Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kelantan

Nyahkan Golongan Pro Pembalakan daripada PAS

Isu balak bukan hanya isu PAS. Bila banjir, memang ada nampak melalui Google Map akaun sendiri, berdekatan Kuala Krai, dam berdekatan Temerloh, memang banyak hutang digondolkan. Kelantan... Sempadan Kelantan Pahang... Pahang, tidak jauh dari Temerloh: Belum zum habis menggunakan Google Earth, sudah nampak penggondolan berlaku. Agak pelik juga ada orang PAS yang defensif lebih-lebih, nak menafikan pembalakan bukan punca banjir. Yang Banjir berlumpur di Cameron Highland dulu itu bukan kerana penggondolan kah? Yang kita tolak adalah PEMBALAKAN berlebihan. bukan pembalakan hanya di Kelantan sahaja. Pahang , Sarawak dan lain-lain pun sama. Maksudnya, siapa makan cili, terasalah pedasnya. Hasil kajian Universiti Maryland dengan kerjasama Google, amat mendukacitakan. Dimana Malaysia mempunyai kadar kemusnahan hutan tertinggi diduna. Bukan bermaksud hutan Malaysia paling banyak ditebang, tetapi, berbanding dengan keluasan tanah yang ada, dan tempoh masa,...

Senyum Kambing, Senyum bersama kambing

Pagi semalam Puan Nuraflah telah menayangkan tayangan perdana berkenaan dengan Senyum, sambil mempersoalkan  Bila kali terakhir anda memberikan senyuman yang ikhlas kepada pasangan anda, rakan-rakan anda, ahli keluarga anda, jiran tetangga anda, sanak-saudara anda, guru-guru anda dan juga insan-insan lain yang anda kenali atau tidak kenali? Jed Yoong pula, selaku presiden kelab peminat Husam Musa sering mengkaitkan kekacakannya dalam setiap catatannya. Manis sangatkan senyuman Husam Musa? Jenis apakah Senyuman Husam Musa, senyum kambing atau senyum bersama kambing? Jikalau Husam Musa boleh senyum bersama kambing.... Saya pun ada senyum bersama kambing juga. Rupanya, setahun sebelum saya menulis catatan " Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing ", rupanya telah ada catatan terdahulu yang mengkaitkan Husam Musa dengan Kambing. Jihad Ternak sudah wujud tetapi tidak dijadikan platform untuk merealisasikan matawang dinar sebagai matawang perdagangan.

Kecurian Emas Ar Rahn: Kerajaan Negeri Tanggung Semua?

Beberapa bulan lalu telah berlakunya rompakan di satu Cawangan Ar Rahn Kelantan yang melibatkan kehilangan emas bernilai  lebih 9 juta ringgit. Bagi saya memanglah sepatutnya Ar-Rahn tanggung kerugiannya, itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Walaubagaimanapun diberitakan di Harakah seolah-olah kerajaan negeri menanggung semuanya. Saya tidak pasti samada editorial Harakah perenggan pertama itu sahih atau tidak. Sekiranya ianya sahih, ianya boleh diumpamakan bailout "Kerajaan Negeri" kepada Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn. Di perenggan ke dua menunjukkan bahawa "PKINK" yang mem'bailout' Pusat Gadaian Ar-Rahn. Adakalanya saya terfikir, tidakkah emas dalam gadaian itu tidak mempunyai perlindungan Takaful langsung? Bagaimana agaknya kalau Pusat Gadaian Islam Ar-Rahn bukan milik kerajaan negeri? Bagaimana agaknya kalau kedai pajak gadai konvensional yang ingin menggunakan konsep Ar-Rahn, sekiranya dirompak, siapa mahu bailout? Persoalan lain yang muncul di fikiran ...

UMNO Cawangan Pulai Darat Membeli Belah di Kelantan

UMNO Cawangan Pulai Darat akan mengadakan rombongan ke Kelantan pada 9 mei ini . AJK ADA BUAT ROMBONGAN KE KELANTAN PADA AHLI DAN PEKERJA MASA PILIHANRAYA.BAYARAN YANG DIKENAKAN ADALAH RM30 JE. KITA AKAN PERGI PADA 9/5/08.APA YANG SAYA HARAPKAN PERJALANAN ROMBONGAN SELAMAT PERGI DAN BALIK. Langkah itu mungkin bertujuan sebagai protes senyap, kegagalan Negeri Melaka untuk menjadi destinasi membelibelah kerana tidak meletakkan Cold Storage di Pulai. Langkah ini menunjukkan Negeri Kelantan telah berjaya menjadi destinasi membeli belah bukan sekadar "berpontensi".

Politik PETRORINGGIT Anwar, Siapa akan Untung?

Percaturan Politik Anwar memang hebat, ia tidak bermaksud apa semua dia buat adalah betul. Dengan mempunyai parti yang hampir tiada jentera, PKR boleh menang banyak kerusi Parlimen. Kini ada percaturan baru dimana dikatakan ahli parlimen akan melompat. Samada benar atau tidak 20 30 ahli parlimen dalam tangan, dia telah membangkitkan suasana kononnya Pakatan Rakyat akan memerintah persekutuan. Pagi semalam di blognya sendiri, dia telah mengatakan Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus. Kalau kita lihat, ianya umpama gula-gula murahan, akan tetapi itulah politik. Politik yang menentukan siapa dapat apa siapa tak dapat apa. Sehari selepas pakatan rakyat membebaskan beberapa negeri, saya terus terfikir, Kalau Anwar pandai, dia akan gunakan air liur sahaja. Jika benar Ahli Parlimen Sabah Sarawak melompat, selain Sabah dan Sarawak, Siapa yang untung? Kelantan dan Terengganu Terengganu yang bergolak kerana PETRORINGGIT, akan mendapat royalti yang lebih. Kelantan...

Pemenang Subaru Impreza Dalam Peraduan PETRONAS Super Car Craze

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun dari Pasir Mas, Kelantan, Encik Mohamad Sukri Bin Zakaria, telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan PETRONAS Super Car Craze bagi bulan Disember 2007, sekaligus membawa pulang sebuah kereta baru Subaru Impreza STi bernilai lebih RM210,000.