Isu keris masih lagi bermain di tempurung blog dan di media massa ataupun alternatif. Hishamudin atau lebih dikenali sebagai "kerismudin" memohon maaf kepada kaum bukan melayu "jika" ianya keris itu menyakiti mereka. Pada masa yang sama Hishamudin memohon maaf kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan keris. Ini apa cerita? Sensiviti kaum bukan melayu sebenarnya bukan kepada keris, Tatkala jemputan kahwin, Pengantin memakai keris, bukan melayu juga makan di kenduri itu. Akan tetapi biasanya pengantin tidak pula menghunus keris sambil mengatakan "Keris ini akan memastikan tiada sesiapa menggangu isteriku". Sudah beberapa kaloi perhimpunan Agung UMNO keris dibawa, akan tetapi ia tidak menjadi isu, sehinggalah satu saat di mana Hishamudin mengatakan sesuatu yang kononnya keris itu akan digunakan untuk mempertahankan hak melayu. Petikan asal kata-katanya tidak dijumpai akan tetapi bunyinya lebih kurang sebegitu. Apa ertinya? Maksudnya ianya adalah seolah...
Ayhd Yang Hendak Dibaca