takkanlah kalau seminggu sekali perubahan harga kabinet perlu bermesyuarat?

Saya lebih suka harga berubah pada masa yang lebih pendek, seperti 1 minggu atau 2 minggu. Namun harga itu bukanlah berdasarkan harga semasa, tetapi berdasarkan "moving average" 3 bulan.

Maka barulah nampak harga benar-benar berubah dan perubahan itu akan menjadi lebih kecil , kurang dari 5 sen setiap minggu.

Rabu, 24 September 2008

PETRONAS Hentam Telco dan Apple

Saya baru sahaja menonton iklan Raya PETRONAS di Laman blog WhiteNaval.

Memang pedas PETRONAS hentam telco (Syarikat Telekomunikasi).

Iklan itu menunjukkan betapa lemahnya Sistem telekomunikasi di kawasan luar bandar sehingga GPRS pun tidak ada.

Sudahlah "telefon" rosak, Tidak pula dinyatakan telefon yang rosak atau talian yang rosak.

Anggaplah hanya telefon yang rosak, maka sepatutnya Komputer riba boleh menggunakan PSTN untuk sambung ke internet, akan tetapi, iklan itu menyerlahkan ketiadaan modem PSTN pada Macbook sebagai punca pemuda itu terpaksa ke pekan.

Selepas 51 tahun merdeka, masih ada lagi kawasan kampung yang tidak menerima GPRS dan PSTN yang tidak stabil?

 --

kemaskini 3:20 pm

Jangan lupa bacaPandangan PakciQue

Apa Jadi Kalau Aku Juga spam Malaysiakini?

Saya tengok, orang yang spam Malaysiakini, melakukannya tanpa rasa bersalah.

Apa jadi kalau saya pun melakukan spam pada Malaysiakini?

Apa jadi kalau semua orang spam Malaysiakini?

Sampai Bila Harga Minyak Perlu Ditetapkan Selepas Mesyuarat Kabinet?

Bukankah Kabinet membentuk dasar dan  kaedah?

Kalau dulu sudah tetapkan sebulan sekali harga - 30 sen, mengapa perlu tunggu mesyuarat kabinet untuk tentukan harga?

Tetapkan sahajalah satu kedah penentuan harga berdasarkan dasar yang ditetapkan. Tahu lah pegawai kerajaan lakukan tugas.

Mengapa perlu tiap-tiap bulan hari rabu minggu ke 3 atau 4, hari tentukan harga minyak?

Untuk tentukan harga tepung, pada mesyuarat kabinet minggu ke berapa?

Selasa, 23 September 2008

Pemuda PAS WP Terlewat Beberapa Jam

Kasihan pula melihat Pemuda PAS WP, bersungguh-sungguh menghantar memorandum penuh fakta kepada Shahrir Samad.  Dengan mengambil contoh bahawa Harga Minyak masih lagi dibawah seratus Dollar Amerika.

Apa yang berlaku awal pagi tadi, sebelum subuh, waktu bersahur, Harga minyak dunia telah melonjak sehingga ke paras 130 USD dan menstabil sedikit.

Kemudian ketika catatan ini ditulis harga minyak dunia berada pada tahap USD 120.92

Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada  Pemuda PAS WP kerana berusaha.

Isnin, 22 September 2008

Racun apa yang Nor Mohamed Yakcop Taburkan pada Najib?

Beberapa hari dulu, Dr Mahahtir mencadangkan "sesuatu" berkaitan tambatan ringgit. Kemudia Muhyidin pula secepat kilat menyokong supaya ianya dikaji. Nor Mohamed Yakcob pula mengumumkan adakan diadakan sesi taklimat kepada Najib.

Alih-alih Najib umumkan bahawa Ringgit Tidak Ditambat Semula.

Ramai yang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Termasuklah pemberita BERNAMA dan Malaysiakini.

Untuk mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Dr.Mahahir dengan "Ringgit Ditambat Semula" boleh difahami dengan dua maksud.

Ada yang mengganggap "Ditambat Semula" adalah ulangan kepada apa yang dilakukan pada 1997 dahulu, iaitu dengan menambat secara langsung dengan USD.

Akan tetapi dalam berita yang mengatakan "Ditambat semula" itu, Mahahir berkata.

"Kita harus tentukan nilai mata wang dan saya berpendapat kerajaan tidak patut mengapungkan ringgit sebab ia merugikan," 


Dia mahu menentukan satu kaedah baru untuk menilai ringgit. Dia tidak ada pun mengatakan bahawa mesti ikut cara 1997, iaitu ditambat dengan USD secara langsung.

DalamThe  STAR 21 September, dengan jelas Dr.Mahathir mahukan Ringgit itu mengukuh.

He said if Malaysia could strengthen the value of the ringgit by 10% (by pegging the ringgit to the US dollar), the import value should depreciate by 10%.
Bukan Dr. Mahathir sahaja yang mahukan Ringgit mengukuh, akan tetapi Dr Ariff MIER sudah lama mengatakan Nilai ringgit dibawah nilai sebenar,


Ramai yang beranggapan cadangan Dr.Mahahir supaya ringgit ditambat semula adalah ulangan kepada apa yang dia lakukan pada 1997.

Cuba fikirkan, bagaimana hendak mengukuhkan ringgit kalau pada masa yang sama ianya ditambat kepada USD. Dr. Mahathir sendiri telah jelaskan bahawa nilai ringgit perlu dinaikkan.

Terang-terang Muhyidin telah mengataklan ianya adalah bertujuan untuk mengelak kesan buruk daripada kejatuhan dollar.


Mungkin Nor Mohamed Yackob beranggap bahawa Dr Mahathir mahu kerajaan mengulangi tambatan seperti 1997, dan meracuni Najib supaya umumkan supaya tiada tambatan semula.

Penganalisis Ekonomi ramai yang mahu nilai ringgit dinaikkan, satu sebab utama ialah boleh mengurangkan harga minyak tanpa perlu sebut "subsidi".

MIER dan ASLI pernah mengatakan supaya matawang ringgit diapungkan terus.

Ramai pembangkang ekonomi, termasuk dari dalam UMNO mahukan ringgit dilakukan sesuatu supaya ia tidak terus jatuh mengikut USD:


Sebenarnya ada beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengukuhkan ringgit.
1. Apungkan terus ikut cara MIER dan ASLI
2. Mengkaji formula tambatan ringgit supaya tidak terus jatuh,

Namun, Nor Mohamed Yackob telah berjaya meracuni Najib supaya ianya hanya kekal.

Saya agak yakin, apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir ialah mengkaji semuala kaedah ringgit ditambat, dan bukannya menambat secara buta seperti 1997.

Di dalam sistem tambatan ringgit sekarang, atau dikenali "Managed float", nilai ringgit ditentukan oleh beberapa matawang dunia dimana pemberatnya bergantung kepada rakan dagangan Malaysia.

Namun tidak mustahil formula itu diubah supaya bergantung kepada beberapa matawang kecuali USD.

Atau formula diubah supaya nilai emas diambil kira sebagai pemberat formula tambatan ringgit semasa.

Harapan Rakyat untuk melihat nilai ringgit naik dan harga barang murah, berkecai begitu sahaja apabila Najib akur kepada Nor Mohamed Yackob setelah beberapa jam diberi "taklimat".

Sia-sia sahajalah PakLah serahkan Menteri Kewangan Kepada Najib, bukankah sepatutnya dia serahkan kepada Muhyiddin?

Siapa Penyangak Matawang Ringgit musim ini?
Anda tentukan.

Bincang Penambatan Semula Ringgit - Malaysiakini

Setelah Najib menjadi Menteri Kewangan, barulah bersuara beberapa orang UMNO tentang soal matawang,

Kenapa ketika Pak Lah jadi menteri kewangan tidak timbul soal ini?

Mulanya Dr Mahathir mencadangkan supaya "Tambatan Ringgit ddiadakan semula". Mungkin ramai yang tidak faham apa maksudnya. Adakah dia mahu ringgit ditambat secara langsung dengan satu matawang?
Adakah tambatan kepada beberapa matawang perlu diubah?

