Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HD-DVD

DVD Chua Soi Lek dan VCD Ceramah

Akhir akhir ini, Video lucah Menteri Kesihatan Chua Soi Lek disebarkan dalam bentuk Video DVD. Pada masa yang sama, saya dan rakan saya menebarkan VCD ceramah dari rumah ke rumah. Ketika mulanya tersebar DVD Chua Soi Lek, maka saya terfikir, kenapa Format media skandal yang disasarkan kepada golongan Cina, lebih baik dari format media yang disasarkan untuk orang kampung? Ketika saya menyebarkan VCD ceramah, kami perlu bertanya tuan rumah, samada ia mempunyai pemain VCD atau tidak. Sambil mengedar risalah, saya terjenguk juga di dalam rumah orang, samada mereka ada pemain DVD atau tidak. Ada rumah yangmempunyai "Hi Fi complete set" yang boleh memainkan VCD. Nampaknya untuk dia naiktaraf kepada DVD, dia perlu beli 1 set yang baru? kebanyakan "HiFi" zaman sekarang pula tidak mempunyai "Line in". Akan tetapi, jika rumah itu hanya ada pemain VCD yang disambung terus kepada TV, maka mudahlah ia menaiktaraf ke DVD, kerana dia hanya perlukan membeli pemain DVD. Na...