Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pingat

Anugerah Datuk di Melaka Mengalami Inflasi semula

Tahun ini, (2009) bilangan penerima anugerah datuk Negeri Melaka DGSM = 5 orang Datuk Seri DCSM = 10 orang Datuk Wira DMSM = 75 orang Datuk Menjadikan jumlah keseluruhan 90 orang. Tahun 2008 = 78 orang Tahun 2007 = 80 orang. Inflasi 15%

Hanya 178 Terima Anugerah Negeri Melaka

Pada 1985, 23 tahun yang lalu,  di Negeri Melaka, ketika hari keputeraan TYT. 1 gelaran Datuk Seri dan hanya 3 gelaran Datuk dikurniakan. Itu pun yang menerima Gelaran Datuk Seri itu adalah Perdana Menteri yang Pertama, Tunku Abdul Rahman. klik untuk besarkan.   Berbanding dengan tahun ini  78 Datuk dikurniakan dan tahun lepas 80 orang Datuk. Jumlah keseluruhan penerima anugerah ialah 178 pada tahun 1995, berbanding 758 pada 2008, dan 1183 pada 2007. Berapa agaknya kadar inflasi gelaran Datuk? Kalau pada 1985, hanya 4 orang dapat gelaran Datuk ke atas, tahun ini 78 orang. Maka inflasi gelaran Datuk adalah 1950 %. Nilai "Datuk" Negeri Melaka kini hanya  5.1% daripada nilai Datuk pada tahun 1985. Kemerosotan nilai sebanyak 94.9%. Susut nilai yang agak tinggi. Kalau dahulu, semua penerima pingat boleh disenaraikan dalam akhbar. DSM, Darjah Seri Melaka,tanpa gelaran Datuk pun dipaparkan muka di akhbar. . Harap maaf gambar tidak jelas. Tangan goyang.

425 Ahli UMNO Tidak Dapat Pingat Kebesaran Melaka

Ini bukan cerita Shah Rukh Khan dapat datuk. Diberitakan di Utusan Malaysia bahawa 758 orang memperolehi pingat pada hari keputeraan TYT Melaka. Sekali pandang, sudah rasa cukup banyak.758 orang. Sebenarnya tahun lepas 1183 orang mendapat pingat pada tahun lepas. Baca baik-baik perenggan ini Saadon berkata jumlah keseluruhan penerima yang berkurangan pada tahun ini berbanding 1,183 orang pada tahun lepas disebabkan Kod Etika Pemilihan Umno yang tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri. Jika ditolakkan 1183-758 = 425 Maksudnya ada lebih kurang 425 ahli UMNO tidak dapat pingat tahun ini. Daripada 758 orang itu, tolak Shahrukh Khan dan pemimpin MCA MIC Gerakan. Ada banyak lagi baki orang Melayu yang profesional yang bukan ahli UMNO. Baca semula perenggan tadi, dan anda boleh lihat bahawa Kod Etika UMNO dikaitkan dengan penganugerahan pingat. Nampak sangat UMNO memberitahu kepada dunia mereka menguasai institusi TYT tanpa ra...