Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel k800i

Nabil Tiru Sebol?

Petang Semalam, Tersiar satu lawak Nabil yang di Astro yang menceritakan tentang Telefon Chowkia Q878 yang serbaguna itu. Terus saya dipanggil oleh isteri saya, mengatakan lawak saya ditiru. Saya sendiri tak boleh katakan yang Nabil meniru lawak saya kerana saya sendiri ambil konsep dari lawak Iklan iPhone. Namun, aksi seperti gosok baju, minum, cukur misai memang ada pada lawak saya pada 23 Ogos 2007. Ulang Siaran lawak saya yang dulu : seperti SE k800i , SE Z750 ini boleh digunakan untuk kerja harian di rumah seperti:- menggosok pakaian. Basuh botol susu Tidurkan anak Ia juga boleh digunakan untuk menjamah hidangan makanan.. dijadikan makanan... ..dan minuman. Selain daripada ia boleh mencukur rambut anak.. ..ianya juga boleh mencukur misai suami. Di bilik air, ia boleh digunakan untuk mengosok gigi... ...dan dijadikan sebagai sabun. Hampir saya lupa, ianya juga boleh dijadikan telefon ..dan mikrofon Itulah kelebihan Sony Ericsson k800i yang boleh dirasai oleh pengguna Sony Eric...

Saya Baru Tahu Gmail Boleh IMAP & SMTP Terautentikasi

Saya baru tahu yang gmail boleh digunakan dengan IMAP. Sejak bila ya kemudahan itu disediakan? Kampung betullah saya ini. Sejak subsidi emel yang diberikan kepada saya ditarik balik, maka tercari-carilah SMTP Terautentikasi (Authenticated SMTP) untuk digunakan oleh saya. Saya sampai ke tahap nak mencari hosting web supaya dapat gunakan SMTP Terautentikasi. Segan pula nak minta subsidi dari orang. Tapi, rupanya gmail sudah ada sediakan IMAP dan SMTP Terautentikasi. wah senanglah hidup. Malam tadi saya cuba, akhirnya berjaya. konfigurasinya agak memeningkan kepala kerana dia tak gunakan liang (port) IMAP dan SMTP yang biasa. Untuk terima guna pengengkripsian lain, untuk hantar guna pengenkripsian lain. cuba punya cuba tak berjaya, rupanya saya tidak hidupkan IMAP pada tetapan Gmail. Mudahlah hidup saya, tangkap gambar guna telefon dan boleh emelkan kepada sesiapa menggunakan gmail. Teringat saya , kata-kata "Di" pada satu mensyuarat suatu ketika dahulu.... "Orang dah tak...

Gambar dan Video Perarakan Perhimpunan BERSIH

Cepat betul pemblog tempatan mengemaskini kemasukan blog tentang perarakan BERSIH. Sila dapatkan senarai di sini Yang tak pergi perarakan kemaskini blog lebih pantas dari yang pergi perarakan. Tapi saya mengambil masa terlalu lama untuk memblog tentang bersih. Keletihan. Tiba dirumah pukul 1 pagi. Terus ke BerasPadu, dan terjumpa kemasukan blog Vanragdx , Edyra dan NikNazmi . Walaupun yang lain cukup informatif, tetapi Nik Nazmi paling best kerana ianya berdasarkan pengalaman sendiri, termasuk cerita makan di McDonald. Mulanya.... Pada lebih kurang pukul 12, saya ke KL dari Merlimau , di Tol Ayer Keroh, ada kesesakan, rupanya ada halangan polis untuk mencari orang yang berbaju kuning. Saya tidak memakai Kemeja T BERSIH, tetapi memakai Jersi BolaSepak Malaysia, yang dibeli ketika Malaysia tewas 4-2 Piala Tiger suatu ketika dulu. Ada 1001 perancangan, samada Wawa nak hantar saya ke seremban dan saya naik komuter atau pergi terus, akhirnya pergi terus, tetapi timbul 1 masalah, mana nak ...

DVD Transformer sudah keluar di pasaran terang

Baru sebentar tadi, Saya mendapat panggilan dari Speedy Video Mahkota Parade Melaka, yang memberitahu DVD Transformer telah keluar. Bagi peminat DVD pasaran terang, boleh dapoatkannya mulai hari ini. Untuk pasaran gelap, memang sudah lama ada, ada versi wayang, ada versi 'DVD' Telefon Autobot:-

Pemindahan fail secara besar besaran menggunakan bluetooth

Saya cuba salin 1000 gambar dari SE k800i ke Mac mini guna bluetooth, setiap gambar bersaiz 800-900Kb. lebih kurang 0.8 - 0.9 Gb. Aku tak pasti bila mula, dalam 1 jam yang lalu, dan sekarangf baru 225 daripada 1000 fail telah di salin. Pengajaran yang hendak disampaikan pada kiriman blog ini ialah. Kalau nak salin fail 0.9 GB, sila guna Kabel USB. kalau mula pukul 10 pm, agaknya pukul berapa habis? kemaskini: Sebenarnya tadi, dia hang bila pada fail ke 225. patut la lama. kini saya cuba dengan OBEX pula. kemaskini lagi: 10:54 malam sampai 4:02 pagi. Jumlah saiz fail yang dipindahkan = 901.7Mb

