Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Stesyen Minyak

Harga Minyak Apungan Terurus atau masih dikawal manusia?

Cantiknya nombor, semua ada hujung 0, 0, 0 Ini masihlagi Apungan Terurus atau dikawal manusia? Kalau Apungan Terurus, boleh sepakat pula harga semua hujung ada 0. Apungan Terurus atau harga yang diputuskan oleh Mesyuarat? Ahli Mesyuarat jenis kaki bundar? Perbezaan harga 95 vs 97 , secara tiba-tiba berubah drpd 20sen kepada 30 sen. Sememang aku tak percaya ianya sistem apungan terurus yang dikatakan bermula 1 disember 2014 yang lalu. Manusia tidak serik-serik nak cuba kawal harga. Mahu tersontot lagi dengan masalah-masalah subsidi dan penyeludupan?

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?

Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik? Jawapannya Ya dan Tidak. Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain. cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat. Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat. Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah. bila naik, stok jadi mahal, maka untung. Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga. Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku. Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki. Jadi stok masa nak naik sedikit. Masa nak turun pula, biasanya stok banyak. OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak? Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut Dalam sistem Akad sudah ke laut , pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual...

Pengapungan Harga Minyak ; Rafizi buat-buat bengong atau ....

Sambung lagi sedikit cerita pengapungan harga minyak.... Ada sedikit kepelikan sedikit mengenai pengapungan terurus harga minyak, Media Bahasa Melayu tulis "Hapuskan subsidi" media Bahasa Inggeris menulis tentang "Managed Float", jadi pemahaman pembaca ada berbeza-beza. Kalau managed float nampak baik sedikit. Kalau hapuskan subsidi nampak jahat. Maka muncullah wira politik yang baca sebagai "penghapusan subsidi", dok keluar hujah kaitkan subsidi IPP dan sebagainya. Bagi saya, subsidi yang menyebaban pembohongan harga adlaah tidak baik. Subsidi pada kroni IPP juga tak baik. Tetapi yang itu tiada kaitan sangat pengapungan harga. Dari sudut pandang saya, Apungan Terurus adalah lebih baik daripada rakyat dibohongan soal harga. Maka timbulkan persoalan buat-buat tak tahu daripada Rafizi budak kolej kesayangan KetUm.   Dia nak macam mana sebenarnya? Dia nak harga minyak turun 35% juga kah? Sudah tentu sebelum ini memang ada subsidi, maka se...

BN Akhirnya Mengaku Tak Mampu Kawal Harga Minyak

Akhirnya diumumkan bahawa Kerajaan menghapuskan kawalan harga terhadap RON 95 dan menjadikan "Managed Float" atau Apungan Terurus. Ianya belum 100% diapungkan, tetapi dia ikut lebih kurang harga sebenar. Maka tumbanglah rejim kawalan harga, yang dahulunya menyangka boleh mengambil tugas Allah dalam menentukan harga, namun pasti gagal. Sistem kawalan harga BN ini telah banyak menimbulkan banyak masalah. Masalah gula "tiada" bekalan, masalah minyak masak "tiada" bekalan walaupun negara kita adalah pengeluar sawit terbesar dunia. Ingat lagikah masalah disel  dikuotakan sehingga lori-lori besar keluar lebuhraya untuk beratur beli disel. Kemudian disebabkan kuota juga, Stesen minyak bergilir-gilir kehabisan bekalan, walaupun dalam perut bumi ada banyak lagi minyak. Tidak dilupai masalah penyeludupan yang berpunca daripada perbezaan harga yang ketara. Siap ada buat paip untuk terus salur ke Thailand. Itulah hasil daripada manusia yang nak cuba ...

Politik "Masalah Pengusaha Stesyen Minyak" Carca Merba

Apabila masalah komisyen rendah pengusaha Stesyen minyak "Diselesaikan" dengan meniakkan komisyen. Namun Komisyen itu sebenarnya belum direlalisasikan. Begitu juga pengurangan caj kad fleet oleh Syarikat minyak dan pengurangan caj kad kredit juga belum direlalisasikan. pengurangan waktu operasi drpd 24 jam ke 18 jam adalah langkah untuk mengurangkan kos. Kuasa diberi kepada pengusaha untuk memohon samada mahu membuka 24 atau tidak. Ada pengusaha yang mengurangkan waktu operasi kepada 18 jam untuk disesuaikan dengan arahan KPDN walaupun sebelum ini beroperasi 24 jam. Apabila KPDN mengumumkan Pengusaha boleh memohon untuk membuka 24 jam, maka Syarikat minyak memainkan peranannya untuk "menggalakkan" pengusaha jenamanya untuk membuka 24 jam. Pengusaha lupa yang janji manis komisyen dan caj kad belum direlalisasikan. Sepatutnya tiada satupun pengusaha memohon untuk menlaksanakan operasi 24 jam selagi komisyen 12.19 sen direalisasikan. Pengusaha boleh menggunakan kuasa ...