Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel astro

Tolong! Aku belum Merdeka dari 'Remote Control Amp'

Selamat bersedia untuk 'Merdeka', hidup kita semakin hari semakin kurang merdeka. Ada sahaja candu yang membuatkan kita bergantung pada itu dan ini. Merdeka sering ditafsirkan dengan 'sudah senang', walhal merdeka adalah bebas daripada pergantungan, walaupun terpaksa hidup susah. Ini alat kawalan jauh saya untuk amp. Biasanya amp mempunyai knob (apa istilah BM nya? ) Knob mengawal kekuatan bunyi. Kebiasaannya, pelanggan astro mengawal bunyi dengan alat kawalan jauh astro. Namun, disebabkan saya memilih untuk menggunakan isyarat audio yang keluar adalah digital maka sudah tidak boleh mengawal kekuatan bunyi menggunakan pendekod Astro. Pelik juga, kenapa dia tak buat isyarat digital yang boleh di naikturun. Peranti lain pun ada juga yang boleh keluarkan isyarat digital, tapi boleh pula turun naik volum. Dijadikan cerita, knob amp memang susah lama rosak. Jadi satu-satunya cara untuk menaikturunkan kekuatan bunyi adalah menggunakan alat kawalan jauh ...

Bahasa Melayu Rancangan BOLOS Astro Ria

Kenapa pengacara perlu menggunakan istilah "korang" dan "diorang" sedangkan "anda semua" dan "mereka" bukanlah sesuatu yang sukar untuk disebut oleh pengacara berbayar itu. Mengapa terlalu banyak penggunaan "ke" bagi menunjukkan maksud "atau" ? Terutama sekali melibatkan Saluran Astro Ceria dimana ramai kanak-kanak belajar bahasa daripada situ? Adakah ia memang disengajakan?

Sistem Penomboran Saluran Astro yang memeningkan

Tahniah kepada Astro kerana mengkategorikan salurannya tidak berterabur seperti sebelum ini. Namun terdapat beberapa masalah. Kanak-kanak amat sukar untuk menekan "612" pada alat kawalan jauh. Kanak-kanak yang selama ini sering tekan sendiri "61", "63" kini bermasalah untuk menukar siaran. Namun kanak-kanak yang cepat belajar, boleh belajar "612" dan kemudiannya guna (+) & (-). Ketidak pandaian kanak-kanak bukan alasan untuk astro tidak mempertingkatkan kebolehgunaan. Bagi bagi saya sendiri, biasanya akan ke 50 untuk navigasi saluran-saluran informatif, tekan 90 untuk navigasi siaran siaran berita, tekan 40 dan kemudian (+)(-) untuk navigasi saluran cereka. Namun dengan penomboran baru . Ia amat sukar, bukan salah untuk guna nombor ratus ratus, tetapi sistem penomboran bagi setiap kategori tidak bermula dari nombor yang seragam. sebagai contoh, Siaran 1xx, tidak bermula dari 100, tetapi dia bermula dari 101. siaran kartun pula bermula dari 6...

Ebi dan Mila ber'My Heart' pada SE k800i

Sila klik gambar dan anda akan kelihatan lebih muda jika kepala anda disengetkan sebegitu . Ebi dan Mila kelihatan menyuakan mikrofon sesama sendiri. Video itu asalnya berada di Youtube, ditukarkan kepada .3gp menggunakan vixy.net seperti yang dicadangkan oleh versimelayu . Kemudian dimainkan pada SE k800i. Anda juga mungkin boleh menukar video youtube kepada .3gp menggunakan cara Mypapit Saiz failnya agak besar, 18Mb, Sekira anda menggunakan SE k800i, ia seakan-akan hang ketika cuba memainkan video itu. Tetapi sebenarnya tidak, hanya pengurus failnya yang seakan-akan hang, bukannya pemain video. Tips: Seandainya anda ingin memainkan video yang besar pada SE k800i, pilih video yang kecil yang lain , kemudian tetapkan orientasinya sebagai lanskap, kemudian pergi ke kiri/kanan untuk mencari video itu. Mainkan ia. atau mungkin anda menggunakan pengurus fail MIDP 2.0 yang lain Ebi , Mila , AF5 , Hiburan , k800i

Tamatkan Astro, beli AppleTV atau perekod DVD

Harga bayaran bill Astroastro akan naik. Kalau duit astro itu dikumpul tak sampai 2 tahun sudah boleh beli perekod dvd. Siapa yang akan dapat lebih kandungan? Seseorang yang tidak melanggan Astro tetapi merekod sebanyak mungkin kandungan TV tak berbayare menggunakan komputer atau AppleTV atau perekod DVD. berbanding Pelanggan Astro biasa tanpa rekod berbanding dengan Pelanggan Astromax Sudah tentu kalau digabungkan semuanya, orang itu akan dapat banyak kandungan. Bayangkan, dengan TV tak berbayar biasa, saya rasa kita boleh mendapat lebih kandungan dalam jangka masa panjang berbanding dengan Astro. Bayangkan dengan perekod DVD, digabungkan dengan komputer, kita boleh arkibkan rancangan TV yang ada daripada TV 1, TV2,TV3, ntv7,8tv, tv9. kemudian tukarkan video itu ke format yang boleh ditonton oleh SE k800i. Apabila Astro menaikkan harga, pengguna sepatut menyatakan mesej kepada astro. samada dengan:- 1. Tamatkan astro (boleh langgan semula jika perlu) 2. Kurangkan langganan 3. lambat b...