Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ISA

Mat Sah GMI sudah mempunyai Blog

Dulu saya bersahaja meninggalkan ulasan di blog kak Laila , supaya Kekanda Mat Sah mempunyai blog sendiri. Hasilnya, http://matsahgmi.blogspot.com/   Sehingga hari ini saya masih belum tahu, sampai bila Mat Sah tak boleh keluar dari Ampang.

Gambar Kak Laila GMI Senyum Sampai Telinga

Setelah Suaminya dibebaskan ,  Kak Laila GMI Senyum Sampai Telinga

Dibebaskan dengan Ikat Jamin , Makanan di Lokap

Saya antara " 17" yang lambat dibebaskan dalam penangkapan ketika Demonstrasi Mansuhkan I.S.A. Saya ditahan pada  11 pagi 1 Ogos, dan keluar lebih kurang pukul 6 petang 3 ogos. Sebenarnya bukan "17 yang belum dibebaskan", ianya 30. Kalau tidak termasuk YB Sivarasa, 24 lelaki & 5 perempuan. 1+24+5 = 30. Ramai yang ditangkap ketika hari demonstrasi, ramai juga yang tidak sempat berdemonstrasi, tetapi sudah ditangkap. Dalam ratusan yang ditangkap ketika hari itu, tidak sampai seratus yang berjaya polis bawa lari ke Bukit Jalil untuk diremankan. Orang Melaka ialah saya, Jazlan, Fetri dan Helmi (Unit Amal), Pada hari ahad, berlakunya perbicaraan dimana pihak polis perlu meminta tambahan haridireman, namun ramai dibebaskan kerana didapati tiada keperluan untuk menambahkan bilangan hari untuk direman. Maka tinggallah 26 orang lelaki sahaja. Sel YB Sivarasa berhadapan dengan sel saya, disebabkan kesemua penghuni sel beliau telah keluar, maka dia dipi...

Pengikat Kepala Mansuhkan ISA

Dean Pemuda PAS kawasan Jasin ada menjual Pengikat kepala MANSUHKAN ISA boleh dipakai oleh orang dewasa dan kanak-kanak Boleh dipakai  di sekolah tertentu sahaja, dimana pelajar boleh ' meniage ' kepada guru dan kawan-kawan. Pengikat Kepala MANSUHKAN ISA boleh dibeli di 1. Ceramah Ir Nizar di Bukit Katil 22 hb Julai 2009 2. Ceramah Mansuhkan ISA di Permatang Pasir 26 hb julai 2009 3. Ceramah YB Salahuddin di Sebatu 29hb 2009. atau melalui ejen-ejen.

Mahaguru58 Menafikan Dia Ditahan ISA

Semalam ada 2 blog yang menyiarkan kononnya Mahaguru58 di tahan ISA. Bantah ISA » nnora75reform Senarai Tangkapan Terkini ; ISA » Pertapa Arjuna Saya agak risau juga, kerana Mahaguru agak rapat dengan saya di YM. Akan tetapi, kalau Mahaguru ditangkap, mesti sudah tersiar di Malaysiakini. Jadi, sepanjang malam saya risau. Pagi ini, masih lagi tiada jawapan daripada Laxamana atau Nora tentang kesahihan beritanya. Maka, apa susah sangat, zaman ini bukan zaman blog sahaja, telefon masih digunakan. Maka saya pun telefonlan mahaguru58, lambat angkat, saya sudah berdebar. Tapi kemudian dia angkat. Sah tidak ditahan ISA. Dia memaklumkan dia tidak ditangkap dan mengatakan menelefonnya menelefonnya. Kalau dia ditahan ISA, macam mana dia boleh angkat telefon?  

Teresa 'Madu' Kok Ditahan ISA

Baca dulu Catatan Al-Bakistani tentang, orang UMNO itu "Madu " .  Walaupun catatan itu tidak populis, namun ia bermakna. Alasan yang diberikan ialah... Orang UMNO atau Ahli UMNO, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Presiden UMNO sekalipun, bahkan orang UMNO selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam. Berdasar kata-kata sebegitu, tidak hairan kalau saya mahu mengganggap Teresa Kok sebagai "Madu" walaupun ada perbuatannya yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam. Ianya tidak mustahil, ubah sahaja ayat jadi begini. Orang DAP atau Ahli DAP, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Teresa Kok sekalipun, bahkan orang DAP selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam Tak mustahil, dia boleh memeluk Islam. Ada sesiapa sini yang mengatakan mustahil? Akan tetapi, baru semalam saya menyatakan bahawa saya tidak mahu berper...