Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pilihanraya

Tak semudah itu untuk simpulkan kononnya "Pengundi Rompin sokong GST".

Tak semudah itu untuk simpulkan kononnya "Pengundi Rompin sokong GST". Itu sudah macam ikut gaya Ali Rustam "salahkan pengundi" Ada banyak faktor lain yang mempengaruhi pengundi. Kesimpulan yang lebih tepat adalah "PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin".. Atau nak tambah lagi "PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin walaupun pengundi tak suka GST".. atau... "PAS masih belum boleh yakinkan pengundi Rompin kerana 1. 2. 3. 4. 5. 6. (kena cari sendiri, dan berhenti salahkan faktor luaran) "..

Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Tak mahu adakan pilihanraya di Seputeh

Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Tak mahu adakan pilihanraya di Seputeh atas alasan pembaziran. Adalah lebih baik tugas itu diserahkan kepada Suruhanjaya Tenaga kerana mereka lebih pakar dalam melakukan sesuatu dengan Efisyen dan Cekap Tenaga.

Undi Pos: Ke arah Keadilan Politik dan Hak Mengundi Tentera

Apa yang diperjuangkan oleh Suhaizan, Kamaruzzaman, Mohzaid, Suhaimi dan seluruh pasukan PACA Undi Pos PAS ketika Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N31 yang lalu bukanlah sekadar mahu memenangkan PAS sahaja. Suhaizan telah menyediakan satu laporan yang jelas menunjukkan ketidakadilan itu berlaku. Samada PAS menang atau tidak undi Pos di Bagan Pinang adalah bukan persoalan utama. Soal pertama ialah keadilan politik dan hak mengundi tentera. Table 1 : Undi Pos Mengikut Peti Undi Table 2 : Keputusan bagi 3 Pilihan Raya Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya. Anda perlu baca laporan itu di sini . Sejak dari awal PAS tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memang undi pos, dan memang tidak menang pun. Jadual pertama jelas menunjukkan bagaimana PAS tidak mendapat sebarang undi pada peti 14,15 dan 16...

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang P059

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) :21,860 Ismail Safian (BN) : 19,071 Kamarul Ramizu Idris (Bebas) :62 (Hilang deposit) Undi rosak: 456 Majoriti: 2,789 Jumlah undian: 41,449 Jumlah Pengundi: 55,562 Peratus Keluar Mengundi :  74.5995464526114970 % ------ Sebagai perbandingan PRU12 Jumlah Pengundi: 55,471 Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04% 1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015) 2. M. Murganan (Bebas) (872) 3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449) Majoriti: 1,566 Jumlah undi: 40,187 Peratus mengundi: 72.45% Undi rosak: 851 ------ Tak rasmi setakat ini. (9pm) PAS - 20929 BN - 17646 Bebas - 60 Rosak - 345 Majoriti - 3283 Jumlah Saluran Menang - 57 Jumlah UPU Menang - 16 -- Rasmi setakat ini... PAS - 18,881 BN - 15,859 Majoriti - 3,022

Strategi Tarikh Pilihanraya BN yang Pelik

Dulu, mereka mahukan SPR mengadakan pilihanraya selepas berlakunya Pemilihan Agung UMNO (PAU). Tarikhnya dilewatkan begitu jauh. Alasan yang mungkin, ialah tidak mahu adanya kempen PAU di 3 kawasan terbabit. Akhirnya, hari ini kelihatan terbalik pula. Muhyidin pula berkata.. . “Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil,” Apa jadi kalau mereka sendiri tidak menunda tarikh pilihanraya kecil? Pasti masalah 'pungutan suara' atau 'referendum' ini tidak wujud.

Keputusan Perang SEO Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

Seperkara menarik tentang Pilihanraya kecil  adalah perang SEO Keputusan PIlihanraya. Ruang vakum wujud, apabila keputusan adalah tidak rasmi, maka ramai akan mencari keputusan. Walaupun pengundian belum selesai, Pemikir , dari awal pagi sudah menyiarkan "keputusannya" Saya pula tercari-cari formula, bilakah masa sesuai untuk menyiarkan keputusan pilihanraya. Di sebelah petang, Puan Nuraflah telahpun menyiarkan "keputusan rasmi" nya. Maka, saya telah mengeluarkan keputusan pilihanraya pada jam 3:50 petang, dengan harapan robot itu indeks dan cukup segar apabila pengguna internet mencari keputusan. Tempat pertama dimenangi oleh Saya. ( Beras Padu ) Tempat Pertama : Pemikir Tempat ke 2: Saya punya digg Tempat ke 3: Pemikir punya digg Tempat ke 4 : Malaysianbite.com Tempat ke 5: Tempat ke 6: Saya ( hasbullah.pit.my ) Tempat ke 7: Zubli Tahniah kepada Para Pemenang, terutama sekali pemikir Kepada Puan Nuraflah, cuba lagi pada pilihanraya kecil ...