Semuanya tidak jelas, kerana Mahathir sendiri tidak nyatakan tambatan semula yang dia maksudkan itu dengan apa.

Yang agak pasti, dia mahukan nilai ringgit naik sedikit.
Sama ideologi dengan saya tapi kaedah lain.

Kemudian Muhyidin, secepat kilat mahu ianya dikaji. Kenapa selepas cadangan Mahathir baru bersuara soal matawang? Kenapa tidak semasa Pak Lah masih Menteri Kewangan?

Itu pun menghairankan saya.

Menteri kewangan baru pula,  diberi taklimat soal kewangan, kemudian perlu berbuat sesuatu dengan berbincang soal tambatan ringgit. (Malaysiakini)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan esok, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Saya tidak nafikan, negara perlu lakukan sesuatu supaya ringgit dinaikkan, sekurang-kurang 10%. Tapi mengapa secara tiba-tiba?

Agaknya apa keputusan perbincangan soal tambatan matawang itu?

Adakah 20% daripada Ringgit akan ditambatkan dengan emas seperti yang saya pernah tulis 10 bulan yang lalu?


Sempena perbincangan itu, elok saya salin tepek catatan lama (1 Nov 2007) yang diubahsuai namanya.

Harga minyak dipasaran Nymex meningkat ke USD 96 setong, Harga emas pula menghampiri USD 800 seaun troy. Semua berpunca dari kejatuhan dollar yang melampau, sehingga terendah sejak 40 tahun yang lalu. Dan dijangka akan jatuh lagi.

Ringgit kita, walaupun tidak ditambat secara langsung dengan Dollar Amerika, namun tambatan ringgit pada matawang utama, masih banyak bergantung pada Dollar Amerika dan membuatkan Ringgit jatuh berbanding matawang negara jiran.

Walaupun kita duduk di dalam negeri yang mempunyai Menteri Kewangan yang tak ambil tahu tentag matawang. Di harap Dr. Zetty Najib dapat membuat tindakan yang bijak.

Pada pendapat saya, Dollar Amerika akan merosot dalam jangka masa panjang, walaupun ia merosot sekarang, dia akan naik sedikit, tapi akan terus merosot dang merosot.

Maka, Amat tidak sesuai bagi Ringgit untuk bertambat pada peratusan tinggi pada dollar Amerika, sudahlah Ringgit lambat dilepaskan tambatannya dengan USD 3.80 dahulu.

Adalah sebaik baiknya ringgit ditambat sebahagian dengan Emas sebagai salah satu matawang secara berperingkat.

Adalah dicadangkan, setelah berlakunya 'correction' terhadap kejatuhan dollar, adalah ada baiknya tambatan ringgit diubah kepada

20% emas
80% matawang asing yang mempunyai dagangan dengan Malaysia.

Maka selepas itu, kita tidak akan merasa kehangatan 'Kenaikan harga minyak'

Akan tetapi janganlah pula lakukan sekarang, di saat harga emas terlalu tinggi.

dan jangan lupa baca Cadangan tambahkan rizab emas di Bank Negara.

Di Malaysiakini Terdapat Teknik Mengelak Makanan Dicuri

GMurali, bersungguh sungguh merekayasa kaedah mengelak daripada roti dicuri.


Namun keadah itu agak ketinggalan zaman, berbanding dengan kaedah baru yang baru ditemui 3 hari lepas oleh "Suruhanjaya Penarafan Makanan" defacto.

Di Malaysiakini,  kecurian makanan boleh dielakkan  dengan hanya meletakkan telur rebus dan 2 keping timun pada makanan tersebut.

Ahad, 21 September 2008

Hutan dan Minyak

Hari ini saya berbangga menjadi blogawan Melaka kerana wujudnya 2 penulisan blogawan Melaka yang cukup berkualiti.


 
 
 Selamat membaca.

Resepi Biskut Kacang Mozilla (Firefox & ThunderBird)

Ada orang cari Resepi Biskut Kacang Mozilla.
Ini dia

Bahan Bahan

1 kilo tepung gandum (diayak)
1 ½ cawan gula halus
2 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)
1 botol minyak jagung mozilla (size kecil)
Telur merah utk hiasan

Kaedah

Gaulkan tepung gandum, gula, kacang tanah hingga serata. Kemudian tuangkan minyak jagung mozilla sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan. Kemudian terapkan adunan tadi mengikut bentuk acuan yg anda suka. Sapukan telur merah diatas biskut supaya ia kelihatan berkilat. Masukkan dalam ketuhar bersuhu 180 atau bakar sehingga kekuningan. Selamat Mencuba......


Nota: 
Hidangkan dengan telur rebus  dan timun untuk dijadikan Makanan Anjing Teresa Kok.





http://elafyf.com/?p=152

Harapan Palsu Harga Barang Turun Bila Harga Minyak Turun.

Jika benar Pakatan Rakyat dapat menjatuhkan BN ketika parlimen bersidang lagi, Penurunan harga minyak dapatlah direalisasikan.

Ada rakyat yang mengharapkan harga barangan akan turun. Akan tetapi ianya agak mustahil untuk turun kerana harga barangan jika berkait dengan matawang, Harga minyak itu hanya faktor sampingan.

Ramai yang berpendapat harga barang tidak boleh turun.

Saya tidak setuju.

Akan tetapi kalau budaya kewangan satu dunia disandarkan pada kepalsuan, maka harga barang tidak turun.

Akan tetapi harga barang boleh turun kalau matawang kekal pada nilainya.

Jangan kita fikir dulu gaji RM 500, sekarang gaji RM 600 ianya meningkat.
Tidak semestinya.

Jangan fikir, apabila gaji berkurang dari RM 500 ke RM 400 kita menjadi lebih miskin.
Tidak.

Ter dapat 2 hala ekonomi.

1. Duit diperbanyakkan, semua akan naik, gaji, kos, dan lain-lain.
2. Duit kekal bilangannya.

Pendokong Dinar Emas, pilih yang ke 2 kerana ia menggambarkan sesuatu yang benar.

Ramai orang yang tidak faham, kalau buat pinjaman bank, duit itu diambil dari duit siapa.
Sebenarnya pinjaman itu datang dari duit yang tidak wujud.

Makin banyak pinjaman, makin banyak duit baru dicipta.

Kerana sebab itu, apabila berlaku krisis, ramai yang suka meninggikan kadar faedah, kerana boleh kurangkan pinjaman dan seterusnya mengurangkan bilangan duit.

Apa punya dunia ini?

Duit tiada boleh diadakan. kemudian boleh digunakan untuk berbelanja.

Lihat sahaja pinjaman ASB.
Daripada duit yang tiada, diadakan , dipinjamkan untuk pelaburan. dan kemudian melonjakkan Indeks.

Jadi, Indeks BSKL itu, sebahagiannya adalah daripada duit yang tidak ada tetapi telah diadakan.
Tak mustahil Pinjaman ASB akan jadi seperti masalah sub prima di Amerika.

Nasib baik  fail hutang pinjaman ASB tidak didagangkan.
Hari ini bayar di Bank A kadar rendah, esok lusa bayar ke Bank B, kadar lebih tinggi pula.

Saya sudah lari dari tajuk nampaknya.

Di sini saya nak sampaikan, harga barang sebenarnya boleh turun kalau tiada penciptaan wang yang baru.
Sekiranya matawang Dinar dilaksanakan, pinjaman adalah pinjaman sebenar bukannya penciptaan wang. Bilangan wang tetap sama.

Adalah mustahil untuk menambah bilangan emas kalau kita tidak korek dalam tanah.

Kerana itu emas dijadikan matawang sejak beribu tahun lamanya.

Ringgit?

Ringgit sebenyanya boleh dijadikan umpama emas, kalau kita mahu.
(Undilah saya sebagai Perdana Menteri di ruangan tepi)

Sekiranya tiada penambahan wang, maka sebarang peningkatan produktiviti akan merendahkan harga.
Umpama industri telefon.

