Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ali Rustam

Pesanan Ali Rustam kepada Rakyat Jelata Isu Hutang dan Lelong

Pesanan Ali Rustam kepada Rakyat Jelata, tok nujum ,bumiputera berjaya dan geng nya;tak habis habis dengki orang melayu beli kedai pun tuk nujumdengki,tak baik, sejak niaga EOM DAPAT KUTIP RM5JUTA , SYARIKAT EOM KONGSI ADAM YONG ABDULLAH DENGAN KMB ADAM 60PERATUS KMB 40 PERATUS,PROJEK PERTAMA GONDOLA RM 23JUTA , ADAM 60% KMB 40% , BANK TAK BAGI PINJAMAN SEBAB TU ......ADAM YONG ABDULLAH TAK DAPAT BAYAR BAYARAN PINJAMANIA KPD PEMBEKAL DI BELGIUM RM17JUTA ,BUKAN SALAH MELAKA; BILA LELONG NANTI KMB AKAN BELI 'NIAGA NI UNTUNG SEJAK OPERASI DAH DAPAT RM5 JUTA RAMAI DAPAT KERJA DAN NIAGA , PAS ,DAP,PKR APA TAHU MENGATA ORANG AJE,MB SELANGOR HUTANG BANYAK, KETUA MENTERI P.PINANG KENAKAN PARKING MERATA P.PINANG TERMASUK HARI AHAD ,DAN TIDAK BANTU RAKYAT UNTUKNIAGA,MACAM MACAM LAGI, MB KELANTAN ASYIK KATA ORANG UMNO TAKMASUK SYURGA,NASIB BAIK KERAJAAN PERSEKUTUAN BERI RM9 B RM9 KEPADA KELANTAN SEDANGKAN KELANTAN BAYAR CUKAI RATUS JUTA SAJE, DALAM RM9 SEDANGKAN MELAKA BAYAR RM 10 BILLION ...

Hutang Eye on Malaysia, Melaka sudah seperti Dubai?

Marilah kita bersuka ria mendengar kata kata indah .... Eye On Malaysia tidak membazir bahkan dapat membantu merancakkan kegiatan ekonomi Negeri Melaka dan ramai rakyat akan dapat faedahnya. Kos RM 40 juta akan dikeluarkan oleh sektor swasta sebanyak 60 peratus bersamaan RM 24 juta dan anak syarikat Kerajaan Negeri RM 16 juta berbentuk tanah dan bakinya RM 11 juta berbentuk pinjaman. RM 11 juta berbentuk pinjaman itu tidak pula dinyatakan siapa yang meminjam, dan pinjaman itu daripada siapa. Kerajaan Negerikah? Atau Syarikat Kerajaan negeri? Diberitakan pula syarikat Belgium, Fitraco NV nak ambil balik buaiannya kerana ada pihak pengurusan yang terdiri daripada MSt Ad & Kumpulan Melaka Berhad tak bayar RM 17 juta. Sebelum ini, indah sungguh perkhabaran, kos 24 juta ditanggung swasta, tidak melibatkan wang rakyat. Seolah-olah ada syarikat swasta yang ada duit lebih, nak tolong tanggung kos buaian itu. Namun berlaku satu perkara pelik, apabila hutang tidak di bayar ...

Anugerah Datuk di Melaka Mengalami Inflasi semula

Tahun ini, (2009) bilangan penerima anugerah datuk Negeri Melaka DGSM = 5 orang Datuk Seri DCSM = 10 orang Datuk Wira DMSM = 75 orang Datuk Menjadikan jumlah keseluruhan 90 orang. Tahun 2008 = 78 orang Tahun 2007 = 80 orang. Inflasi 15%

UMNO BN Ajar Teknik C&H Jatuhkan Ketua Menteri...

