Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel seigniorage

Seigniorage, Cukai inflasi yang anda perlu fahami

Apa itu Seigniorage? Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham. Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai. Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage. Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas. Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap. Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion. Peningkatan 16 kali ganda. Mana datangnya duit itu? Nilai ke...

Najib Ambil 60 bilion dari pengguna Ringgit termasuk yang belum lahir

Belanjawan mini 60 bilion telah dibentangkan. 60 bilion itu diambil daripada kamu. Ya. Kamu yang membaca blog ini. 60 bilion yang diterbitkan daripada 'thin air' memang tidak akan menyebabkan inflasi serta merta. Kesan inflasi daripada lebihan bekalan wang (money supply) itu akan berlaku lambat lagi. 2,3 tahun akan datang, 4,5 tahun akan datang. Saya bukan nujum untuk meramal bila, tapi pasti berlaku. Roti canai 70 sen akan jadi seringgit. Hari ini kalau ada seringgit, kita dapat baki 30 sen. Nanti Roti canai akan jadi seringgit, tetapi mana perginya 30 sen itu? Siapa ambil 30 sen itu? Najib. Ini dipanggil "Seigniorage" , atau "cukai inflasi" Bezanya dengan cukai biasa ialah, 60 bilion itu telah diambil terlebih dahulu oleh kerajaan. Dibayar oleh pemilik ringgit, samada rakyat, atau syarikat koporat atau ringgit yang disimpan oleh kerajaan dalam bentuk penyusutan nilai. Nilai yang hilang itu telah diambil lebih awal oleh kerajaan...

YB Idham Lim dan Hishamudin Rais Masih dijajah USD

Terdapat 2 catatan blog yang cukup "risau" apabila ringgit turun berbanding dollar. Ringgit bakal cecah RM4 sedolar? » CINA ISLAM (林川興) TERNOW !!! NILAI RINGGIT JATUH - BERBANDING DOLAR » Tukar Tiub Jangan salahkan mereka kerana masih dijajah USD, ada ramai lagi orang yang dijajah USD. Saya ingin memaklumkan bahawa Ringgit naik berbanding matawang bukan USD sekiranya Ringgit mencecah RM 4 satu USD kerana sistem penentuan nilai Ringgit adalah menggunakan Apungan Terurus ('Managed float') . Adakah ianya sesuatu yang baik atau tidak baik? Anda tentukan. Dengan sistem Apungan Terurus yang digunakan oleh Bank Negara, kejadian "Ringgit jatuh berbanding USD" hanya berlaku apabila USD naik. Namun, Ringgit akan turut naik berbanding matawang asing lain. Malaysia boleh beli barangan daripada luar Amerika dengan sedikit murah. Jed Yoong akan menjadi lebih kaya, kerana gajinya dibayar dalam USD. Para blogawan yang memperolehi pendapatan dalam ...

Mana Suara Boikot USD oleh Ahli Parlimen PAS di Parlimen?

Seperti biasa, ramai orang suka boikot barangan Amerika berbanding matawang Amerika. Apa sebabnya? Entahlah. Mungkin boikot barangan lebih mudah difahami berbanding boikot USD. Penerangan menunjukkan boikot USD tidak memberi kesan kepada mereka juga sukar difahami. Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka boleh cetak duit atau wujudkan "duit perakaunan" (accounting money)  untuk menggantikan kekurangan duit akibat boikot itu. Tahniah kepada Ahli Parlimen PAS Pasir Putih yang mengatakan kerajaan tidak serius memboikot barangan Amerika. Tetapi bagi saya tidak cukup, kerana tidak disebut boikot matawang. Asyik-asyik barangan. British datang Ke Malaysia dan berkuasa kerana kita membeli barangan mereka, atau mereka mahu mendapatkan barangan dari kita? Jepun datang menjajah mahu kita beli produk jepun? atau mahu hasil bumi kita? Situasi tidak stabil, lombong bijih timah di Perak menyebabkan British tidak senang duduk kerana bekalan timah tergangg...