Jadi, kalau gaji kita RM 500, tidak meningkat 20 tahun, tidak mengapa kalau harga barang tetap sama dan tiada inflasi.

Masyarakat zaman dahulu tidak pernah dengan "inflasi" ketika menggunakan matawang emas.

Akan tetapi orang tua di Malaysia, yang kenal hanya ringgit, diperbodohkan kononnya "memanglah, begitu, dulu boleh beli nasi lemak 20 sen, sekarang tak boleh lagi)

Sebenarnya, kalau matawang ialah matawang sebenar, nasi lemak 20 sen tetap 20 sen hari ini.
Melainkan timun 2 potong dan telur rebus (makanan anjing Teresa Kok) digantikan dengan Sayur, ayam, telur goreng.

Jadi, kalau mahu memberi harapan harga barang murah kepada rakyat, lakukan sesuatu dengan matawang, bukan harga minyak.

Sabtu, 20 September 2008

Mitos Susu Ibu Rausyanfikir

Rausyanfikir, menulis satu artikel yang menarik tentang kapitalisme dan permasalahan susu di Negara China, Juga mengkaitkan dengan penggunaan susu ibu negara China.(mesti klik)

Memang sudah menjadi kebiasaan, rakyat negara perasan maju, menolak susu ibu atas alasan kemodenan. Namun itu bukanlah erti kemodenan yang sebenar,

Rausyanfikir, meyuarakan kebimbangannya tentang tahap pengeluaran susu ibu

Yang saya tahu, jikalau bayi tersebut jarang diberikan susu ibu (breast feeding ), kesannya ialah kuantiti susu ibu yang akan keluar bakal berkurangan dan akhirnya boleh membawa kepada ketidak mampuan langsung untuk mengeluarkan susu oleh ibu tersebut. Kesan ini bertambah parah lagi buat golongan ibu yang bekerjaya.

Ianya boleh dikatakan benar akan tetapi terdapat penyelesaiannya. Susu ibu boleh dipam keluar dan disimpan, dan pengeluaran tidak merosot. Sekiranya ia merosot pun, ada jenis makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu.

"Longan buatan Cina"
hehehe

Kos penyimpanan mungkin agak tinggi kalau yang disimpan itu banyak.

Mungkin Rausyanfikir belum membaca catatan ini






Ikuti perbincangan ratuhati dan Rausyanfiqir di sini


Hembusan Ditipu Harakah?

Menurut Hembusan, dia membaca harakah yang mengatakan sejumlah 1 trilion USD pelaburan akan masuk.

Rupanya memang Harakah mengatakan sedemikian.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Anwar turut mengumumkan bahawa lebih USD1 trillion pelaburan asing menanti untuk memasuki pasaran negara jika politik, kehakiman negara, media, polis, peraturan Bank Negara diperbaiki.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Anwar tidak kata USD 1 trilion pelaburan asing menanti.

Namun, Dalam kenyataan media Anwar, dia hanya mengatakan pengurus-pengurus dana itu mewakili aset 1 trilion USD.

Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara.

Pengurus dana atau "Fund Manager", aset yang dijaga (Asset under Management) oleh mereka itu di beberapa negara bernilai 1 trilion USD. Anwar tidak kata pun ada 1 trilion USD untuk dilaburkan di Malaysia.

Di sudut ketiga setiap cerita, Jed Yoong mempersoalkan adakah nilai 1 trilion "aset" itu kini masih bernilai 1 trilion setelah pesta kejatuhan saham berlaku.

Mungkin aset di bawah kawalan pengurus dana tersebut sudah merosot kepada 700 bilion sahaja.


Harap Harakah lebih berhati-hati dalam membuat berita.

Teresa Dibebaskan, Namun Tuntutan Maaf Tetap Diteruskan

Ulasan Saya di blog Teresa Kok. Detention is political

YB Teresa.

Selamat bebas dari Tahanan ISA. dan saya membantah penggunaan ISA terhadap YB.

Memandangkan YB tidak menafikan dakwaan ke 3 iaitu berkenaan Papan tanda Jawi.

Rakyat boleh menerima alasan pembaziran DBKL kerana ianya wang Rakyat.

Walaubagaimanapun, Bantahan terhadap pembaziran DBKL itu juga boleh dibuat dengan tidak mempersoalkan tulisan jawi yang ada pada Papan tanda itu.

Apabila tulisan jawi, warisan 700 tahun orang Melayu dipersoalkan pada bantahan itu, ia melibatkan sensitiviti kaum.

Oleh itu saya tetap menuntut YB Teresa untuk memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan mempersoalkan tulisan jawi walaupun ianya dilakukan untuk membantah pembaziran DBKL.

Sekian.

Harga Unta dalam USD Juga akan naik?

Kepada sesiapa yang pernah baca catatan lama berkenaan apa yang naik kalau saham dan emas turun, pasti faham kejatuhan harga minyak adalah berpunca daripada kenaikan dollar Amerika.

Bandingkan Graf di bawah dengan Graf USD berbanding AUD di catatan itu.


Fenomena kenaikan dollar ini digelar sebagai "False Dollar Rally" ata "false dollar hope" dalam erti kata lain, Peluang beli emas.

False Dollar Rally kelihatan seperti akan berakhir, Dollar mula jatuh, dan apa yang turun ketika false dollar rally akan naik.
Dalam beberapa hari ini, Emas naik macam ular tedong, minyak naik sehingga mencecah USD 104, Saham mula naik hari ini.

Lihat pada graf itu, Dollar hanya turun sedikit sahaja, tetapi Minyak naik dari 93 hingga 104. Emas sudah naik sehingga 880.

Itu hanya baru sedikit penurunan Dollar,

Sekiranya ia tiba kepada purata 200 harinya,(warna hijau) pasti harga minyak dalam USD sekitar USD 14x , harga emas mencecah 9xx. Atau mungkin lebih.

Tanyalah Saudagar unta yang girang menyanyi tentang harga unta.

Harga minyak tempatan bagaimana?
Mati lah kita januari ini kalau polisi matawang masih sebegini.

Jumaat, 19 September 2008

Kalau Saya Jadi Perdana Menteri...

Harimau Menaip telah mempergula-gulakan rakyat untuk memenangi pilihanraya di blognya sendiri.

Kalau Aku Menjadi Perdana Menteri (kalau menang polls di bawah la)

1. DSAI kata minyak turun 50 sen, aku kata free.
2. Pak Lah ada 6 corridor , aku buat 18 corridor.
3. Belanjawan kata kakitangan awam dapat bonus, aku kata diorang tak payah kerja tapi gaji jalan.
4. Pak Lah kata "bekerja bersama saya", aku kata "biar aku sorang kerja, korang boleh rileks".

(macam ni punya janji keramat, kalau tak menang jugak, aku tak tahulah...hehehehe)

Namun dia hanya berani berlawan dengan Anwar Ibrahim, tetapi tidak berani dengan saya.
(Egonya daku)


Ini manifesto saya.

1. DSAI kata turun 50 sen, Harimau kata percuma.
Saya pula secara realistiknya menjanjikan harga minyak runcit dalam RM, akan berada dibawah paras RM 1.40 TANPA subsidi, dalam tempoh 3 tahun. (boleh dilakukan dengan menjaga matawang dengan baik)
2. Tak menjanjikan koridor, tetapi pemilikan ekuiti yang lebih bagi rakyat Malaysia.
3. Subsidi Makanan Rakyat atau Royalti Minyak Rakyat setiap kepala RM 50 sebulan. Siapa nak duit lebih kena kerja.
4. Transisi Matawang Ringgit kepada Dinar.


Kemaskini 12:45 pagi:

Manifesto Zubli Zainordin pula bunyinya begini:

Aku pulak menaip sambil isap paip!

Ini, hari hari mau, pulak!

