Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ayam

Sudah seminggu boikot?

Seminggu yang lalu, Boikot bermula, boikot itu menyaran supaya pengguna tidak ke pasar selama dua minggu. Pada masa yang sama, ramai pengguna memang sudah tidak ke pasar sejak... errr, masa sekolah rendah dulu. Pada masa yang sama ramai pengguna yang makan di kedai, maklumlah pasar Ramadhan tumbuh melata ketika bulan Ramadhan ini. Maka, persoalannya Sejauh mana boikot itu boleh berkesan? Kalau pengguna tidak ke pasar selama 2 minggu, walhal dia sudah tidak ke pasar sejak 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu. Maklumlah, budaya membeli belah sudah bertukar, daripada beli sayur di pasar, kepada beli sayur di pasaraya gergasi asing yang berdekatan. Di pasaraya asing gergasi, mereka boleh jual murah sehingga di bawah harga kos. Mereka tahu, kalau beli sayur di pasaraya mereka, pengguna takkan beli HANYA sayur, mereka boleh dapat keuntungan dari minuman berkarbonat yang anak kita nak beli ketika kita hendak membeli sayur di Pasaraya gergasi asing. Tapi di Pasar Penjual ikan HANYA menjual i...

Pendapatan tambahan dengan advertlets

Memandangkan saya perlu mengumpul wang untuk dijadikan hadiah Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan . Maka saya tulis artikel ini. Anda juga boleh mendapatkan RM 20 tambahan jika anda mempunyai laman blog yang beriklankan advertlets. Sila rujuk di sini Sekiranya anda menang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan dan dapat tambahan RM 20 daripada Advertlets, maka anda sudah dapat RM 70. Mungkin dengan RM 70, anda boleh buat 'Peraduan Telur Itik di Pasar Tani' atau gunakan RM 70 itu untuk membeli telur, atau lebih menguntungkan lagi anda boleh beli ayam betina yang boleh bertelur. Oleh kerana Advertslets tidak mensyaratkan supaya perlu membuat lagu Rap untuk mereka, maka saya tak buatkan mereka lagu rap. “Advertlets.com - Blog Advertising in Asia!” . Kalau dapat cek Advertlets, mungkin saya akan buat lagi peraduan untuk pengunjung blog ini atau gunakan ia untuk membeli telur ayam atau ayam betina yang boleh bertelur. Apa? Telur Kambeng? Telur kambeng saya tak mahu beli. Saya...