Isteri saya baru belikan saya kasut baru, sempena Kasut Buatan Gombak yang entah kemana. Kasut Jenama Nike, Kalau menurut Buku Chasing Cool , Nike adalah "iPod of the Industry" dalam sektor perniagaan kasut. Tapi bila saya tengok kotak kasut itu, Tidaklah seberapa, serupa kotak kasut Bata sahaja. Saya masih ingat lagi kotak kasut "Alain Delon" saya dulu, Kotaknya cantik, kawan sepejabat saya ambil kotak itu untuk simpan barang dia, kerana "Dia Cantik". Saya tak nampak sangat ke'cool'an Nike berbanding dengan jenama kasut lain, mungkin kerana kita berada di Malaysia, iklan tak seberapa. Walaubagaimanapun, Nike dianggap cool mungkin di Amerika Syarikat sahaja, mungkin atas sebab itu Steve Job memilih Nike untuk digandingkan dengan iPod Nano. (Nano disini merujuk kepada iPod Nano, bukannya Nano Editor) . Bila kita lari, bunyi ditelinga akan dimainkan dengan rentak larian kita, kemudian disimpan di iPod, kemudian ada persian di OSX atau Windows yang ...