1. DSAI kata minyak turun 50 sen, harimau menaip kata free, tapi aku siapa isi minyak aku kasi duit, ya, "ang-pau". Tak yah beratur kat Pos Opis, posmen hantar kat mana depa suka dapat duit itu.
2. Pak Lah ada 6 corridors, harimau menaip buat 18 corridors, aku tambah satu lagi corridor link semua corridors.
3. Belanjawan kata kakitangan awam dapat bonus, harimau menaip kata diorang tak payah kerja tapi gaji jalan, dan aku tambah bonus tiga bulan setiap 15 hari.
4. Pak Lah kata "bekerja bersama saya", harimau menaip kata "biar aku sorang kerja, korang boleh rileks", dan aku tambah, "sambil korang rileks korang dapat hadiah astro dan internet free sepanjang hayat".

(harimau menaip menambah taipannya...macam ni punya janji keramat, kalau tak menang jugak, aku tak tahulah...hehehehe)

Aku pulak kata, (semua ini akan berubah, up lagi dan lagi, jikalau ada calon lain up their entes!!!)



Kemaskini 1:18 pagi:

Manifesto tambahan oleh Harimau Menaip....


Hari ini, tanpa teragak-agak lagi, Harimau ingin menawarkan projek-projek Mega bagi mereka yang mengundi dan memastikan kemenangan Harimau Menaip. Antara projek yang telah disenarai pendek buat anda adalah:

1. buat baju kurung Makcik Milah sempena hari raya yang bakal tiba.
2. pasang manik tabur pada baju Kak Siti.
3. siram pokok Haji Seman.
4. Gosok singlet Towkey Wong.
5. Rebonding rambut David Arumugam,
6. Sikat rambut Menteri Dalam Negeri (yang ni bapa bagi segala projek Mega).

Tunggu apa lagi? Kasi tick lah pada nama Harimau Menaip!


Kemaskini: 21 sep 1 pagi.

Peti Undi Tambahan berada di
http://puakakeramat.blogspot.com/

Disamping itu, Penti Undi Baru disediakan di

http://harimau-menaip.blogspot.com/

Apa yang Anda Faham Tentang Web 2.0 ?

Si Rastom dan Zubli bercerita tentang web 2.0 di topik Shahrir Samad.

Apa yang anda faham dengan web 2.0?

Ramai diantara kita bercakap tentang blog, tetapi menganggap blog sendiri sebagai laman web.

Ada banyak takrifan web 2.0, siapa yang lebih betul? tiada hakim yang menentikannya.

Web 2.0 bukanlah sekadar blog yang mana pengunjung masuk setiap hari, dari satu blog ke blog.

Mana-mana laman web yang tidak menyediakan RSS boleh dikirakan bukan web 2.0.

Antara sifat web 2.0 yang menarik ialah pengguna boleh menggangkat sesuatu artikel untuk naik ke atas.

Andaikana sesuatu penulisan itu baik, penulisanitu diangkat oleh pembacanya setinggi yang boleh. Namun sifat sebegitu tidak wujud pada budaya blog tempatan, dimana penulisan sering diangkat dengan menyalinnya di tempat yang dirasa lebih popular.

sebagai contoh, blogawan sendiri terpaksa menghantar catatannya sendiri ke tranungkite.

Nak mengweb2.0kan manusia tempatan bukan senang, kerana budaya pembelajaran tempatan adalah lebih kepada meniru gaya pengkomputeran kawan yang mereka kenal secara fizikal, bukannya dalamtalian.

Pelbagai cara direka untuk mengangkat catatan blog, salin tepek juga yang mereka suka.

Antara ciri web 2.0 ialah pengasingan pengformatan dengan kandungan.

Ini yang selalu blogawan lupa.

Ada diantara mereka mewarnakan tulisan dalam kandungan blog sendiri supaya sesuai dengan apa yang dia hendak lihat di pelungsur web.

Ada yang menulis tajuk dia ruangan badan , hanya kerana hendak mewarnakan tajuk dengan warna yang disukainya.


Berbalik kepada web 2.0, kononnya akan ada web 3.0, bezanya ialah, catatan diangkat oleh golonganprofesional, berbanding mana-mana pengguna pada web 2.0.

Beras Terpilih adalah web 2.5 dimana ianya dipilih orang yang tidak profesional. :)

Khamis, 18 September 2008

Shahrir Samad Sudah Pandai Bercakap Soal Matawang - Malaysiakini & Kosmo

Dulu Malaysiakini: K'jaan dijangka turun lagi harga minyak


Namun di Kosmo:

Minyak turun sebelum raya


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan tetap komited dengan cadangan penurunan itu walaupun penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada ekonomi negara.
"Kita sedar harga minyak dunia kini berada di bawah paras AS$100 setong tetapi Ringgit juga mengalami nasib yang sama.

"Tetapi perkara ini sedang diteliti, saya percaya harga baru dapat diumumkan sebelum hari raya ini," katanya di sini semalam.

Menurutnya, jika matawang negara mencatatkan pengukuhan semula, beliau percaya tiada masalah untuk kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Semalam, minyak dunia didagangkan pada harga AS$92 (RM310.04) setong tetapi pada masa yang sama Ringgit pula diniagakan pada RM3.50 berbanding AS$ 1, susut 30 sen berbanding awal bulan lalu.


Ketika musim sibuk menjelaskan "Pengstrukturan Subsidi" soal matawang langsung tidak diperkatakan. Seribu satu faktor dijelaskan tetapi tiada unsur matawang.

Siapa agaknya yang mengatakan Matawang adalah faktor utama kenaikan Harga minyak kepadanya?

Apa kata Menteri Kewangan yang baru tentang nilai Ringgit?

Harga minyak dunia dalam USD merosot kerana USD meningkat, bila USD meningkat, memanglah Ringgit merosot berbanding USD.

Engkau Sempat Beli Emas Tak?

 

Baru sekejap tadi dia sudah kembali ke harga yang hampir sepatutnya. Macam ular tedong.

Siapa yang nak beli harga lama, bolehlah tertongok di depan kedai emas sebelum dibuka.
Mana tau dia belum dapat berita Harga emas sudah naik seperti asal.

Saya Tidak Setuju Vigil Digunakan Sebagai Kaedah Solidariti untuk Sheih

Agak terkejut saya apabila Puan Aiman Athirah Al Jundi (Muslimat PAS) mencadangkan supaya diadakan menghebahkan supaya hadir ke "vigil" sebagai solidariti terhadap penangkapan Sheih Kickdefella.

Solidarity Vigil Untuk Kickdefella Esok, 18 September 2008» Pena Perjuangan


Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG!


Vigil itu upacara keagamaan Kristian, Umat Islam mana boleh lakukan acara keagamaan Kristian.


Ketika Teresa Kok dulu ditahan, memanglah orang kristian akan adakan upacara vigil kerana Teresa adalah Kristian, dan ianya dianjurkan oleh golongan kristian (atau golongan yang tidak berpegang teguh pada agama).

Saya tidak boleh melarang orang kristian untuk melakukan vigil sebagai solidariti untuk Teresa, akan tetapi penganjur mestilah kemukakan cara alternatif supaya umat Islam juga boleh membantah penahanan ISA itu.

Kalau penganjur tidak kemukakan alternatif, maka PAS guna cara sendiri.

Bagaimana PAS menjadi mahu menjadi dominan kalau perkara sebegini tiada langkah yang dicadangkan oleh pemimpin PAS.

Kalau ketika Pemimpin PAS anjurkan solat Hajat untuk bukakan hati Teresa sambil doakan pembebasannya, 1 Malaysia akan lakukan.

Akan tetapi apa yang berlaku dulu, ketika blogawan PAS tersohor Bang Bakaq ditangkap, Solidariti dianjurkan oleh Amin Iskandar, bukan pemimpin PAS. Itupun orang PAS yang datang hanya beberapa kerat. ketika malamnya pula Bang Bakaq dihentam oleh Nasharudin.


DAP pun satu, gunakan kaedah Vigil untuk bantah tahanan ISA, bukan salah mereka, mereka bukan tahu umat Islam tidak boleh vigil, maka kitalah yang terangkan kepada mereka.