Keputusan Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

Keputusan Pilihanraya RASMI Kecil P36 P036 Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883 Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252 Azharudin Mamat (Bebas): 193 Undi Rosak:665 Majoriti:2631 Jumlah Keluar Mengundi: 63,993 Jumlah Keseluruah Pengundi: 80,229 Peratus Keluar mengundi: 79.693% Sebagai perbandingan PRU 12 Jumlah Pengundi: 80,325 Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27% 1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562) 2. Maimun Yusuf (Bebas) (685) 3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934) Majoriti: 628 Jumlah undi: 66,112 Peratus mengundi: 82.31% Undi rosak: 931 Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN) (Majoriti: 1,933 undi)

Spekulasi Bagaimana Siti Nurhaliza Mengundi Terjawap?

Dulu telah diberitakan bahawa Siti Nurhaliza telah berkempen supaya daftar mengundi, akan tetapi timbul pula isu yang diterbitkan oleh saudari Erisar mengatakan Siti Nurhaliza belum daftar mengundi . Kemudian timbul spekulasi kemungkinan Siti Nurhaliza mengundi menggunakan kad Pengenalan tentera . Siti Nurhaliza telah mengatakan bahawa dia telah mendaftar mengundi "bersama suami" dan kononnya maklumat pendaftarannya ditetapkan sebagai "PRIVATE" . SitiZone.Com kata: February 25th, 2008 at 9:39 am UNTUK PENGETAHUAN…CERITA INI SUDAH AKU SAMPAI KAN KPD DATUK CT..DI LAMAN WEBSITE CT SENDIRI…DAN CT MEMBALAS,CT KATA “YES,CT SUDAH MENDAFTAR UNTUK UNDI BERSAMA SUAMI,DAN CT MELETAKKAN PRIVATE KPD SPR,SO KORANG TAK BAIK NAK FITNAH2 ORG..LAIN KALI CHECK DULU SEBELUM FITNAH ORG…BUAT DOSA AJER… Sebentar tadi ada makluman oleh tanpa nama yang mengatakan Siti Nurhaliza telah berjaya didaftarkan. Tanpa Nama // 2008 November 28 12:58  ...

Aksi Blogawan Ketika PRK Permatang Pauh

Pilihanraya Permatang Pauh, berlaku ketika Beras Padu baru dihidupkan semula. Maka terpaksalah saya melihat gelagat blogawan mengemaskini blog masing-masing seberapa pantas yang boleh. Awal pagi, Mutaligat sudah menceritakan tentang pengundi datang awal , dan Perayu undi main ejek-ejek . Kemudian dia menceritakan tentang topeng Anwar yang tidak dibenakan pakai . Tidak lama selepas itu Puan Emy pula membuat catatan dengan gambar kanak-kanak sedang main basikal memakai topeng Anwar. Topeng Anwar tidak dibenarkan dipakai kerana takut kanak kanak hilang sehingga sukar dijumpaikah? Kemudian ramai lagi yang menceritakan tentang Anwar sudah mengund i, ramai juga menceritakan tentang hujan sudah turun. Tidak ketinggalan yang menceritakan tentang daftar pemilih yang berbeza. Kemudian Puan Emy membalas dengan " penjelasan "nya. Mutaligat menceritakan tentang Perayu Undi BN yang longlai. Selepas cerita hujan turun , maka ramai-ramai blogawan di Permatang Pauh mencerita kan tentang hu...

Majoriti Mudah BN akan Dinafikan?

Entah mengapa saya dapat merasakan bahawa Majoriti Mudah Kerajaan BN akan dinafikan dengan proses pengeluarkan Ahli Parlimen dari BN. Ianya mungkin berlaku tanpa Ahli Parlimen itu memasuki pakatan Rakyat. Apa akan terjadi kalau majoriti mudah BN dinafikan oleh ahli parlimennya sendiri? Kerajaan tidak boleh lagi dibentuk dan kemungkinan pilihanraya parlimen lagi sekali. Sekiranya inin berlaku, di harap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN.