UMNO / BN telah mengajar kita semua, satu kaedah untuk menjatuhkan seseorang daripada sesuatu jawatan menggunaakan kaedah Cekik & Heret, atau dikenali sebagai " C&H ". "C&H" kemungkinan ditiru daripada antaramuka komputer yang dipanggil "Heret dan Jatuh", atau dalam Inggerisnya "Drag n Drop",. Di dalam MacOS, apabila sesuatu fail dicekik dan diheretkan ke tongsampah, maka fail itu akan dipadam. Begitu juga Sivakumar, dia dicekik dan diheretkan. Namun Kaedah Cekik & Heret atau "C&H" adalah ajaran UMNO/BN janganlah ditiru, walaupun ianya berkesan untuk menjatuhkan seseorang dari jawata. Harap Rakyat Melaka Janganlah menggunakan kaedah Cekik & Heret (C&H) untuk menjatuhkan Ketua Menteri yang Rasuah. 2 Sebab mengapa Rakyat Melaka Tidak Perlu gunakan C&H untuk menjatuhkan ketua Menteri. 1. Kaedah itu adalah ajaran UMNO, melainkan ahli UMNO yang melakukannya sendiri. 2. Kaedah itu akan meny...

Ali Rustam Masih Mampu Menjadi Penentang British dan Belanda No 1.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan Jambatan Melaka Dumai. Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam). Walaupun Ali Rustam itu partinya berlainan dengan saya, namun saya menyokong pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai, dan menyokong DMDI. Sekiranya Ali Rustam tidak berkuasa lagi dalam Melaka, maka mungkin idea Jambatan ke Dumai akan tenggelam. Maka, Ali Rustam masih diperlukan untuk meneruskan cita-cita membina Jambatan ke Dumai, walaupun di luar UMNO, walaupun tidak di tampuk kuasa. Saya menyokong jambatan ke Dumai, adalah kerana ia menjadi satu asas kukuh menentang perjanjian Inggeris Belanda 1824. Jambatan ke Dumai, seolah-olah membatalkan perjanjian Inggeris Belanda itu. Walaupun 2 hujung jambatan itu dijajah oleh penjajah yang berasingan, tidak semestinya ia tidak mampu disambung oleh kita. Oleh itu Ali Rustam perlu selesaikan dahulu masalah rasuah, dengan meminta dirinya disiasat,dibicara dan dihukum, dipenjara . Selepas menjalan...

Ali Rustam Tidak Perlu Letak Jawatan Kalau......

Ali Rustam tidak perlu letak jawatan kalau dia tidak bersalah. Akan tetapi situasi yang berlaku, ialah Ali Rustam akur segala keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Sekiranya Ali Rustam benar-benar tidak bersalah, maka dia sepatutnya berani mengatakan dia tidak salah bukan sekadar akur dan buat rayuan dan akur lagi. Apa yang berlaku ialah seolah-olah kejadian menyalahkan kenapa yang lain tidak dilarang bertanding, kenapa Ali Rustam seorang sahaja yang dilarang bertanding. Kalau Ahmad mencuri dan ditangkap dan dikurungkan, mengapa pula Ahmad hanya salahkan, kenapa tak tangkap Abu, dia pun mencuri juga. Kalau Ahmad tidak mencuri, Ahmad sepatutnya berkata dia tidak bersalah, bukan persoalkan jenis hukuman. Jadi, sekiranya Ali Rustam tidak bersalah, dan kononnya dianiayai Lembaga Disiplin UMNO, maka laporan ke SPRM oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan Syamsul Iskandar adalah sesuatu yang tepat. SPRM boleh menentukan Ali Rustam tidak bersalah, jika dia benar tidak bersalah dan dianiayai Lem...

Ali Rustam Mahu Dirinya Dipenjarakan?

Persoalan Ringkas Ali Rustam di Media masa .... "kenapa Anwar Ibrahim boleh jadi ahli parlimen sedangkan dia masuk penjara enam tahun? Itu jawab dulu.  Mengapa Lim Guan Eng boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan dia dah masuk penjara dua tahun?  Itu jawab dulu.  Kalau ini dia boleh jawab saya akan jawab apa yang dia tanya kepada saya." Persoalan Ali Rustam seolah-olahnya dia  buat-buat tidak tahu bahawa Anwar dan Lim Guan Eng telah pun menjalani hukuman diatas 'kesalahan' yang disabitkan ke atas mereka. Dalam erti kata lain, dia mahu dirinya dipenjara dahulu, supaya dia boleh menjadi Ketua Menteri semula.