Jadi kalau dulu Amin Iskandar Mengetuai Solidariti Penarik Beca, kali ini biar Amin Iskandar yang tentukan kaedah solidariti.


Amin Iskandar, You Lead.

------
Kemaskini 12 thari:


Jam 8:44 pagi :
Puan Aiman Athirah memaklumkan bahawa dia menerima SMS dari Amin Iskandar tentang vigil itu.

Jam 10:30 pagi:
Amin Iskandar membuat catatan blog Solariditi Sheih, sambil menggalakkan supaya membaca lilin, tetapi tidak menyebut "vigil".



Saya tidak mahu melibatkan diri soal Vigil ini, dan kecewa dengan Amin Iskandar

Pengurus Dana Menjauhi Malaysia Hanya Kerana Anwar?

Tadi di Buletin Utama telah menyiarkan PakLah baru tahu rupanya Pengurus Dana sudah menjauih Malaysia.

Bayangkan Bekas Menteri Kewangan I itu hanya baru tahu pengurus dana menjauhi malaysia.

Agak lucu. Tapi itulah Bekas Menteri Kewangan yang tidak ambil tahu soal kewangan.

Pengurus Dana memang sudah lama menjauhi Malaysia. Ada baik dan buruknya.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan ekuiti Malaysia dimiliki rakyat berbanding asing.

Saya bukan jenis orang yang mahukan negara bergantung kepada FDI untuk maju. Sepatutnya sekarang kitalah pelabur asing bagi negara miskin, bukannya kita terlalu bergantung harap kepada FDI.

Kalau bergantung harap pada FDI, risikonya agak tinggi, pelabur boleh lari apabila tidak untung dan pekerja merana.

Anwar Ibrahim telah menceritakan tentang pengurus Dana telah menjauhi Malaysia memang sudah lama, ketika ceramah di Jasin dahulu, beberapa hari setelah dia ditangkap, dia sendiri telah mengatakan yang pengurus Dana sudah menjauhi Malaysia.

Bukannya pengurus Dana menjauhi Malaysia hanya kerana Anwar.

Memang sedikit sebanyak, cerita 16 september juga mengakibatkan pengurus dana berundur seketika.

Ketika ini pun, pengurus Dana masih pening kemana hendak dilaburkan duit-duit yang ada. Tetapi saya agak optimis malaysia tetap negara sesuai untuk melabur.

Malaysia bumi bertuah, cucuk sahaja ubi kayu di mana-mana, akan hidup dan boleh hasihkan tenaga.

Hari ini, Najib diumumkan menjadi Menteri kewangan, dan secara automatik beban Ringgit jatuh di bahunya.

Berbalik kepada persoalan pengurus Dana yang menjauhi Malaysia, Adinda kepada Najib, Datuk Nazir secara terbuka menkritik cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) kerana ia akan menjatuhkan gred Bon dan ianya tidak mesra Pelabur.

Pening?

Dalam ertikata lain, Adik kepada Menteri Kewangan telah lama mengesahkan bahawa Belanjawan BN oleh bekas menteri kewangan itu tidak mesra pelabur .

There’s no winner with this IPP tax. Credit spread has widened, bond volume has dropped and investors are nervous. As a result, borrowing costs in Malaysia will go up,”
Terdapat lagi satu analisis yang lebih baik yang mempersoalkan tentang Cukai Durian Runtuh yang berkait dengan rakyat.

IPPs : Apa keputusan muktamat kerajaan mengenai windfall tax?


Akhirnya Najib dibebankan dengan persoalan sebegitu oleh adindanya,

Jawatan Menteri Kewangan adalah beban kepada Najib mengikut kata Saudara Adly Zahari.
Hari ini perkembangan politik Malaysia setapak kebelakang. Pak Lah tukar suka sama tak suka kementerian dengan Datuk Najib. Kementerian kewangan walaupun dilihat lebih kanan berbanding kementerian pertahanan, namun dalam masa yang sukar ini, Pak Lah dilihat meletakkan beban ini pada pencabar terdekat beliau.

Saudara Adly di blognya juga menyatakan bahawa agak sukar, apabila harga minyak dunia turun dengan adanya belanjawan Defisit yang telah dibentangkan baru-baru ini.


 Dengan penurunan harga minyak US91 hari ini, maka ia turut memberi kesan kurangnya pendapatan dari hasil minyak.

Sudahlah Pak Lah mengemukakan bajet yang defisit, belanja lebih tinggi dari pendapatan. Pendapatan akan berkurangan, jangkaan paras terendah indeks komposit mengikut penganalisa mungkin mencecah 900 mata, maka ianya merupakan cabaran besar bagi Tok Najib.

Jawatan Menteri Kewangan bukan sekadar memberi peluang kepada Isteri untuk membeli belah terutama sekali beg-beg yang menggiurkan ini.

Adakah langkah Anwar untuk menghapuskan subsidi terhadap IPP adalah langkah terbaik?
Bagi saya ianya boleh dikurangkan sedikit demi sedikit, supaya tidak memberi kejutan kepada ekonomi.

Rabu, 17 September 2008

Sheih ditahan oleh Pemain Bola?

Sheih kickdefella ditahan dibawah akta hasutan.



Ada kaitan dengan pertukaran jawatan menteri kabinet?



Jawatan menteri dalam negeri, menteri kewangan, pertahanan, sudah jadi bola mainan pm & tpm.



Elok dihapuskan sahaja jawatan itu, kalau pm tpm nak bolot.



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Bahasa dan Ekonomi

Rausyanfikir menulis panjang di catatan blognya bertajuk Ekonomi dunia sedang nazak.

Namun, mempersoalkan betapa kurangnya perbincangan ekonomi dalam Bahasa Melayu, dan merugikan Melayu sendiri.

Saya agak tertekan dalam memikirkan hal ini. Pertama, isu ini kompleks dan teknikal. Kelemahan dan kurangnya wacana ekonomi yang mantap dalam Bahasa Melayu telah membantutkan kapasiti saya untuk menulis satu kupasan kemas dan yang mudah difahami berkenaan isu ini. Kesan daripada ini jikalau kita lihat adalah betapa sebenarnya orang Melayu merupakan antara bangsa yang rugi dalam memahami selok belok ekonomi dunia kerana para intelektual ekonomi negara kita tidak mampu membicarakan masalah tersebut dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri.
 Juga turut meminta PAS lebih proaktif dalam persoalan ekonomi terutama sekali dalam membangkitkan Dinar Emas.

Saya harap PAS dapat menumpukan semula kepada program dinar emas yang telah mereka jayakan dengan lebih mantap.

Bagi pembaca yang baru sehari dua membaca blog ini, anda mesti baca 2 catatan saya ini:-


Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing




Kemaskini:
Ada lagi satu catatan Rausyanfikir yang perlu dibaca oleh pengunjung

Runtuhnya sebuah Dinasti Kapitalisme

PAS Berpecah? Erdogan? Kabilah Terengganu? Tidak Dominan?

Satu berita di Malaysiakini pasti akan membuatkan ramai orang risau kononnya PAS akan retak..

Bagi saya itu bukanlah keretakan, akan tetapi perbezaan pendapat sahaja. Akan tetapi tidak perlulah meletakkan label pasukan terhadap pihak yang berlainan pendapat. Tidak perlulah diburukkan individu yang berlainan pendapat itu.

Saya tahu ramai orang PAS yang risau apa terjadi kalau Islam tidak dominan apabila Pakatan Rakyat memerintah?
Kedominan itu sebenarnya bergantung kepada pemimpin PAS sendiri, bukan orang bawahan.

Kalau tidak suka Pakatan Rakyat, Kenapa tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat?

Yang tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat itu golongan yang digelarkan Erdogankah?

Ramai orang tidak suka akan orang-orang yang digelarkan "Kabilah Terengganu" kerana berurusan dengan UMNO secara senyap. Bang Bakaq kata "main main telefon".

Bagi saya, sebenarnya tidak salah untuk berbincang dengan UMNO, akan tetapi mesti bijak berpolitik.

