Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mobile

Terkejut 'bela' kacang dalam telefon bimbit

MERLIMAU - Seorang Lelaki terkejut melihat foto kacang merah yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya. Hasbullah Pit, 39, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain. Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu. “Saya terkejut melihat anak menekan About Device kemudian menekan Menekan Android berturutan lalu keluar gambar kacang merah. Hasbullah berkata, gambar kacang berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar kacang dibawa masuk ke dalam restoran yang tidak membenarkan bawa makanan sendiri. Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan. Agak mengejutkan lagi, apabila di telefon isterinya, tidak keluar gambar kacang apabila menekan kod yang sama, sebaliknya keluar gambar lolipop

Penetrasi Mudahalih vs Blogawati + Nuffnang

Penetrasi mudahalih (Mobile penetration) meningkat dengan jayanya. Hasil kerja Google dengan Androidnya dibantu oleh rakah perkakasannya dari Asia, menjadikan peranti mudahalih menjadi murah. Dulu ketika saya berblog, mungkin Google Adsense jual mahal, susah untuk luluskan blog tempatan. Maka ramai beralih ke Nuffnang, Advertlets pun ada ketika itu. Nuffnang menjaga baik blogger terkemuka , sehinggakan ada kadar khas gelirati pada blogger yang lebih tinggi daripada bukan gelirati. Saya mengambil sedikit masa untuk melihat manakah blog popular yang mesra mobile, yang mana boleh diiklankan secara mobile pada blog tersebut. Cari punya cari, umpama mencari rambut di dalam tepung. Kebanyakkan blog tempatan adalah Nuffnang, dan mereka biasanya tidak menghidupkan versi mobile mungkin kerana iklan nuffnang tidak keluar di situ. Tetapi Nuffnang belum ada pakej iklan mobilenya. Jadi macam mana kita nak iklan pada blog blogawati mudahalih? Cari punya cari, baru jumpa 2 blog bloga...

Arus WeChat Golongan Muda, dari perpekstif orang tua

Penetrasi internet dalam satu tahun kebelakangan ini agak pelik, apabila ramai yang tidak pernah menggunakan komputer pun nak ke internet. Fenomena ini menyebabkan hoax tahun 90an pun timbul semula. Mereka baru jumpa tahun 2014. Maka mereka sebarkan, termasuklah "Progesterex" muncul semula. Semalam Sang Amran ada memaparkan statistiknya mengenai peratusan yang tinggi yang menggunakan mobile . Ya, saya sedar, memang peratusan penggunaan mobile sudah hampir 90% daripada keseluruhan Internet dan 35% adalah "mobile only". Yang 90% itu termasuk yang guna desktop dan tablet sekali. Itu baru mukaddimah. Yang nak saya ceritakan ialah tentang wechat. Pakar pemasaran internet, mana yang berkiblatkan barat, biasanya tak cerita wechat. Sebab WeChat itu berasal daripada Asia, dan mungkin lambat tiba di Amerika. Tetapi Wakik pemasaran internet di Malaysia berbeza, dimana WeChat adalah salah satu perkara popular di kalangan muda mudi. Ya saya sudah tua. Say...