Diberitakan bahawa PAS tidak mahu muzakarah , akan tetapi mahukan muqabalah. Kemudian timbul persoalan apa itu muqabalah. Terus terang saya tak tau maksudnya, tapi saya pernah nampak perkataan itu. Dalam buku "Great Muslim Mathematician" tulisan "Mohaini Mohammad" Kitab Al Jabr W'al Muqabala adalah kitab matematik yang terulung sekali, bapa kepada segala kitab matematik dalam dunia ini. Kitab itu ditulis oleh Bapa Matematik (Ilmu Hisab) yang dikenali sebagai Al-Khwarizmi. "Al-Khwarizmi" itu hanya gelaran sahaja, berdasarkan nama tempat kelahirannya. Tempat "Khwarizm" itu sekarang dikenali sebagai " Khiva ". Nama sebenarnya ialah Muhammad ibnu Musa. Di tambah dengan gelaran, maka jadilah Muhammad ibnu Musa Al-Khwarizmi. Orang putih menggelarkannya "algorithm". Kitab itu bermaksud "The Book of Restoring and Balancing" Ramai orang keliru menjangkakan bahawa algebra, berasal dari seseorang yang bernama Al Jabar, aka...