Maafkan saya, saya terpaksa umumkan bahawa ramai pemimpin PAS tidak bijak berpolitik. Ada juga yang bijak.

Bagi saya, secara peribadi, perbincangan dengan UMNO itu terlalu awal.

Jika benar takutkan PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat, usahakan sahaja supaya dominan. Adakan kursus-kursus pendek sains politik untuk pemimpin PAS yang berurusan dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Adakan kursus berkaitan dengan media, agar PAS tidak ketinggalan dalam media yang semi terbuka.

Akan tetapi apabila disisihkan dengan Pakatan Rakyat, maka memanglah PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat.

Siapa ya, yang berurusan soal kerusi Parlimen sehingga PAS bertanding terlalu sedikit kerusi Parlimen?


Sejak dari dulu saya sering mempersoalkan kenapa di media yang agak terbuka seperti http://malaysiakini.com/bm/ PAS ketinggalan?

Kalau begitu caranya, dengan siapa pun PAS berkawan, akan sering tidak dominan.

PAS adalah 1/3 daripada Pakatan Rakyat, sepatutnya 1/3 agenda Pakatan Rakyat itu agenda PAS.

Saya tidak mahu begitu menyalahkan pihak yang membuatkan PAS tidak dominan sehingga mahu lari ke pasukan yang lagi satu, akan tetapi sepatutnya ianya hanya boleh menjadi langkah rizab sahaja.

Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat memerintah dan PAS didalamnya, apabila cubaan untuk dominan gagal, barulah tarik tali untuk keluar, bukannya cuba keluar walaupun belum memerintah.

Siapa suruh Malaysia mesti guna guna sistem 2 parti ala Amerika?

Kalau benar PAS mahu keluar pakatan apabila Pakatan Memerintah, maka secara automatiknya tiada siapa yangada majoriti, pilihanraya semula, apa susah.

Mengapa begitu gusar PAS tidak dominan kalau ada senjata untuk keluar Pakatan?

Selasa, 16 September 2008

Bagaimana Bank di Amerika Boleh rugi?

Bagaimana Bank di Amerika Boleh rugi?

Lehman rugi tetapi tidak dibailoutkan oleh "Fed",
Meryl Lynch pula akan dibali oleh Bank of Amerika.

Yang menghairankan ialah Bank di Malaysia tidak rugi?

Apa cerita sebenarnya yang menyebabkan Bank di Amerika rugi? Kerana mereka terlibat dengan kredit yang tidak sepatutnya?

Boleh sesiapa terangkan?

Yang memushkilkan saya lagi ialah bagaimana USD boleh meningkat tatkala semua rugi dan Muflis dan saham jatuh teruk?

Apabila LanH Menjual Pantun

Saudara LanH, menjual pantun di dalam blognya.

Puas sudah kutanam padi,
Lalang juga memenuhi ladang,
Puas sudah kutanam budi,
Emas juga dipandang orang. 

Sekali pandang, pantunnya itu seolah-olah memperkatakan, bagaimanapun bentuk matawang yang ada, Emas juga akhirnya yang bernilai.

Akan tetapi "Emas" yang dimaksudkannya ialah bukan emas, akan tetapi sesuatu yang tidak elok, tetapi tetap dikejar oleh manusia

Jemput baca penulisan berkualiti oleh LanH
Puas sudah kutanam budi...


Maka saya jawap pantun itu....

Walau lalang memenuhi ladang,
Tetap terus menanam padi
Jika emas dipandang orang,
Gunakan emas untuk berbudi.

Lagu Menyayat Hati Untuk Tahanan AKDN (Akta Keselamatan Dalam negeri)

Ketika malam Teresa Kok ditangkap di bawah AKDN, (Gunakanlah akronim BM) , saya membaca blog Al Bakistani, secara tiba-tiba lagu "Palang" dimainkan secara automatik.

Walaupun, mengikut garispanduan kebolehgunaan Tawel Sensei, memainkan lagu secara automatik adalah sesuatu yang tidak elok, akan tetapi apabila lagu itu dimainkan di blog Al-Bakistani, ia betul-betul menyentuh perasaan.

Bagaimana agaknya keadaan Teresa?
Saya hanya mahu menuntut Teresa memohon maaf, bukan menuntut supaya dia dipenjara.


Maka dengarlah lagu ini.







Saya bukan orang Kristian untuk menyertai "Vigil". Namun saya tetap membantah penatahan Teresa, menggunakan cara sendiri.

Isnin, 15 September 2008

Zaid Ibrahim Letak jawatan?

Jangan risau, kita ada 4 orang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selamat berbuka puasa.

Penafian PKR: Tiada Perarakan ke Istana Negara

RM0.00 PENAFIAN- PKR TAK TERLIBAT ANJUR prarakan ke Istana Negara esok(16 Sept).Org ramai dinasihat tak trpedaya maklumat palsu yg disebar pihak tak tnggungjwab



(Sms yg dimajukan oleh Usop )



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Ahad, 14 September 2008

PAS Melaka, Mari kita hafal nombor 1.10236

Dulu masa pilihanraya, PAS Melaka, DAP Melaka, sama2 sebut 1.05 bilion.
Iaitu hutang kerajaan Negeri Melaka.

Kini telah meningkat menjadi 1.1 bilion pada 2007, bukan saya kata, tapi laporan audit yang kata.

Mari kita hafal nombor baru untuk kempen pilihanraya akan datang.


Hutang Kerajaan Negeri Melaka pada 2007
RM 1.10236 bilion

mari hafal....

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

Baru lah seronok sedikit berkempen, bila nombor panjang, panjang, nampak ianya bukan rekaan.
Dulu ada orang tersilap sebut 1.05 bilion menjadi 1.5 bilion.


Dulu Malaysiatoday Disekat, Kini Tok Guru Nik Aziz Disekat

Dulu ketika Malaysiatoday disekat, bukan main blogawan memberitahu bagaimana mengakses Malaysiatoday, atas nama kebebasan bersuara.

Namun kini, Tok Guru Nik Aziz pula disekat, kenyataannya diarah untk tidak disiarkan.

Berbanding ketika Malaysiatoday "disekat" OpenDNS adalah penyelamat.
Kini Kenyataan Tok guru Nik Aziz itu diselamatkan oleh GoogleReader dan Beras Terpilih.

Siapa yang langgan RSS Wan Nordin di google reader dapatlah membacanya, siapa yang langgan RSS Beras Terpilih, dapatlah membacanya. Siapa yang langgan RSS Beras Terpilih melalui emel, akan dapat kenyataan itu dipetimel masing masing.

Oleh kerana Tok Guru Nik Aziz bukanlah seorang blogawan, maka kenyataannya itu disiarkan di "Pendapat Bukan Blogger".


1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.





NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008. 

Wa, masak nasi tak?

Saya beli lauk je



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Ruang Putih dan Perenggan: Petua Kebolehgunaan Blog

Hari ini Saudara Tawel Sensei telah menulis tentang petua kebolehgunaan blog dengan menggariskan 4 petua.


1. Elakkan tulisan cerah berlatarbelakangkan gelap.
2. Saiz tulisan jangan terlalu kecil.
3. Elakkan penggunakan Shoutbox/Chatbox/Chatterbox
4. Jangan automainkan bunyi.


Hari ini saya akan menulis tentang ruang putih, sebagai salah satu kaedah meningkatkan kebolehgunaan terutama sekali kemudahbacaan.

Ruang putih, Ruang putih.


Ruang putih tidak semestinya putih, ia boleh juga menjadi kuning lembut asalan ianya ruang yang tidak digunakan dalam susunatur blog anda.


Perkara penting untuk membanyakkan ruangputih ialah dengan membuat perenggan dalam penulisan. Cukupkan dengan menghadkan sehingga 3 ayat dalam satu perenggan.

Saudara Tawel Sensei sendiri mengamalkannya tetapi dia tak nyatakan dalam tip tadi.Ruang putih juga boleh diperolehi dengan memilih templat yang baik.

