Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Esato

Bluejacking Berasal daripada Malaysia?

Tahukah anda 'bluejacking' dijumpai di Malaysia? Bluejacking, suatu proses dimana menghantar mesej melalui bluetooth, ke telefon bimbit yang automatik terima mesej bluetooth. Sebenarnya ia adalah pepijat (bug) yang ada pada telefon Nokia. Sejarah bluejacking Di Forum esato.com, bluejacking telah dijumpai oleh seorang pengguna yang mempunyai gelaran 'ajack', atau nama sebenar Adrian Chiang . Di dalam sebuah Bank tempatan, dia telah menghantar mesej daripada telefon Ericsson R520 nya ke telefon Nokia lain, tanpa penerima itu dimaklumkan untuk terima atau tidak. http://www.esato.com/board/viewtopic.php?topic=15976 dari situ bermulalah bluejacking Ketika itu, amatlah mudah untuk bluejacking, kerana telefon terus automatik terima. Zaman sekarang, mungkin susah sedikit kerana telefon kini akan bertanyakan samada hendak terima atau tidak. Saya tahu, ramai pengguna telefon di Malaysia tidak menghidupkan bluetooth pada telefonnya kerana "takut virus". Itu cerita lain,...