Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Arak

PAS kalah soal Arak?

PAS kalah soal Arak? Jawapan ringkas oleh saya ialah tidak. Walaupun pertelahan yang berlaku seolah-olah kemenangan bagi DAP, namun langkah Ronnie Liew bukanlah satu langkah yang disokong boleh majoriti pengundi mahupun Makcik DAP atau Makcik MCA. PAS berjaya membawa isu arak kekancah politik. Sebelum ini isu arak tidak diendahkan ketika UMNO BN memerintah. Berbuih PAS cakap, ia tidak dilayan, tetapi kini Pemuda UMNO pula yang nak tambah kuah, beria-ria nak atasi arak. Setiap serangan politik berkenaan arak terhadap PAS di Selangor adalah serangan politik ke atas UMNO Melaka, Johor, Pahang. PAS walau dengan 1/3 kuasa di Selangor telah mencuba, akan tetapi di Negeri di mana UMNO memerintah, ianya seolah-olah bukan isu politik. Tak nampak pula Wanita UMNO jerkah pemimpin UMNO negeri soal penjualan arak. Terhadap artikel di Malaysiakini yang menulis bahawa soal arak bukan soal orang islam sahaja. Alcohol ban not necessarily a religious issue | GH Kok Terdapat juga  ...