Sekiranya templat itu terlalu banyak kotak, maka sedikit sahaja ruang putih yang boleh diperolehi.Ianya kelihatan seperti pembaziran ruang akan tetapi ia memudahkan pembacaan.

Sebolehnya, tajuk hendaklah tidak duduk di dalam kotak, cukup sekadar tulisan besar, atau ada garisbawah.

Hati-hati jika anda menyalin menggunakan Internet Explorer, kerana ia akan menyebabkan kehilangan perenggan. Maka perlukan anda membuatnya secara manual.

Kalau mengikut mahzab Tawel Sensei, chatbox akan mengalih tumpuan pembacaan sesuatu catatan. Maka bar tepi dibolehkan untuk berserabut, supaya pembaca akan tertumpu kepada catatan blog?


Sebenarnya, bar tepi tidak perlukan banyak kotak, maka blog saya bukanlah satu contoh yang baik untuk menambah kebolehgunaan di bahagian tepi.


Kepada pengguna mahir, mereka boleh menggunakan CSS untuk menambah ruang putih dengan menjarakkan baris ayat.


#content {
  line-height: 1.2em;
}


Juga boleh menggunakan CSS untuk menambahkan ruang antara hujung tulisan dengan tepi dinding.

Terdapat satu mahzab lagi berkenaan ruang putih yang dikenali Mahzab Mahathirisme.
Dia membuat perenggan dengan baik, dan meletakkan nombor pada perenggan supaya ia senang dibaca.


Bacaan tambahan:
White Space di performancing.com

Sabtu, 13 September 2008

Kegiatan Spamming Malaysiakini yang Menjijikkan

Sejak akhir ini, apabila tetnik memperbanyakkan pengunjung blog diketahui dengan meletak tajuk "Malaysiakini", maka berleluasalah kegiatan itu sehingga ke tahap spamming yang menjijikkan.

Ya. saya tahu ianya sesuatu teknik meningkatkan pengunjung, tetapi adakah perlu sehingga semua catatan blog mempunyai perkataan Malaysiakini?

Sehingga satu tahap, catatan itu seolah-olah membohongi pembaca kononnya ia berasal dari sumber Malaysiakini.

Apa ertinya menyalin tepek berita harakah dan mempersembahkan ia di dalam blog seolah-olah ianya dari Malaysiakini?

Tak salah untuk kita meletakkan perkataan "Malaysiakini" di tajuk jika benar ia menceritakan tentang sesuatu yang berasal dari Malaysiakini atau bercerita tentang Malaysiakini.

TETAPI JANGAN SPAM.

Ianya satu teknik yang kita boleh gunakan sekali sekala. Saya ulangi "SEKALI SEKALA".
Bukannya tiap-tiap kali catatan blog kita akan mengulas berita dari Malaysiakini, adakalanya kita ulas dari sumber lain.

Spamming itu tidak beretika, tidak berakhlak.
Kalau dalam dunia nyata kita ada akhlak dan etika, begitu juga dalam internet.

Kalau benar mahu menyuarakan sesuatu ke Malaysiakini, buat cara anak Jantan, hantar terus ke Malaysiakini di ruangan Surat atau Pendapat. Kandungan Bahasa Melayu diruangan itu cukup kurang.
contoh Akhirnya Ezam pergi jua...

Cara anak jantan yang betul-betul jantan ialah keluarkan terus Kenyataan Media ke Malaysiakini, seperti yang pernah dilakukan oleh Khairul Faizi. 

Oleh kerana kegiatan Spamming ini berleluasa, maka tindakan telah diambil di Peringkat Beras Padu, dimana beberapa blog yang terlibat dengan kegiatan menjijikkan itu telah dikeluarkan dari senarai,

Mahaguru58 Menafikan Dia Ditahan ISA

Semalam ada 2 blog yang menyiarkan kononnya Mahaguru58 di tahan ISA.

Bantah ISA» nnora75reform
Senarai Tangkapan Terkini ; ISA» Pertapa Arjuna

Saya agak risau juga, kerana Mahaguru agak rapat dengan saya di YM.

Akan tetapi, kalau Mahaguru ditangkap, mesti sudah tersiar di Malaysiakini.
Jadi, sepanjang malam saya risau.
Pagi ini, masih lagi tiada jawapan daripada Laxamana atau Nora tentang kesahihan beritanya.


Maka, apa susah sangat, zaman ini bukan zaman blog sahaja, telefon masih digunakan.


Maka saya pun telefonlan mahaguru58, lambat angkat, saya sudah berdebar.
Tapi kemudian dia angkat. Sah tidak ditahan ISA. Dia memaklumkan dia tidak ditangkap dan mengatakan menelefonnya menelefonnya.

Kalau dia ditahan ISA, macam mana dia boleh angkat telefon?

 

Teresa 'Madu' Kok Ditahan ISA

Baca dulu Catatan Al-Bakistani tentang, orang UMNO itu "Madu"
Walaupun catatan itu tidak populis, namun ia bermakna.

Alasan yang diberikan ialah...

Orang UMNO atau Ahli UMNO, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Presiden UMNO sekalipun, bahkan orang UMNO selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam.

Berdasar kata-kata sebegitu, tidak hairan kalau saya mahu mengganggap Teresa Kok sebagai "Madu" walaupun ada perbuatannya yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya tidak mustahil, ubah sahaja ayat jadi begini.

Orang DAP atau Ahli DAP, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Teresa Kok sekalipun, bahkan orang DAP selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam

Tak mustahil, dia boleh memeluk Islam.
Ada sesiapa sini yang mengatakan mustahil?

Akan tetapi, baru semalam saya menyatakan bahawa saya tidak mahu berperang denganya.

Hari ini Teresa 'Madu' Kok ditahan ISA (blog Amin Iskandar).

Keadaan lebih kurang sama dengan Penangkapan Bang Bakaq dulu.
Hari ini tulis pasal dia, esok pagi Amin Iskandar lah maklumkan dia ditangkap.

Saya tetap menentang penggunaan ISA.

Mari kita doakan Teresa supaya mendapat hidayat.

Jumaat, 12 September 2008

Larikan 49 Ahli Parlimen atau seorang Ahli Parlimen?

Malaysiakini.com

Hairan juga, 49 Ahli Parlimen dilarikan ke Taiwan untuk mempelajari teknik pertanian.
Semuanya dilarikan kerana untuk dilarikan dari Anwar Ibrahim.

Apabila ia melibatkan 49 ahli Parlimen, maka ia melibatkan kos yang tinggi.

Mengapa tidak mereka membawa Anwar Ibrahim sahaja mempelajari teknik pertanian di Taiwan?
Anwar Ibrahim pun ahli parlimen juga.

Bukankah ia lebih jimat?

Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok

Ketika ini, sibuk dengan Isu Azan di Puchong, yang dikatakan melibatkan Teresa Kok.
Teresa Kok bersunguh-sungguh menafikan yang dia terlibat.


OK lah, saya anggap penafian Teresa Kok itu benar.
Akan tetapi Teresa Kok tetap tidak menafikan, atau memberi penjelasan  atau memohon maaf berkenaan isu tulisan jawi pada 14 Febuari yang lalu.
Seperti yang tertulis di blog Teresa Kok Sendiri

We want muhibbah road signs (14 Feb)

Apabila Teresa mempersoalkan kenapa perlu ada Jawi,  saya sudah jawap di catatan blog berikut.

Teresa Kok fobia melihat tulisan Jawi (14 Feb)


Namun Teresa tetap mendirikan juga Papan tanda itu tanpa mengambil peduli sensitiviti umat islam di Malaysia.

We Have Erected 10 Muhibbah Road Signs in Kuala Lumpur Area (20 Feb)


6 bulan berlalu, rupanya ramai orang islam tidak tahu apa yang berlaku pada bulan febuari yang lalu, tetapi kini sudah ahu  sudah kerap memajukan emel yang memaparkan gambar Teresa Kok menggantikan tulisan jadi kepada tulisan Cina dan Tamil.

