Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bluejacking

Khairy Jamaludin rupanya baru tahu

Cendiakawan Oxford, Khairy Jamaludin akhirnya baru tahu yang Orang Indonesia tidak suka dipanggil "Indon". Petikan KJ di berita harian ... "Jika kita tahu panggilan ini menyakitkan hati mereka (rakyat Indonesia), saya percaya kita perlu berhenti menggunakan panggilan itu. " Adakalanya saya tertanya adakah dia tahu yang Pluto sudah lagi tidak menjadi Plane t? Adakah dia tahu yang Bluejacking berasal dari Malaysia ? Sudah pasti dia akan mencadangkan anugerah Dato kepada "Ajack" Bercakap tentang panggilan, Adakah dia tahu yang orang Acheh tidak suka dipanggil sebagai orang Indonesia? dan Orang Merlimau tidak suka dipanggil sebagai orang Jasin? Adakah dia tahu yang Selatan Thai itu patut dimerdekakan oleh orang Melayu? Akhir sekali, adakah dia tahu bahawa ramai orang tidak suka dia?

Bluejacking Berasal daripada Malaysia?

Tahukah anda 'bluejacking' dijumpai di Malaysia? Bluejacking, suatu proses dimana menghantar mesej melalui bluetooth, ke telefon bimbit yang automatik terima mesej bluetooth. Sebenarnya ia adalah pepijat (bug) yang ada pada telefon Nokia. Sejarah bluejacking Di Forum esato.com, bluejacking telah dijumpai oleh seorang pengguna yang mempunyai gelaran 'ajack', atau nama sebenar Adrian Chiang . Di dalam sebuah Bank tempatan, dia telah menghantar mesej daripada telefon Ericsson R520 nya ke telefon Nokia lain, tanpa penerima itu dimaklumkan untuk terima atau tidak. http://www.esato.com/board/viewtopic.php?topic=15976 dari situ bermulalah bluejacking Ketika itu, amatlah mudah untuk bluejacking, kerana telefon terus automatik terima. Zaman sekarang, mungkin susah sedikit kerana telefon kini akan bertanyakan samada hendak terima atau tidak. Saya tahu, ramai pengguna telefon di Malaysia tidak menghidupkan bluetooth pada telefonnya kerana "takut virus". Itu cerita lain,...