Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DEB

PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu

Disebabkan UMNO sering membawa imej "Melayu", keburukannya akan mencemar imej "melayu", telah timbul suasana fobia melayu di kalangan masyarakat bukan melayu, dan ahli PAS sendiri. Seolah-olah jangan bercakap soal "Melayu" kerana ianya menyerupai UMNO. Walaupun setelah merdeka 51 tahun, dan menjadi kaum majoriti di Malaysia, akan tetapi peliknya melayu ialah mereka takut kehilangan itu ini. Itu hakikat politik. Tatkala wujudnya pemikiran supaya politik supaya tidak berasaskan kaum, peliknya Pakatan Rakyat yang sibuk melaungkan politik tak berasaskan kaum, membahagikan kerusi berasaskan kaum pula. Ini menyukarkan PAS kerana ramai orang melayu masih tidak percaya politik yang tidak cakap "bela melayu". Berpuluh tahun orang melayu sokong UMNO kerana kononnya "bela melayu", walaupun hakikatnya tidak. Berbuih-buih mulut penceramah PAS bercakap tentang rasuah dan macam-macam lagi berkaitan UMNO, mereka tetap pilih UMNO kerana kononnya "B...

Wakil PAS dalam Pakatan Rakyat

Di Blog Anwar ada mengatakan bahawa pertemuan wakil Pakatan Rakyat . Mesyuarat pimpinan yang turut dihadiri Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin dan Siva mewakili KeADILan, Sdr Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chem Man Hin mewakili DAP, Ustaz Abdul Hadi Awang, mewakili Pas. Bagaimana PAS hanya ada seorang wakil pimpinan? Termasuk Anwar, PKR ada 5. Saya ingin melihat lebih ramai wakil daripada PAS supaya suara PAS dalam Pakatan Rakyat tidak tenggelam. Saya ingin melihat Mujahid yang banyak idea untuk berada di situ. Barulah idea lebih bernas berada dalam perbincangan pakatan. Saya tidak mahu PAS sering diketinggalankan dalam soal pembahagian kerusi dan Dasar "Hapus DEB" yang merugikan PAS . Supaya tiada idea merepek dikeluarkan seperti kurangkan cukai petrol untuk turunkan harga minyak . Mengenai subsidi minyak, Anwar berkata Malaysia boleh mengurangkan cukai petrolnya untuk menurunkan harga minyak, serta membangunkan sistem subsidi yang boleh membawa manfaat kepada penduduk miskin ...

Mitos "Ekonomi" UMNO

Apabila UMNO bercakap tentang Melayu, asyik-asyik ekonomi . bla bla bla Ekonomi, bla bla bla Ekonomi bla bla bla Ekonomi. bla bla bla DEB bla bla bal Ekonomi Bla bla bla Ketuanan Melayu Bla bla bla DEB Bla bla bla Ekonomi Sejak Bila maruah bangsa diangkat apabila menjadi kaya? Kalau maruah diangkat apabila jadi kaya, sudah lama Umat Islam Arab diangkat maruahnya. Kalau kaya jadi pengukur, sudah lama dunia arab Islam dihormati. Akan tetapi perkara berlaku sebaliknya. Transkrip Ceramah Saudara Adly Zahari di Bukit Tembakau suatu ketika dahulu. Ya kita boleh tengok dia kaya raya Kaya raya ini bukan penilaian manusia Semata mata untuk hidup ini kita kena ingat, Ali Rustam ini kalau dia sebut dalam apa ucapan. Samada berucap depan pegawai kerajaan, depan rakyat termasuk dalam majlis tilawah peringkat kebangsaan. dia kata " Orang Melayu ini, musuh utama dia ialah kemiskinan sebab itu yang paling penting bagi orang melayu ini keluarkan dia dari kemiskinan supaya supaya dia ada maruah ...

Aqiqah Aryana

Disebabkan tersalah haribulan, maka saya terpaksa beli baju baru kerana tinggal di Kawasan Lembah Kelang ekstra 1 hari. Baju Abah, Jersi Malaysia dan juga boleh dijadikan baju untuk dipakai pada hari Sabtu. Lebih Patriotik berbanding baju BERSIH kerana ada bendera Malaysia Baju Umar, Autobots. Majlis Aqiqah berlangsung. Rupanya NSX pun datang, maka sempat saya culik anak dia untuk bergambar bersama Umar dan Hamzah. Tapi bagi saya, yang menyeronokkan ialah cakap-cakap politik antara adik beradik saya. Timbul persoalan "Kenapa semasa Tunku Isytihar Kemerdekaan Ghafar Baba disebelah dan bukannya Tuan Haji Pit?" Maka saya pun menjawap, "Kerana dia sudah keluar dari UMNO". Timbul lagi satu persoalan, Kenapa Dato Onn mencadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu sehingga dia dilabel sebagai pengkianat melayu? Ketika itu belum merdeka, kerakyatan belum diberikan kepada bangsa asing, ada di antara mereka masih baru di Tanah Melayu, Masih boleh lagi untuk tidak memberi k...