Cukup banyak catatan blog yang memaparkan gambar itu, tetapi tidak memberi pautan kepada blog Teresa kerana sumbernya adalah berdasarkan emel.

Hari ini sahaja sudah ada beberapa catatan blog yang menceritakan isu papan tanda, walaupun sepatutnya ia sudah selesai 6 bulan yang lalu.

Marah tulisan Jawi, perjuangan apa sebegini?» Ustaz Rosli Dhoby
Bicara Faisal Tehrani» NOBISHA
Bila Pula Dia Nak Minta Maaf, Bila Pula Mariah Nak Laporkan Dia» Faisal Tehrani
Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Jalan Tersebut» Faisal Tehrani

Itu yang terpapar baru-baru ini, belum lagi dikorek berapa banyak lagi catatan blog yang memaparkan isu ini.


Apabila ia sudah menjadi bahan untuk dimajukan melalui emel, maka ianya serius.
Ada ramai yang membaca emel itu tetapi masih tertanya-tanya apakah ianya benar, apakah ianya disengajakan, apakah sebabnya?



Maka, saya menuntut Y.B Teresa Kok untuk memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka.



Khamis, 11 September 2008

Raja Petra Dikurniaan Status Blogawan oleh Shaziman Mansor?

Beberapa hari lalu, laman web Raja Petra, Malaysiatoday, tidak dapat diakses melalui alamat asalnya oleh pengguna pelayan DNS TMNet.

Dan ia mencetuskan satu polemik dimana pembaca adalah terbahagi kepada 2.

1. Yang pro kepada OpenDNS
2. Yang mengganggap memasuki melalui alamat alternatif lebih mudah.

Ada juga yang terlalu bermain dengan nslookup sehingga mendaftar domain sendiri.

Walaubagaimanapun, penamatan sekatan terhadap Malaysiatoday, adalah juga bererti penamatan sekatan terhadap blog.

Raja Petra yang dahulunya bukan penulis blog, kini diiktiraf sebagai blogawan.?
Dimana RSS Malaysiatoday sehingga Raja Petra diiktiraf sebagai blogawan?

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing

Kesedaran tentang emas, terutama dinar emas telah meningkat.

Walaubagaimanapun, kebanyakan orang yang membeli emas itu, membelinya untuk melabur. Mereka bukanlah pendokong Dinar Emas sebenar yang inginkan emas kembali menjadi matawang setelah 200 tahun diambilalih oleh kertas.

Disebabkan kenaikan mendadak akibat daripada terbongkarnya konspirasi merendahkan harga emas selama berpuluh tahun. Maka mereka melihat emas sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan dan bukannya melihat emas sebagai nilai sebenar emas.

Oleh itu, wujudnya permintaan buatan yang mana permintaan dari pelabur yang menyebabkan harga naik. permintaan daripada barang kemas dan menyimpan emas sebenar juga agak tinggi. Akan tetapi faktor pelabur agak besar.

Oleh itu, perlunya satu cara dimana dinar emas dibolehkan untuk diniagakan.

Ahmad (bukan Ahmad Ismail) membeli emas beberapa dinar.
Aminah juga begitu.

Akan tetapi Dinar emas tidak berfungsi sebagai matawang selagi Ahmad dan Aminah tidak dapat membeli barang menggunakan dinarnya itu.

Takanlah selama-lamanya dinar emas digunakan sebagai mahar perkahwinan dan untuk gadaian sahaja. Apabila ada emas, hendak berbelanja, kena tukar kepada ringgit dahulu.

Untuk mewujudkan permintaan sebenar bagi emas, emas hendaklah boleh dijadikan matawang dan boleh digunakan untuk membeli barang. Sekurang-kurangnya barangan tertentu.

Jadi siapa yang mula-mula sekali perlu membenarkan barangan boleh dibeli menggunakan dinar?

Sekiranya peniaga biasa boleh menjual baranganya menggunakan dinar, kemana dinar itu hendak pergi? dia tidak boleh membeli barangan daripada pembekal menggunakan dinar.

Setelah beberapa hari mengelamun, saya mendapati barangan yang sesuai untuk dimulakan didagangkan dengan dinar emas ialah kambing (atau mungkin lembu).

Mengapa?
Akibat daripada kekurangan ketara denominasi kecil iaitu dirham , maka cukuplah dimulai dengan dinar sahaja dahulu.

Seekor kambing berharga diantara 1 hingga 2 dinar.
  • 1 dinar
  • 1 1/4 dinar
  • 1 1/2 dinar
  • 1 3/4 dinar
  • 2 dinar
Penjual kambing hanya perlu mengasingkan kambing yang hendak dijual berasaskan harga sebegitu.
Jadi siapa yang perlu jadi penternak kambing dan penjual kambing itu?

Penternak kambing biasa, mungkin tidak dapat menggunakan dinar yang diterima untuk membeli apa-apa.

Jadi siapa?

Saya terfikirkan bahawa Permodalan Kelantan lah yang menternak kambing dan menjual kambing dalam dinar.
Untuk keselesaan, pembeli dibolehkan untuk membeli kambing menggunakan ringgit tetapi menggunakan pada nilai dinar.

Ahmad atau Aminah yang telah menyahut seruan satu keluarga satu dinar itu bolehkan membeli kambing daripada permodalan Negeri Kelantan untuk tujuak Aqiqah atau korban.

Apabila Permodalan Negeri Kelantan telah memperolehi dinar-dinar akibat dari penjualan kambing, dinar itu boleh dipindahkan ke Ar-Rahn sedia ada supaya boleh dijual seperti biasa.

Maka dinar berkitar sebagai matawang.

Lambat laun, sekiranya kambing yang diternak Permodalan negeri Kelantan itu cukup banyak cukup sihat.
Kedai makan yang menyediakan sup kambing akan bersedia dengan dinar di tangan agar senang untuk membeli kambing.

Penternak kambing biasa juga akan bersedia dengan dinar apabila dia mahu membeli anak kambing daripada permodalan Negeri Kelantan. (Atau Permodalan Negeri kelantan beli anak kambing dari perternak biasa).

Lambat laun lagi, sekira model di Kelantan Berjaya, Permodalan Negeri Kelantan boleh menternak kambing di Negeri-negeri lain, supaya rakyat Malaysia yang ada dinar boleh membeli kambing menggunakan dinar, dan Ar-Rahn tidaklah kesukaran mendapatkan bekalan emas, kerana ianya berkitar.


Maka dapatlah Dinar Emas direalisasikan sebagai matawang, bermula di Kelantan.

Rabu, 10 September 2008

UMNO Takut British Tidak Lepaskan Malaysia?

Daripada catatan The Social Contract 3 oleh CheDet

7. They also question the other concessions given the non-Malay communities, especially the schools and the use of other languages.

8. In short they seem to reject the social contract altogether and to go back to the situation before the leaders of the communities made their bargain.

9. Questioned as to what would happen if the British refused to give independence, they suggested that the Malays resort to armed struggle and co-operation with a neighbouring country. They suggested that we should have formed Melayu Raya together with this neighbouring country.

Bukankah Ketika sebelum orang-orang PKMM ditangkap, kita semua sudah bersetuju untuk merdeka dengan darah?
Apabila UMNO berkompromi dengan British, maka dia terpaksa akur dengan syarat-syarat British, termasuk memberikan kerakyatan.

Soal kerakyatan memang mesti timbul apabila Kontrak sosial dibicarakan.

Akan tetapi kontrak sosial begitu huduh, sudahlah "terpaksa" memberi kerakyatan, Terpaksa menampal kesalahan itu dengan dasar berat sebelah.

Mengapa UMNO takut benar British tidak memerdekakan kita?

Che Det, sebagai orang lama, apabila dia bercerita tentang kontrak sosial, semua orang akan percaya. Namun dia tidak sedikitpun menceritakan tentang wujudnya alternatif menuntut Kemerdekaan IMP dan PAS.

Mengapa MCA beralih daripada IMP ke UMNO?
Kerana UMNO lebih bermurah soal kerakyatan.

Google+ Hasbullah Pit