Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kuasa

Liberisasi Ekonomi Najib, Tanpa Persetujuan Kabinet atau Parlimen?

Pakej liberisasi ekonomi yang baru-baru ini diumumkan Najib melibatkan 30% ekuiti bumiputera, dan pemilikan ekuiti asing dalam syarikat tempatan, adalah perkara besar. Yang pertama ianya melihatkan sensitiviti orang Melayu. Yang kedua , melibatkan kedaulatan negara. Namun tiada berita mengenainya yang mengatakan ia mendapat persetujuan kabinet atau parlimen. Adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa sebegitu besar? Seperti boleh memansuhkan sesebuah Kementerian ikut suka hati ?

Adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan sebuah Kementerian?

Najib Razak, selaku Perdana Menteri, telah membubarkan Kementerian Usahawan dan Koperasi dengan hanya tidak mengumumkan ketiadaan Menteri itu ketika melantik Menteri-menteri Kabinetnya. Adakah sememangnya seorang perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan sesebuah kementerian tanpa perlu mendapat persetujuan Kabinet? Adakah sememangnya Perdana Menteri mempunyai kuasa sebegitu? Alamatnya Malaysia dalam bahaya, kerana hanya dengan persetujuan seorang sahaja, mana-mana kementerian boleh dibubarkan. Naik sahaja seseorang menjadi Perdana Menteri, dia berkuasa untuk membubarkan semua Kementerian. Adakah itu Malaysia yang kita mahu? Ketika Kabinet dibentuk, sudah pasti tiada mesyuarat kabinet yang diadakan kerana mereka sedang dilantik. Bagi saya adalah tidak wajar membubarkan sesuatu Kementerian tanpa sebarang mesyuarat. Takkanlah tiada ada seorang pun Ahli Kabinet yang tidak bersetuju tentang pembubaran itu. Begitulah nasib Malaysia apabila Perdana Menteri terlalu ber...