Sistem Demokrasi Bersultan

Hari ini saya ingin menulis tentang sesuatu yang tidak demokratik. Kita telah lihat bahawa sistem demokrasi British yang kita gunakan ini memeningkan kepala jika tiada parti yang menang mutlak. Rakyat memilih ADUN dan Ahli Parlimen, tetapi tidak memilih siapa Perdana Menteri, siapa menteri besar, siapa ketua menteri. Rakyat juga tiada hak untuk memilih samada mahu memilih pemimpin berdasarkan demokrasi versi british, atau demokrasi versi Amerika, atau "Demokrasi Bersultan". Nasib siapa dipilih sebagai MB adalah ditentukan oleh ahli-politik dan Sultan, tetapi bukan rakyat. Negara kita tidak mempunyai pilihanraya khas untuk memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri. Itulah sistem british yang diagungkan oleh pendokong demokrasi Malaysia. Oleh kerana itu, saya mendapat idea untuk mencipta "Sistem Demokrasi Bersultan". Ianya hanya munkin sesuai untuk negeri yang mempunyai Sultan, dimana rakyatnya amat menyayangi Sultannya. Adakah ruginya rakyat sesuatu negeri menyayangi ...

Sekitar Hari Pilihanraya

Seawal pagi saya bangun untuk ke pondok panas PAS Sempang, aku kejutkan "jaga kubur". Sebagai PACA no 1, di saluran 4, maka menanti PACA BN tiba, terpaksalah saya mangira slip undi berseorangan. Uji pensil, kemudian bila PACA BN datang, maka sesi 'seal' dilakukan. Maka bermulalah undian, mulanya kerani itu tidak sebut nombor siri, terpaksa saya tegur, kemudian dia membacanya. Kemudian datang pula ramai yang bawa Slip BN, saya tegur, maka mereka tak bawa lagi. Sampai 1 ketika, ada seorang wanita cuba memasukkan kertasundinya, terselak sedikit, nampak pangkah PAS, tergamam saya seketika. Tak tau nak kata apa, rasa nak berterimakasih sahaja. Selesai bertugas, saya ke Merlimau untuk mengundi, Keadaan situ agak ganjil, walaupun selemah-lemah PAS Sempang, masih lagi ramai orang. Kemudian saya duduk seketika untuk meramaikan Sekolah Cina Merlimau dalam 1 jam. Kemudian saya lalu ke Tedong, melihat Md Noor yang bersungguh-sungguh walaupun dengan bantuan beberapa kerat manusia....

Keputusan Pilihanraya Parlimen Jasin. DUN Serkam,Merlimau, Sungai Rambai, Bemban, Rim

P139 JASIN Jumlah Pengundi: 56,121 Peratusan Kaum: M:70.74% C:19.04% I:10.15% L:0.07% 1. Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN) (27,838) 2. Ir. Zulkefly Othman (PKR) (15,348) Majoriti: 12,490 Jumlah undi: 44,176 Peratus mengundi: 78.72% Undi rosak: 990 Penyandang: Datuk Mohd. Said Yusof (BN) (Majoriti: 21,334 undi) N24 BEMBAN Jumlah Pengundi: 13,544 Peratusan Kaum: M:59.36% C:25.85% I:14.66% L:0.13% 1. Chua Kheng Hua (BN) (6,031) 2. Ho Kia Kim (DAP) (3,890) Majoriti: 2,141 Jumlah undi: 10,511 Peratus mengundi: 77.61% Undi rosak: 590 Penyandang: Datuk Chong Tam On (BN) (Majoriti: 4,438 undi) N25 RIM Jumlah Pengundi: 9,288 Peratusan Kaum: M:57.59% C:26.19% I:16.11% L:0.11% 1. Mohd. Yazed Khamis (BN) (4,316) 2. Azmi Kamis (PKR) (2,679) Majoriti: 1,637 Jumlah undi: 7,134 Peratus mengundi: 76.81% Undi rosak: 139 Penyandang: Datuk Ramlah Abas (BN) (Majoriti: 3,950 undi) N26 SERKAM Jumlah Pengundi: 13,636 Peratusan Kaum: M:88.83% C:7.75% I:3.39% L:0.03% 1. Ghazale Muhamad (BN) (6,997) 2. Kamarudin Side...

Siti Nurhaliza minta Tentera Rom sokong PAS

TASEK GELUGOR 5 Mac – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta tentera rom memberi sokongan padu kepada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini. Beliau yakin Rom, walaupun tewas di Yarmuk pasti telah membuat penilaian dan keputusan terbaik untuk memilih parti yang dapat menjamin masa depan diri, keluarga dan negara. “Dalam hidup, kita perlu buat keputusan terbaik, bukan saja untuk diri sendiri tetapi keluarga." “Saya yakin calon BN termasuk Tan Sri Nor Mohamed (Yakcop) dapat kemenangan pada pilihan raya nanti,'' katanya kepada Tentera Romnya untuk terus berjual walaupun sukar. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan Tentera Rom Kampung Paya, Permatang Tok Gelam di sini hari ini. Penyanyi tersohor negara itu tetap menyokong PAS walaupun menyertai kempen Nor Mohamed yang juga calon BN kerusi Parlimen Tasek Gelugor. Hadir sama ialah suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. - Bernama-yang telah dibelit. -------------------8 Di atas adalah...

