Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Komoditi

Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan ?

Saya terjumpa sesuatu di posting Azlina Android Al-Hijawi , bukan dia cakap. Tiada apa yang signifikan yang boleh dicapai jika matawang ditukar ke dinar kerana 1. Sistem monetari sangat kompleks 2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang kertas ...tidak tampung nilai us dollar kepada gold... 3. Nilai dinar emas sendiri akan bersandarkan kepada emas komoditi yang jadi aset class yang nilai sentiasa berubah dipasaran...  Jadi saya jawap satu persatu... 1.Sistem monetari sangat kompleks  Wang Fiat itu yang kompleks,  Dengan Fractional reserve Banking,  Hutang boleh dijual, hutang jadi deposit, looping sana sini. Emas perak tak kompleks pun. 2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang k...

Cetak Duit Fiat Tak Semestinya Inflasi

Ini adalah sebahagian daripada tulisan Ustaz Zaharuddin pada catatan bertajuk Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara. Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh. Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply. Justeru, cetakan wa...

Krisis Ekonomi : Bersedia Untuk Kemungkinan Terburuk

Apabila kita melihat cara hidup masyarakat hari ini, seolah-olah tidak akan berlaku krisis ekonomi. Beberapa jaminan diberi seolah-olah kita akan betul-betul terselamat daripada krisis ekonomi. Sebenarnya kita tidak boleh meramalkan bentuk apa krisis ekonomi akan berlaku terutama sekali yang berkaitan dengan komoditi. Krisis Ekonomi berlaku apabila harga komoditi terlalu rendah atau harga komoditi terlalu tinggi? Ketika zaman harga minyak melonjak ke tahap USD 140 setong dulu, ramai diantara kita yang berasa susah akibat kenaikan harga minyak. Tanpa disedari ianya sebenarnya rahmat bagi negara yang kaya dengan komoditi Minyak, getah, sawit. Kini berlaku kejatuhan harga. Ada yang bersorak gembira harga minyak diturunkan malah mahu minta diturunkan lagi tanpa menyedari nasib penoreh getah. Yang mana satu hendak digelar krisis ekonomi? semasa ia tinggi atau rendah? Daim sudah kata "Prepare for the worst" . Tidak dapat dibayangkan bagaimana "the worst" itu. Tetapi mari...