Di Masjid MITC , Polis Gagal Menangkap Perasuah,

Sepasukan Polis telah gagal menangkap perasuah pada perhimpunan di Masjid MITC. Polis merapati Saudara Adly, mungkin kerana mukanya ada iras-iras perasuah itu? Mungkinkan wajah perasuah itu, menyerupai Adly sekiranya perasuah itu mencukur misainya? Orang ramai, berdiri dalam sesi kawat cam itu. Terdapat seorang Doktor tersohor di Merlimau, memperagakan janggutnya, supaya dia tidak kelihatan seperti perasuah yang dicari. Wujud juga kemungkinan perasuah itu memakai janggut palsu. Beberapa polis, memberagakan topi keledarnya, sambil mencari perasuah setelah mendengar laungan.. "Polis! Polis!" "Tangkap Ali" "Ali Apa?" "Ali Rustam" Namun usaha mereka gagal. Namun, usaha mereka tidak sia-sia, kerana berjaya menangkap sebatang kayu. Kayu itu pernah terlibat dalam demonstrasi menentang Kezaliman Israel di Masjid Al-Azim dulu. Itulah pertama kalinya kayu itu cuba mengibarkan bendera Melaka. Sebelum ini ia sering mengibark...

Trak FRU Terbalik, Tetapi Bukan ke Melaka untuk Perhimpinan 'Letak Jawatan Ali Rustam'

Menurut sumber sejenis Nasi , Trak FRU Terbalik, Tetapi Bukan ke Melaka untuk Perhimpinan ' Letak Jawatan Ali Rustam ' Oleh kerana Trak FRU telah tersalah arah, maka Perhimpunan di Masjid MITC pada 20 Mac dijangka tidak akan dihadiri trak yang terbalik itu. Trak yang tidak terbalik tidak boleh dipastikan samada akan hadir atau tidak. Oleh itu, mari kita sebagai rakyat bekas Kesultanan Melayu Melaka, berhimpun di hadapan Masjid MITC , selepas Jumaat untuk menyatakan bantahan terhadap perasuah yang bernama Ali Rustam. Sila bawa bendera Melaka banyak-banyak. Pakai Baju Melayu, atau atau pakaian tradisiional, atau pakailah apa pun yang menampakkan anda lebih kacak daripada Ali Rustam. contoh 2 pemuda kacak : Jel rambut Kelihatan Basah (Wet look Gel) , boleh didapati di kedai-kedai berhampiran. Kalau tak mampu beli, sila gunakan Air paip.

Lagu Rap untuk Ali Rustam

Lagu Rap untuk Ali Rustam Lirik: Mutaligat Lagu: AwesomeSRS Penyanyi: [   Sedang di cari  ] Klik segitiga & nyanyi sendiri Hajat di hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai Dari semalam duduk termenung Tiada lagi ketawa dan hilai Cita-cita nak jadi TPM Kempen di buat serata negeri Jangan-jangan dicekup SPRM Malu muka pucat gigi Malunya muka kena tindakan Tamak kuasa dan juga kedudukan Ali Rustam letak jawatan Itulah langkah mesti dilakukan Buka tak malu muka tembok Diri sendiri tiada maruah Tiap hari buat-buat sibuk Rupanya terlibat dengan rasuah Rakyat segan ketua rasuah Sudah rasuah tidak mengaku Pemimpin kita tiada maruah Tebalkan muka hendak merayu Makan lada makan cili Terasa pedas makan gula Ketua Menteri tiada integriti Lebih baik berhenti bertaubat segera ---- Sekiranya anda boleh menyanyikan lagu itudengan baik, nama anda akan diletakkan sebagai Penyanyi.

Penjelasan Ali Rustam tentang PPSMI ... Saya nantikan

Dengar cerita Ali Rustam mahu adakan sesi "Penjelasan" tentang isu PPSMI . Tidak sabar pula saya ingin mendengar penjelasannya itu. Bagaimana agaknya "Penjelasan"nya itu? Adakah sudah jumpa segala jawapan kepada hujah yang ada dalam buku Prof Abdullah . Paling saya tidak sabar, ialah penjelasan Ali Rustam, jawapan bagi pengintegrasian ilmu bagi pihak penyokong PPSMI. Kalau ada sesiapa ada jadual sesi penjelasan tentang isu PPSMI, sila beritahu saya. Nak tahu juga apa jawapan kepada persoalan "Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu"? Adakah British mencagarkan nyawa permaisuri Elizabethnya sendiri sebagai jaminan bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu? Atau British cagarkan Jambatan London? Adakah British pernah memberi jaminan sebegini: Kalau roboh Bahasa Inggeris Jambatan London kami bawakan Kita nantikan

