Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pinjaman

31 Disember = Tarikh akhir diskaun 30% pinjaman MARA

31 Disember 2009 adalah tarikh akhir kalau nak dapat diskaun 30% pinjaman MARA, jika dibayar secara penuh. Mara beri diskaun 30% kepada peminjam . KUALA LUMPUR 27 Ogos - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menawarkan diskaun 30 peratus kepada peminjam yang membayar balik secara penuh pinjaman mereka berkuat kuasa 1 September hingga 31 Disember tahun ini . Mungkin pembayaran penuh bagi pinjaman pendidikan agak mahal kalau ada baki hutang yang banyak. Mungkin ada yang berbaki berbelas ribu. Akan tetapi jika ada yang meminjam pinjaman pendidikan yang RM 1,000 semasa mula masuk IPTA. Pinjaman itu tiada faedah. & anda hanya perlukan RM 700 sahaja untuk menjelaskannya.

Keganasan Kapitalis British, Mangsa Terus Dicari

Sistem Kapitalisme British dan Amerika, sebenarnya amatlah ganas. Kapitalisme, melalui konsep ekonomi keynessian sering membuat masyarakat tentang "pertumbuhan" , kita dibuai peningkatan KDNK beberapa peratus, seolah-olah setiap tahun kita menjadi lebih kaya sebanyak itu. Tapi hakikatnya rakyat bertambah miskin walaupun bilangan nombor dalam buku bank bertambah. Kaedah licik golongan kapitalis mempengaruhi minda rakyat ialah dengan mempromosikan pinjaman adalah penyelesaian kepada masalah kewangan. Ini menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang hartanya negatif. Kalau dia jual segala hartanya sekalipun, dia masih dalam keadaan berhutang. Namun dia masih berkereta yang belum habis bayar dan memilik rumah juga yang belum habis bayar. Dia terpaksa bekerja supaya bayar hutang. Jadi hamba Bank. Bank dijaga baik oleh Kapitalis British. Mana yang kelihatan lemah dicantumkan agar jadi kuat. Bukan sahaja Bank yang mempergula-gulakan "Pinjaman" sebaga...

Agensi di bawah MeCD akan jadi seperti Facebook?

Ramai yang mempersoalkan ke mana perginya agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, adakah ia akan dikorbankan? Itu kerisauan yang timbul. Saya tidak risau langsung tentang itu, saya yakin ia akan terus wujud tetapi duduk di bawah kementerian lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa MARA dan Tekun akan diletakkan "Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah" atau nama lain "Kementerian UMNO". Kementerian yang buat kerja untuk UMNO. Kalau dulu, menurut Pakdi, terdapat juga usahawan yang bukan UMNO mendapat manfaatnya, kelak tidak pasti apa akan jadi. Bayangkanlah, untuk menerima pinjaman Tekun, diadakan majlis khas UMNO seolah-olah peminjam itu mendapat duit percuma . Petikan daripada blog YB Ghazale, ADUN Serkam: "Ini memandangkan bidang perniagaan merupakan bidang yang boleh diceburi oleh sesiapa saja,” katanya berucap di Majlis Penyampaian Cek Tekun kepada 13 penerima di Kompleks Japerun Serkam , di sini hari ini. Hadir sa...

Cerita Pinjaman

Di Negeri Melaka, terdapat 13 orang peniaga telah mendapat pinjaman tekun. Yang hairannya, Cek pinjaman itu diberikan sampaikan oleh ADUN Serkam, 'kawan' Ustaz Kamal iaitu YB Ghazale dalam satu majlis khas dan disiarkan di dalam Akhbar Melaka Hari ini . SERKAM, 8 Feb - Para peniaga kecil di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, di sini menerima cek pinjaman untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan hari ini. Cek pinjaman membabitkan seramai 13 peniaga itu telah telah diterimanya dari Pengurus Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Parlimen Jasin, Ismail Osman. Saya pun tak faham, "pinjaman" disampaikan oleh YB seolah-olah ianya sesuatu yang percuma. Sebentar tadi seorang pegawai bank menetelefon saya, menawarkan pinjaman sehingga 100k, tanpa dokumentasi lulus dalam lebih kurang 3 hari. Kemaruk betul orang bank sibuk nak cari orang yang nak meminjam. Tetapi dalam dunia lain, pinjaman adalah seolah-olah satu kurniaan, disamp...