Peragaan Beg Tangan Bluetooth

Beg Tangan bluetooth? Mak Merah mesti nak cari beg tangan Infra red. Kiriman blog ini berkisar kepada persoalan pada kiriman blog terdahulu. Apakah kamera yang ada bluetooth? Setelah kugoogle, maka terjumpalah kamera yang ada bluetooth, tapi tak tahu lagi berapa harganya. Kodak V610 . Lihat Video Ada lagi satu video Saya tak pandai kaji kamera digital, maka susahlah nak tau ianya bagus atau tidak. Kalau nak bandingkan dengan SE k800i saya tahu la. SE k800i = 4x zum optikal Kodak V610 = 10x zum optikal SE k800i = 1 lensa Kodak V610 = 2 lensa SE k800i = 3.2 MP Kodak V610= 6.1 MP SE k800i & Kodak V610 kedua-dua ada bluetooth SE k800i = ada Infra red Kodak V610 = SE k800i = QVGA Kodak V610 = Resolusi Video VGA 640x480 Storan SE k800i= sehingga 2 GB M2 Kodak V610 = Sehingga 2Gb SD Kedua-dua ada Pict Brigde. Tapi Kodak ada IMAGELINK Rasanya Kodak V610 pun ada kebolehan seperti CyberShot punya "BestPic" Kodak ada dia punya persian sendiri untuk pengeditan didalam kamera. SE ...

Soalan Bodoh: Kamera yang ada bluetooth?

Selama saya hidup, saya tak pernah ada kamera digital. Yang saya ada hanyalah kamera pada telefon, kalau dulu guna Nokia 6020, selepas itu Sony Ericsson k800i. Bila sudah ada SE k800i barulah terasa seperti ada kamera digital sendiri. Namun oleh kerana kecanggihan telefon ini, saya boleh hantar gambar ke komputer (mac atau PC) menggunakan bluetooth. Soalan bodoh saya ialah: Ada tak pembuat kamera digital (yang bukan telefon) yang boleh hantar gambar menggunakan bluetooth ke peranti bluetooth lain? Ada sesiapa tahu penguasaan pasaran (market share) digital kamera di Malaysia? Siapa nombor 1? p/s: Gambar kamera & persoalan ini timbul setelah membaca http://myalycia.blogspot.com/2007/08/oh-kamera-ku.html

SE Z750 - Telefon khusus untuk blogger perempuan?

Mungkin ini telefon yang paling sesuai untuk blogger perempuan bertudung , blogger perempuan nerd , blogger perempuan merah , blogger perempuan biru , blogger perempuan pink , blogger perempuan coklat , blogger perempuan paling yang paling aku sayang ? Disebabkan sifat mereka yang (mungkin) suka paparkan gambar ke dalam blog, maka ciri "Picture Blogging" yang ada padanya membolehkan gambar dimuat naik ketika sedang menyusukan anak. "Picture blogging" direka khusus untuk blogger (blogspot), jadi jika sudah memang ada blahblah.blogspot.com maka, ia amat sesuai. Selain itu, rupa paras telefon SE Z750 agak cantik, dan sesuai untuk wanita. Ia mempunyai pelungsur web NetFront, yang boleh tahan, tapi kalau nak lagi canggih, boleh muaturun dan pasang opera pada telefon itu. Walaupun hakikatnya kebanyakkan perempuan tak gemarkan pembaca RSS, namun pembaca RSS boleh digunakan untuk membaca komen pengunjung blog anda. Caranya agak rumit sedikit, kerana RSS default bagi bl...

Pepijatkah ini? MyPhoneExplorer + SE k800i

Semasa saya cuba backup mesej SMS saya di komputer XP, menggunakan MyPhoneExlorer. (betul kah ejaan?) . Saya perhatikan bahawa kita boleh mendail telefontangan menggunakan komputer. Dan kemudian boleh hidupkan P.Suara ("Speaker Phone") , Maka saya pun mercakap dengan Siti Hawa , dalam telefon. kemudian oleh kerana suara tidak jelas. Ketika itu saya sedang menggunakan kamera untuk mengambil gambar monitor di atas. Jadi saya klik pada gambar pembesar suara untuk mematikan P.Suara. Oleh kerana Lensa masih terbuka dan Aplikasi Kamera dilaksanakan, hasilnya, ialah bila klik pada ikon Pembesar suara itu, Gambar tangan saya diambil. Mungkin pembuat perisian itu tidak menjangka pengguna akan menggunakan kamera ketika bercakap. p/s: Nombor telefon pada gambar itu dipadam kecuali nombor khai selandar, In case kalau ada gadis yang berkenan.