Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Terengganu

Keputusan Perang SEO Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

Seperkara menarik tentang Pilihanraya kecil  adalah perang SEO Keputusan PIlihanraya. Ruang vakum wujud, apabila keputusan adalah tidak rasmi, maka ramai akan mencari keputusan. Walaupun pengundian belum selesai, Pemikir , dari awal pagi sudah menyiarkan "keputusannya" Saya pula tercari-cari formula, bilakah masa sesuai untuk menyiarkan keputusan pilihanraya. Di sebelah petang, Puan Nuraflah telahpun menyiarkan "keputusan rasmi" nya. Maka, saya telah mengeluarkan keputusan pilihanraya pada jam 3:50 petang, dengan harapan robot itu indeks dan cukup segar apabila pengguna internet mencari keputusan. Tempat pertama dimenangi oleh Saya. ( Beras Padu ) Tempat Pertama : Pemikir Tempat ke 2: Saya punya digg Tempat ke 3: Pemikir punya digg Tempat ke 4 : Malaysianbite.com Tempat ke 5: Tempat ke 6: Saya ( hasbullah.pit.my ) Tempat ke 7: Zubli Tahniah kepada Para Pemenang, terutama sekali pemikir Kepada Puan Nuraflah, cuba lagi pada pilihanraya kecil ...

Kempen MCA menunjukkan seolah-olah BN tak mahu Menang PIlihanraya

Dulu saya pernah tulis, orang BN seolah-olah tidak mahu menang pilihanraya , menggunakan isu yang menjatuhkan mereka sendiri. Saya pernah bayangkan, bagaimana kalau BN tidak langsung berkempen. Mungkin mereka dapat undi yang lebih. Kalau mereka tidak guna ugutan politik , mungkin mereka dapat undi lebih. Kalau mereka kurang bermain sentimen perkauman, mungkin mereka mendapat undi lebih. Kalau mereka tidak tabur projek pembangunan, mungkin juga mereka dapat undi lebih. Tetapi mereka tetap mahu berkempen cara mereka. Biarlah. Yang terbaru ialah kaedah kempen MCA, menakutkan pengundi cina mengenai hudud dan "Islam lama ". Terjemahan Bahasa Melayu. “Kepada semua pengundi berbangsa Cina diParlimen Kuala Terengganu. Ingat tanggungjawab anda   semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam. Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang...

Ahmad Said Salah Guna Kuasa, Ugut Pengundi Soal Peruntukan Negeri

Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di Buletin Utama dan bernama , mengatakan satu peruntukan 5.8 juta akan diperuntukan untuk Kuala Terengganu sekiranya mendapat mandat bagi Parlimen itu . KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)-- Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Saudara Adihamka telah mengatakan ianya sogokan ,  tetapi bagi saya ugutan . Peruntukan 5.8 juta dikatakan diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu, duit kerajaan negeri. Maksudnya, dia sudahpun mempunyai madat dan kuasa untuk memperuntukkan 5.8...

Ahmad Said Hentam Tengku Mahalel

Baru-baru ini agak kecoh tentang pembelian kereta Mercedes untuk Exco negeri Trengganu, dikatakan membazir. Walaupun kereta itu mahal, sehingga melibatkan kos jutaan Ringgit, yang membuatkan harganya mahal ialah cukai, kos sebenar yang dibayar adalah lebih murah, yang selebihnya adalah diumpamakan cukai kerajaan negeri Terengganu kepada kerajaan Persekutuan. Alasan Ahmad Said adalah untuk menjimatkan kos . Pada masa yang sama dia menghentam Proton Perdana Executive, kononnya ialah sudah bermasalah. Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi. "Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak. "Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pe...

Politik PETRORINGGIT Anwar, Siapa akan Untung?

Percaturan Politik Anwar memang hebat, ia tidak bermaksud apa semua dia buat adalah betul. Dengan mempunyai parti yang hampir tiada jentera, PKR boleh menang banyak kerusi Parlimen. Kini ada percaturan baru dimana dikatakan ahli parlimen akan melompat. Samada benar atau tidak 20 30 ahli parlimen dalam tangan, dia telah membangkitkan suasana kononnya Pakatan Rakyat akan memerintah persekutuan. Pagi semalam di blognya sendiri, dia telah mengatakan Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus. Kalau kita lihat, ianya umpama gula-gula murahan, akan tetapi itulah politik. Politik yang menentukan siapa dapat apa siapa tak dapat apa. Sehari selepas pakatan rakyat membebaskan beberapa negeri, saya terus terfikir, Kalau Anwar pandai, dia akan gunakan air liur sahaja. Jika benar Ahli Parlimen Sabah Sarawak melompat, selain Sabah dan Sarawak, Siapa yang untung? Kelantan dan Terengganu Terengganu yang bergolak kerana PETRORINGGIT, akan mendapat royalti yang lebih. Kelantan...

PETRORINGGIT punca kemelut Perlantikan MB Terengganu?

Ramai yang tertanya-tanya mengapa boleh terjadi kemelut Perlantikan MB Terengganu? Adakah kerana Pembaziran Melampau Idris Jusoh untuk membina itu ini? Atau ada sebab lain yang jauh lebih serious? Seorang pengulas telah mengulas di Blog Kekanda Zainol, bertajuk MB Terengganu - 'Di-telan mati emak ; di-luah mati bapa?' :- The root of all evil. I know many of the reader are quite perplexed about the crisis in terengganu. Let me explain the situation from a quite a different perpective. It is all about who get to control the annual billion ringgit of inadequately audited petrol ringgit. Do you still remember the aftermath of BN defeat in terengganu during the pru10 1998. You would recall that the status of the oil royalty to terengganu had been abruptly changed. It was no longer the given as payment to terengganu state government coffer. It was changed to a gift "wang ehsan" and later on as dana persekutuan. What it really meant by practice is that it is given by the fe...