Selalu tersiar di Akhbar tempatan mengatakan sesuatu gambar bogel atau aksi lucah tersebar melalui MMS. Saya agak mushkil, kerana sejak 2,3 tahun saya menggunakan MMS, tidak pernah pula saya menerima gambar bogel atau aksi lucah melalui MMS. Adakah ianya benar seperti yang didakwa? Saya sendiri pun terima MMS biasanya tidak sampai 5 MMS sebulan. Melainkan kalau mamai72 membiarkan anaknya bermain telefon, maka saya dapat banyak MMS. Bagaimana berlakunya penyebaran gambar lucah melalui MMS? Tidakkan pihak penyedia telekomunikasi boleh melihatnya? Sudah tentu. Jadi apa masalah untuk mencari penyebarnya? Namun persoalan saya ialah, adakah benar sesuatu gambar lucah yang didakwa tersebar melalui MMS, memang disebar melalui MMS? Adakah memang budaya rakyat Malaysia suka sebarkan gambar melalui MMS. Kalau sebar teks guna SMS perkara biasa. Kalau sebar gambar melalui emel pun perkara biasa. Adakah mungkin "penyebaran gambar melalui bluetooth" dipanggil "p...
Ayhd Yang Hendak Dibaca