Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perkauman

Setiap Undi Adalah Penentu, Bukan HANYA undi 11% Cina Sahaja Penentu

Harap maaf, jika catatan ini mengguris sensitiviti. Pada PRK Kuala Terengganu, 11% pengundi adalah Cina. Namun, banyak suara-suara mengatakan "undi Cina adalah penentu". Jika difikirkan balik, adakah undi 88% yang lain itu bukan penentu? Memang tidak dinafikan wujud politik perkauman dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan. Saya bukan jenis yang terlalu terima hakikat tembok perkauman sudah runtuh. Jika tembok perkauman sudah runtuh, kenapa pula di kawasan Majoriti Melayu, dilaungkan pula undi cina jadi penentu. Mana tidaknya makcik-makcik di kampung risau tentang survival melayu jika 88% undi tidak dilaungkan sebagai "penentu" tetapi yang 11% itu juga yang dikononkan sebagai penentu. Jadi, jangan terperengakap dengan agenda " 11% Undi Cina adalah penentu ". Ada juga kawasan dimana Kaum Melayu adalah minoriti, ada kawasan dimana india minoriti, ketapi tidak pula kedengaran "Undi Melayu adalah penentu" atau "Undi India adala...

Ahmad Ismail hanya digantung keahlian - Malaysiakini

Menurut Malaysiakini, Ahmad Said di gantung keahlian UMNOnya selama 3 tahu n. Adakah itu hukuman bagi rakyat Malaysia yang mengapi-apikan perkauman? Apakah hukuman sekiranya seseorang yang mengapi-apikan perkauman itu bukanlah terdiri dari ahli parti politik? Sekiranya Ahmad Ismail keluar UMNO sekalipun, dia masih lagi bebas untuk meng api-apikan perkauman. Sekiranya Abu, bukan nama sebenar, seorang yang bukan ahli UMNO, mengapi-apikan perkauman, apa hukuman yang dia akan terima? Dari sudut lain. Apabila Mahahtir keluar UMNO, Ezam masuk. Bila Mahathir Masuk, Ahmad Ismail digantung .