Saya memang jarang tulis pasal anak di blog melainkan aktiviti merepek yang dilakukan bersama. Bagi saya Umar memang agak istimewa, kerana tahu guna komputer awal sangat, walaupun ibubapanya tidaklah menekankan sangat dia supaya belajar komputer. Ianya seoleh-olah kebetulan, ada saja perisian yang sesuai umurnya. Ada kalanya komputer bukanlah senang untuk diajar, ramai diantara pengguna komputer yang jarang heret (drag) tetikus, kebanyakkannya 'point and click'. Kanak-kanak pada awalnya, tidak tahu menggunakan komputer, apa lagi kalau belum tahu membaca. Pada peringkat awal, kemahirannya dikesan apabila dia boleh menggerakkan tetikus dari satu tempat ke satu tempat. Saya sudah tak ingat waktu tahun bila, pada kemudian dia belajar klik tunggal (single click) . Antara perisian awal yang dia main kalau satu permainan flash zidane.swf . Ketika itu Zidane menanduk materazi sehingga dibuang padang pada akhir piala dunia 2006. Maka dia menggerakkan Zidane untuk menanduk Materazi sehi...
Ayhd Yang Hendak Dibaca