Abdullah Akui tak mahir Jadi Menteri Pelajaran

KENINGAU 5 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui sifatnya yang tak suka membaca menyebabkan dia sendiri tidak faham skim yang ada pada kementeriannya dahulu. Selain itu dia juga tidak faham apa beza pendidikan dengan pelajaran. ``Semasa saya Menteri Pelajaran dahulu didapati banyak sangat skim guru yang ada menyebabkan satu-satu skim itu mencapai tahap gaji maksimum terlalu awal dan selepas itu tidak boleh naik lagi. Abdullah merasa lega kerana beban untuk memahami skim-skim itu telah diserahkan kepada Anwar Ibrahim, yang menjadi Menteri Pendidikan selepas itu. Abdullah tidak sedikit menyentuh tentang penjualan pelabuhan sabah kepada Singapura ketika berucap merasmi majlis penutupan pameran bergerak Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat dan Siri Jelajah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di sini, hari ini. - Utusan (yang telah dibelitkan). -------------------8 Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk memdapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya ya...

KECEWA SYURGA HADHARI LEWAT DILANCARKAN

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, kecewa kelewatan pelancaran Syurga Hadhari menyebabkan ianya tidak boleh menjanjikan syurga hadhari kepada penganut Islam Hadhari. Islam Hadhari yang sesat itu, terasa terancam apabila dia melihat Islam yang dibawa PAS dianggap sesat oleh dirinya. Hasrat Islam Hadhari untuk memonopoli kesesatan mungkin tak kesampaian. “Tindakan Pas menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu adalah ajaran sesat dan kerajaan wajar bertindak, manakala umat Islam perlu berhati-hati kerana janji itu boleh merosakkan akidah." katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tajuk laporan akhbar semalam bahawa Nik Abdul Aziz hanya mengaitkan parti itu dengan syurga tanpa menjamin syurga jika undi PAS, dalam usaha meraih sokongan pengundi anak jati Kelantan yang tinggal di perantauan. -------------------8 Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk mend...

BN Merlimau Terpaksa Menjanjikan Sekolah Tamil (belit)

MERLIMAU, 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan; terpaksa menabur janji untuk membina sekolah tamil untuk meminta pengundi India di DUN berkenaan memberi mandat kepada BN sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini. Ini kerana, hanya Kerajaan BN sahaja yang boleh menabur janji walaupun belum menang pilihanraya. Mohamad Hidhir berkata, Kerajaan BN khususnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah berjaya memacu negara dan negeri ini dalam pelbagai pembangunan yang dapat meningkatkan taraf hidup wakil rakyat. "Saya berharap supaya pengundi khususnya di DUN Merlimau akan meneruskan pilihan dan tekad mereka untuk memilih dan memberi mandat kepada BN sebagai pemerintah dan kerajaan." "Ini bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan ekonomi termasuk matlamat Mohd Ali untuk menjadikan Melaka Maju 2010 aka...

Belit:Hutang Negeri Kelantan....

Saya pasti memang ramai akan kena belit. Tajuk Berita :- Pas tak berani dedah hutang Tapi fakta dalam berita adalah “Ketika ini, Kelantan mempunyai tunggakan hutang yang perlu dibayar kira-kira RM11.6 juta, kedua terendah selepas Sarawak, berbanding negeri lain yang mencapai RM587 juta. “Malah, Kelantan juga mampu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai infrastruktur air yang diluluskan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (ASKSB)," Tips: Musim Pilihan Raya ini, kalau nak baca suratkhabar, kena baca tajuk, kemudian bandingkan dengan petikan. Kerana Editorial dia akan dibelit, fakta hanya dalam petikan. Kalau aku nak belit media BN pun boleh, tunggu sekejap.

Adakah Siti Nurhaliza mengundi menggunakan KP Tentera?

Saudari Erisar begitu cekap berkempen untuk Parti Tengkoraknya , dengan menunjukkan visual Kad Pengenalan Siti Nurhaliza tidak di daftar dengan SPR (mesti klik) . Namun begitu, Saudari Erisar mungkin terlupa akan kemungkinan Siti Nurhaliza akan mengundi menggunakan Kad Pengenalan Tentera, berdasarkan penglibatan Siti Nurhaliza dengan Tentera Rom .