Ali Rustam kata "PECAT PECAT"

Dulu, Ali Rustam pernah menyarankan supaya Pakatan Rakyat memecat Teresa Kok . Semalam Ali Rustam telah cadangkan supaya Karpal Singh 'memecat' Anwar melalui DAP iaitu dengan menggugurkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng . Kalau Karpal benar tak suka bangAnwar ia bolih pecat bangAnwar melalui DAP…   ….juga gugurkan KIT SIANG dan GUANG ENG dari penasihat dan Setiausaha Agong DAP KERANA TAK IKUT ARAHAN ,,,,, KARPAL SINGH sebagai PENGERUSI DAP Dulu, Ali Rustam telah mencadangkan supaya Lee Kah Choon (Gerakan ketika itu) meletak jawatan kerana berkerjasama dengan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. "Pecat Pecat Letak Jawatan." "Pecat Pecat Letak Jawatan." Apa yang dia kata, adalah menggambarkan dirinya sendiri. Jikalau dia sendiri suka cadangkan kepada orang lain supaya, 'pecat pecat letak jawatan', bagaimana pula dengan dirinya sendiri? Mesej yang tersirat adalah "Kalau kau ada kuasa, kau pecatlah" Dia mempunyai kuasa di da...

Teknik Menambah Bilangan Pelancong India oleh Ali Rustam

Ali Rustam ada langkah tambahan untuk meningkatkan pelancong India 1. Beri Gelaran Datuk kepada artis India. 2. Gugurkan Kerakyatan penyokong hindraf. Perbuatan ahli HINDRAF memburukkan kerajaan dengan menfitnah adalah satu sabotaj dan tidak setia kepada negara maka eloklah yang punya diri meletakkan kerakyatannya dari menjadi warga Malaysia atau pun kerajaan Malaysia melucutkan kerakyatannya. Maka automatik penyokong hindraf dikira sebagai pelancong dan pelancong india bertambah,

Cadangan Layang-Layang di Sekolah, Ali Rustam Merepek Lagi?

Saudara Adihamka pada blognya pukul habis Ali Rustam apabila Ali Rustam mencadangkan supaya permainan layang-layang diperkenalkan di sekolah .Kemudian Ketua Pemuda PKR juga tolong pukul . Bagi saya, Ali Rustam memberikan cadangan yang tidak tepat bagi penyelesaian masalah. Namun masalah tetap ada. Dia mencadangkan begitu untuk mengekalkan permainan tradisi. Permainan tradisi kalau tidak dimainkan, dia akan pupus. Perumahan jenis teres dan pangsapuri tidak menggalakkan. Saya tidak tahu, kenapa semua perkara hendak diterapkan di sekolah. Seolah-olahnya dengan menerapkan sesuatu di sekolah semua akan menjadi. Saya tidak setuju pelajar dilarikan fokus daripada pendidikan hanya kerana mahukan anak-anak mengenal sesuatu. Satu bentuk pemikiran wujud dimana mereka sering berfikir semua benda perlu diterapkan di sekolah. Kita panggil pemikiran ini ialah sumbatsemuadisekolahisme . Jikalau benar Ali Rustam mahu kekalkan permainan tradisi sehingga boleh dimainkan oleh kanak-kanak ma...

Isu IJN, Perlancongan Kesihatan, Ali Rustam, Merlimau, Malaysiakini

Saya agak sukar untuk mengulas tentang isu IJN kerana saya masih belum mendapat cukup maklumat. Ingin juga saya mendengar hujah pihak yang menyokong pengswastaan IJN itu. Menurut blog Anil Netto, pengswastaan itu adalah sebagai langkah meningkatkan perlancongan kesihatan . Dalam kes ini saya tidak pasti siapa yang memerlukan siapa. Kementerian kewangan perlukan dana Sime Darby untuk buat Hospital Jantung Swasta atau sebaliknya? Saya tidak rasa Sime Darby kemaruk sangat keuntungan sehingga perlu melabur pada hospital yang bakal di swastakan. Sime Darby dikatakan akan membeli 51% daripada IJN, untuk sayap swasta IJN dapat beroperasi secara komersil. Kenapa 51% bukan bawah 50%? itu persoalan dari saya. Mengapa perlu IJN ada sayap swasta, ada sayap bukan komersil? Saya bukan menolak Hospital Jantung Swasta secara total, kerana perlancongan kesihatan adalah satu jenis perlancongan yang sihat. Datang sakit, balik sihat. Jikalau Sime Darby merasakan perniagaan Hospital Jantung menguntungkan m...

Bila Masa Pula PAS Melaka, Selangor, Perak Kurniakan Datuk Pada Shahrukh Khan?

Kadang Kala Skuad DUN Batu Caves ini menggelikan hati, catatan blognya yang memerli pengurniaan Datuk kepada Shahrikh khan , akan tetapi mengeluarkan kenyataan memerli kepada blogawan yang menegur tentang "gambar" DSAI. p/s mana blogger yang sibuk pasal gambar dsai dulu tu...?? ni apa cerita? apa faedah untuk negara?? Blogawan yang sibuk pasal "Poster" atau "gambar" DSAI di Batu Cave itu kebanyakkannya blogawan PAS, Bukan UMNO. Perisik Rakyat PAS Selangor Hani Nasution PAS Perak Pak Kamaru PAS Perak Ustaz Nasarudin Tantawi . Pemuda PAS Pusat (negeri mana ya?) Diri saya sendiri PAS Melaka. Khairul Faizi - PAS Johor. Nik Abduh PAS Kelantan Puan Nur Aflah PAS Melaka Sekarang ini yang nak tanya balik kepada Skuad DUN Batu Cave, yang kurniaan Datuk itu PAS negeri mana yang beri? PAS Melaka? PAS Perak? Pemuda PAS? PAS Kelantan? PAS Johor? Pendirian PAS Melaka tentang Kurniaan Datuk. KESAL DENGAN ANUGERAH DATO' KEPADA SHAH RUKH KHAN  Setiausaha Lajnah P...

Hari Raya, Satu Fahaman Politik Pun Nak Bertindih

Ada orang kata, Hari Raya, lupakan perbalahan akibat perbezaan fahaman politik . Namun, lain pula jadinya di Negeri Melaka, dimana puak yang kononnya sefahaman dalam politik. Walaupun sama parti, banner aku mesti di atas banner engkau, maka aku hempap banner engkau. Lihat tanda merah pada imej,:- (klik untuk besarkan) Banner siapakah yang dihempap oleh banner Ali Parlimen Jasin Itu? Mari kita lihat Banner siapa yang dihempap oleh Baner Ucapan Hari Raya Ahmad Hamzah itu? Setelah di selak, rupanya Banner Ucapan Hari Raya Ali Rustam yang kena hempap.  (klik untuk besarkan) Kasihan Sungguh Ali Rustam. Dengan Ini saya lancarkan kempen "Jangan Tindih Banner Ali Rustam" Apa yang terjadi pada UMNO Melaka? Sudahkah Bendera UMNO diterbalikkan , kini Ali Rustam ditindih

Jenaka: Ali Rustam mahu Teresa Kok dipecat dari 'PKR'

Cerita ini tidak tersiatr di Malaysiakini , akan tetapi Sinar Harian. Ini adalah berita yang agak terlewat. Sila klik untuk besarkan. "Teresa Kok wajar meminta maaf dan dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran kenyataannya yang menghina kerajaan." "Sekiranya PKR benar-benar parti yang bertanggung jawap, Teresa wajar dipecat daripada parti itu". Adakah Sinar Harian tersalah tulis? Sinar Harian sememangnya mengatakan Teresa adalah wakil rakyat DAP, mereka tidak salah. Akan tetapi memetik secara bulat-bulat apa yang Ali Rustam katakan walaupun keahlian Teresa Kok dalam PKR  hanya wujud dalam ilusi Ali Rustam. Agaknya Teresa Kok ahli parti mana dalam ilusi Najib ?